Sempena pengenalan koleksi Spring 2020, COACH telah melancarkan kempen ‘Originals Go Their Way’. Menerusi kempen koleksi terbaru ini COACH bekerjasama dengan dua selebriti Hollywood terkenal iaitu Micahel B. Jordan dan Jennifer Lopez.
Micahel B. Jordan yang juga merupakan duta global jenama ini tampil bersama-sama Jennier Lopez yang muncul pertama kali menjayakan kempen COACH.
Menurut COACH, kempen ini membawakan ceritera tentang ekspresi diri menerusi lensa di sebalik wajah popular seperti mereka berdua.
Ads
Jelas Pengarah Kreatif COACH, Stuart Vevers, koleksi ‘Originals Go Their Way’ menyerlahkan sentimen spontan, asli dan playful yang membawa refleksi kepada visi fesyen di kota New York.
Kempen ini juga meraikan individu yang berani serta bebas mengekspresikan diri tanpa perlu menjadi orang lain. Keaslian diri menjadi antara tema yang dibawa oleh kempen istimewa daripada COACH kali ini.
Ads
Ads
Bagi merealisasikannya, Stuart Vevers bekerjasama juga dengan jurugambar berpengaruh, Juergen Teller yang telah berkolaborasi bersama mereka sejak tahun laun.
Antara koleksi yang mendapat perhatian ramai ialah seleksi beg seperti Hutton, the Rambler dan tidak ketinggalan juga beg lelaki seperti Pacer Backpack dan belg bag.
Foto: COACH
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai daripada kita lebih selesa menggayakan seluar jean dalam kehidupan seharian. Selain versatail dengan bermacam gaya serta padanan baju, seluar jean juga sangat tahan lasak serta tidak mudah berbau busuk.
Jadi tidak hairanlah ada pemilik seluar jean premium tidak membasuh seluar selama berbulan-bulan lamanya. Tapi harus diakui juga tidak semua tempat atau majlis sesuai untuk kita gayakan dengan seluar jean.
Apatah lagi jika seluar jean kesayangan anda itu jenis yang lusuh dan mungkin ada sedikit gaya koyak di bahagian lutut. Sebenarnya ada banyak lagi jenis seluar yang boleh menjadi item rotation gaya anda untuk hari-hari berbeza.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa jenis seluar yang harus ada dalam koleksi di dalam almari anda. Pasti gaya makin kacak dan menyerlah.
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Figura sasa yang asalnya sebagai ahli gusti kini dikenali ramai dengan pelbagai watak lakonan menerusi filem aksi, Dwayne ‘The Rock’ Johnson menampilkan koleksi terbarunya bersama Under Armour.
Sebagai antara watak penting dalam jenama Under Armour, pengaruh Dwayne Johnson dalam jenama tersebut cukup menyerlah menerusi koleksi ‘Project Rock’.
Terbaru bagi koleksi Summer/Spring 2023, ‘Proejct Rock’tampil sekali lagi dengan pelbagai variasi pakaian dan juga kasut untuk membantu rutin senaman harian.
Koleksi terbaru yang terus dikepalai oleh Dwayne Johneson ini dilihat sebagai antara yang terbaik pernah dihasilkan mereka. Lebih menarik koleksi yang dikenali sebagai variasi menyelruh meliputi seleksi untuk sama ada lelaki dan juga wanita.
Di antara yang paling menyerlah semestinya kasut ‘Project Rock 5’ yang diyakini mereka sebagai item yang mampu memberikan kualiti senaman menjadi lebih sempurna.
Hadir dengan teknologi UA Hovr ia dilengkapi sistem kusyen yang mampu mengembalikan tenaga dan mengurangkan impak ketika anda aktif melakukan senaman.
Selain itu, koleksi ini turut lengkap dengan kemeja-T, jaket, seluar pendek, getah lilitan pergelangan tangan dan juga seluar legging.
Imej promosi dan kempen produk menampilkan atlet bintang yang bersenam, melakukan penekan bangku, barisan dumbbell, barisan belakang dan pelbagai latihan berat badan dan kecergasan yang lain, dan memakai produk dari kepala ke kaki daripada koleksi terbaru ‘Project Rock’ ini.
Kesemua item di dalam koleksi ini kini boleh didapati di semua outlet Under Armour di seluruh negara dan juga di laman sesawang e-dagang rasmi mereka.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang benar lelaki kurus agak mudah mencari pakaian berbanding mereka yang miliki bentuk badan gempal. Ini kerana lelaki kurus mempunyai banyak pilihan dalam menggayakan fesyen terutamanya pakaian yang bersaiz S atau M.
Walaupun dianggap mudah, namun masih ada ragamnya yang perlu lelaki kurus berikan perhatian agar penampilan dan gaya anda tampak lebih segak. Apa yang penting, pilihlah jenis baju yang sesuai dan tepat dengan bentuk badan untuk mengelakkan badan anda kelihatan ‘sekeping’.
Ini antara jenis-jenis pakaian yang boleh anda sarungkan pada tubuh badan lelaki kurus.
Sarungkan flared jeans sebagai alternatif agar bentuk badan anda nampak lebih menarik. Seluar jeans yang kembang di bahagian bawah ini akan memberi ilusi tubuh yang lebih berisi, selain membuatkan penampilan anda lebih stailo.
Jika inginkan gaya formal, anda boleh suai padankan kemeja dengan seluar panjang. Yang penting, lelaki kurus perlu elak memakai kemeja dan seluar panjang yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan badan anda nampak lebih kurus.
Jika bosan memakai seluar panjang biasa, anda juga boleh menggayakan chino. Potongannya yang longgar di bahagian pinggang, paha dan bawah kaki boleh memberi ilusi tubuh nampak lebih berisi. Hadir dalam pelbagai warna, anda boleh padukan chino ini dengan t-shirt untuk gaya santai walaupun anda memilih chinos berwarna gelap seperti hitam.
T-shirt memang menjadi pakaian wajib untuk lelaki kerana ia pakaian yang paling ringkas dan mudah untuk digandingkan dengan apa jua pakaian. Walaupun t-shirt yang longgar lebih selesa, namun elak memakai t-shirt yang terlalu longgar atau terlalu ketat. Cukupn sekadar memakai t-shirt yang sesuai dan sepadan dengan bentuk tubuh. Apa yang penting, elak menyarungkan t-shirt bergaris vertikal kerana ia akan menonjolkan bentuk badan anda yang sememangnya kurus.
Lelaki kurus juga boleh menjadikan jaket dan blazer sebagai ‘sahabat karib’ kerana ia boleh memberikan ekstra volum dalam gaya anda. Pemakaian jaket dan blazer dapat memberi penegasan pada bahagian dada dan bahu sehingga penampilan anda nampak lebih maskulin. Pilihlah jenis jaket dan blazer dengan bahu yang sedikit tebal untuk menambahkan volum pada tubuh anda.
Seluar yang longgar dengan banyak poket ini juga boleh menyembunyikan siluet tubuh anda yang ‘sekeping’ kelihatan lebih berisi. Padankan seluar kargo ini dengan t-shirt untuk gaya yang kasual.
Aksesori seperti jam tangan, tali pinggang, spek mata ataupun beg juga boleh digayakan oleh lelaki kurus, asalkan berukuran sederhana. Jika anda memakai jam tangan bersaiz besar, bimbang perhatian orang akan tertumpu pada tangan anda. Oleh itu pilihlah aksesori yang sesuai dan seimbang dengan bentuk badan anda.
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!