Larian ultra merupakan satu cabang aktiviti larian denai yang cukup mencabar. Lanskap alam sekitar sering menjadi hiasan latar belakang larian yang cukup mencabar.

Contohnya, pemandangan Cameron Highlands yang bukan sahaja membawa aroma teh yang menyegarkan, tetapi juga semangat baru dalam dunia larian ultra negara apabila Cameron Ultra 2025 berlangsung penuh semangat dan disiplin.

Acara yang sinonim dengan laluan mencabar dan cuaca sukar ini sekali lagi menjadi medan untuk pelari-pelari dari pelbagai latar belakang menguji keazaman dan kekuatan mental.

Antara wajah yang menjadi inspirasi ramai pada tahun ini Syarifah Balqis, nama yang semakin mendapat tempat dalam komuniti larian trail Malaysia.

Sejak menyertai ultra-marathon pertamanya pada 2022 hingga berjaya menamatkan larian solo 100km di Trans Jeju, Balqis menunjukkan komitmen luar biasa terhadap perkembangan diri.

KETENGANGAN SEMULA JADI

Menerusi Cameron Cultra 2025, dia bertanding dalam kategori 100km Wanita Veteran, satu cabaran yang diterima sebagai ruang untuk kembali menyatu dengan dirinya dan ketenangan semula jadi yang hanya boleh ditemui di banjaran tinggi.

“Berlari di Cameron Highlands terasa seperti pulang ke rumah, dengan udara yang sejuk, laluan yang dikenali dan ketenangan yang mendalam dalam suasana sunyi.

“Di pertengahan perlumbaan, saya terasa sakit yang tajam di belakang buku lali. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi saya percaya pada naluri dan memilih untuk berhenti.

Ads

‘Mind Over Miles’, Ketahanan, Naluri dan Cabaran Larian Denai Di Cameron Cultra 2025

“Tidak menamatkan larian memang sukar, tetapi saya sedar bahawa ketahanan bukan sekadar memaksa diri untuk teruskan, tetapi tentang mendengar tubuh anda dan memiliki kekuatan untuk berundur apabila ia paling penting.” kata Balqis tentang pengalamannya.

Selain kategori utama 100km, Cameron Cultra turut menawarkan jarak lain seperti 60km, 30km, 14km dan juga perlumbaan 4km khas untuk pelari junior.

KASUT LARIAN SEHINGGA 35% DISKAUN, DI SINI!

Pada permukaan bumi yang curam dan cuaca yang sukar dijangka, acara ini memerlukan bukan sahaja kecergasan fizikal tetapi juga kekuatan emosi dan disiplin diri yang tinggi.

Ads

LEBIH SEKADAR LARIAN

Bagi Balqis, larian solo berjam-jam dalam senyap mendidik lebih dari sekadar ketahanan. Ia melatih fokus, disiplin dan keazaman.

“Ia memupuk disiplin, disiplin yang membolehkan anda bangun seawal 5 pagi untuk sesi latihan. Ia mempertajamkan fokus kerana setiap langkah di laluan tidak rata memerlukan perhatian penuh.

“Larian ini juga membina keazaman, terutamanya ketika kaki mula terasa lenguh dan stesen bantuan seterusnya terasa sangat jauh. Paling penting, ia membakar semangat, bukan untuk mengalahkan orang lain tetapi untuk menjadi versi diri yang lebih kuat.” jelasnya.

‘Mind Over Miles’, Ketahanan, Naluri dan Cabaran Larian Denai Di Cameron Cultra 2025

Dalam era di mana tekanan hidup kota semakin meningkat, acara seperti Cameron Ultra menjadi wadah bagi rakyat Malaysia dari pelbagai usia untuk keluar dari kesibukan dan mencari kembali ketenangan melalui pergerakan.

Ads

BACA: Kuasai Larian 21KM & 42KM, Ini Strategi Dari Jarak Pendek ke Jarak Jauh

Dengan atlet seperti Syarifah Balqis menjadi pencetus inspirasi, Cameron Cultra 2025 bukan sekadar tentang catatan masa terbaik. Ia tentang transformasi diri, ketabahan dan bagaimana pergerakan mampu menyembuhkan dan menghubungkan kita semula dengan diri sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian OneASICS dan produk terkini, layari https://www.asics.com/my/en-my/mk/oneasicsmy

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads