MrBeast, YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi pencipta kandungan individu pertama di dunia yang berjaya mencecah 400 juta subscriber.
Lebih membanggakan, pencapaian luar biasa ini turut diraikan dengan pemberian Play Button custom pertama seumpamanya oleh CEO YouTube sendiri, Neal Mohan.
Play Button tersebut disampaikan kepada MrBeast pada 1 Julai 2025 sebulan selepas beliau melepasi angka 400 juta subscriber, sekaligus menewaskan saluran muzik India T-Series yang kini berada di kedudukan kedua dengan 299 juta subscriber.
Foto : Youtube
Reka Bentuk Futuristik Tapi… Kurang “Wow”?
Berbeza dengan trofi biasa yang diberikan pada pencapaian-pencapaian sebelumnya seperti Gold Play Button untuk 1 juta subscriber dan Red Diamond Play Button untuk 100 juta trofi khas MrBeast ini menampilkan reka bentuk lebih moden dan futuristik.
Trofi tersebut mempunyai tapak perak berkilat dengan simbol Play Button ikonik di bahagian atas yang diperbuat daripada kristal biru terang, memadukan elemen klasik YouTube dengan sentuhan moden yang eksklusif.
Namun begitu, sambutan daripada peminat tidaklah sehangat yang dijangka.
Ads
Luahan Hati MrBeast: “Saya Pernah Nak Jadi Homeless Demi YouTube”
Dalam satu hantaran Instagram bersama CEO YouTube, MrBeast menulis: “400,000,000 Subscriber Play Button! Thank you YouTube!”
Beliau turut berkongsi perjalanan sukar di media sosial:
“10 tahun dulu, semua orang cakap saya obses dan takkan berjaya. Tapi saya cinta dengan dunia content creation dan kerja keras siang malam selama 7 tahun sebelum ada orang mula menonton. Saya pernah beritahu mak saya, saya sanggup jadi homeless daripada buat benda lain. Hadiah paling besar dalam hidup ni adalah bila kita boleh bangun setiap pagi dengan tujuan hidup. Terima kasih kepada YouTube dan anda semua.”
Walaupun reka bentuk Play Button ini mungkin tak menguja semua orang, pencapaian MrBeast tetap satu detik bersejarah dalam dunia pencipta kandungan digital.
Ads
Daripada seorang remaja yang sanggup korbankan segalanya, kini beliau berdiri sebagai pencipta kandungan nombor satu dunia dengan 400 juta subscriber di belakang namanya.
MrBeast bukan sekadar YouTuber. Dia kini satu fenomena global.
MrBeast, atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, ialah seorang pencipta kandungan digital, dermawan dan usahawan dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan video-video YouTube berskala besar, cabaran ekstrem, serta sumbangan derma dalam jumlah yang luar biasa.
Dilahirkan pada 7 Mei 1998, beliau mula mencipta kandungan di YouTube sejak remaja, dan mula mendapat perhatian selepas menghasilkan video yang unik seperti menghitung hingga 100,000 tanpa henti.
Kini, beliau dikenali sebagai antara YouTuber paling berpengaruh di dunia dengan produksi video setaraf filem dan hadiah tunai bernilai jutaan dolar, menjadikannya simbol kejayaan dalam dunia penciptaan kandungan moden.
Sumber : IG MrBeast
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASALAH PELUH BERLEBIHAN YANG ADA KALA MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN. BUKAN ITU SAJA, PELUH BERLEBIHAN JUGA MENYEBABKAN RASA RENDAH DIRI DAN KURANG KEYAKINAN APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI. MENGAPAKAH BADAN KITA BERPELUH?
HIPERHIDROSIS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN KERANA WALAUPUN TIDAK MEMBAHAYAKAN NYAWA, PENYAKIT ITU BOLEH MENJEJASKAN KEHIDUPAN INDIVIDU TERBABIT. JIKA DI USIA REMAJA, MEREKA BOLEH MENGELAK UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR SEPERTI BERSENAM ATAU BERJOGING TETAPI APABILA SUDAH MEMASUKI ALAM PEKERJAAN, AGAK SUKAR BAGI MEREKA UNTUK MENGAWALNYA.
Penghidap hiperhidrosis sentiasa berasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial. Keadaan lebih teruk jika mereka berada dalam keadaan yang sangat panas atau apabila berasa gementar. Setiap hari, mereka akan bertarung untuk menyembunyikan rasa malu menerima teguran daripada orang sekeliling.
Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botulinum atau Botox, kaedah elektron Iontophoresis, teknologi gelombang mikro Miradry, laser, atau pembedahan Indoscopic Thoracic Sympathectory (ETS).
Rawatan yang paling mudah adalah dengan mendapatkan losen antiperspirant di mana-mana hospital, klinik atau farmasi. Mudah digunakan dan berkesan bagi mereka yang menghidap hiperhidrosis ringan, antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala menjadi semakin teruk.
Hampir 80 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan mengalami compensatory hyperhidrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat namun berlaku pada bahagian lain pula. Sebagai contoh, pesakit yang pada asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tapak tangan pula selepas menjalani pembedahan.
Individu yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa dengan doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.
Hiperhidrosis mungkin sebahagian daripada sebab sampingan keadaan perubatan (hiperhidrosis sekunder) atau mungkin tidak diketahui puncanya (hiperhidrosis utama), yang cenderung menjadi lebih biasa, membabitkan satu hingga dua peratus daripada penduduk serta kelihatan seperti lebih umum di negara Asia.
Penyakit atau keadaan perubatan yang menyebabkan hiperhidrosis sekunder termasuklah hipertiroidisme, gangguan psikiatri, obesiti dan menopaus. Hiperhidrosis mungkin berlaku dalam satu atau beberapa bahagian badan.
Tangan dan ketiak (aksila) adalah lokasi yang paling biasa. Keadaan ini biasanya bermula ketika remaja dan kekal seumur hidup. Gemuruh dan kebimbangan boleh mempercepatkan peluh berlebihan.
Peluh berlebihan akan mengganggu banyak aktiviti rutin seperti menggenggam objek dengan kemas. Sesetengah pesakit mengelakkan situasi di mana mereka bersentuhan secara fizikal dengan orang lain, walaupun sekadar berjabat tangan.
Sesetengah kerjaya memberi cabaran tersendiri bagi penghidap hiperhidrosis. Contohnya, kerjaya yang memerlukan penggunaan pisau dengan cekap tidak boleh dilakukan dengan selamat oleh individu yang peluh berlebihan di tangan.
Malah permainan alat muzik boleh menjadi tidak selesa atau sukar kerana tangan berpeluh. Keberkesanan dan hasil profesion lain yang memerlukan cengkaman tangan yang stabil dan baik akan terjejas (juruterbang, doktor terutama pakar bedah, anggota polis, peguam, buruh, guru) dan boleh menjejaskan kehidupan orang lain.
Hiperhidrosis pada aksila (ketiak) boleh menyebabkan bau busuk, kesan kotor besar yang boleh dilihat pada kemeja, dan keengganan untuk bergaul dengan orang lain. Di samping itu, kebimbangan untuk berpeluh boleh memburukkan lagi keadaan.
Simptom ini boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang individu daripada perspektif psikologi, sosial dan emosi. Dirujuk sebagai ‘silent handicap’ (kecacatan senyap), penghidap keadaan ini malu untuk membincangkan isu berkenaan dan bagaimana ia mengganggu mereka walaupun dengan ahli keluarga yang rapat.
Tanpa ditangani, ia mempunyai kesan emosi yang amat buruk kepada harga diri seseorang, bahkan membawa kepada kemurungan serta gangguan mood dalam kes yang teruk.
Disebabkan isu asas dalam hiperhidrosis adalah rangsangan berlebihan pada saraf luar kawal yang mempengaruhi kelenjar peluh, penawar yang berpotensi membabitkan gangguan ke atas laluan ini. Saraf yang mengawal kelenjar peluh tangan dan aksila terletak di dada dan ia adakah akses terbaik.
Prosedur ini boleh dilakukan oleh keratan kecil (5mm) di bawah ketiak (lubang kunci / pembedahan toraskop dibantu video (VATS)) dan gentian saraf yang bersesuaian dengan klip, memotong atau simpatektomi (sympathectomy).
Prosedur ini dilakukan pada sebelah tangan dahulu. Prosedur keseluruhannya untuk kedua-dua belah mengambil masa kira-kira satu jam dan pesakit dibenarkan balik pada hari yang sama atau sehari selepas itu.
Keputusan adalah serta-merta. Tangan berasa panas dan kering pada akhir prosedur. Kadar kejayaan hampir 98 peratus untuk tapak tangan berpeluh dan kira-kira 85 peratus untuk ketiak berpeluh.
Walaupun ada pilihan lain seperti ubat-ubatan, iontoforesis, deodoran dan suntikan botoks, kebanyakannya menyasarkan kelenjar peluh (bukan saraf yang membekalkan kelenjar peluh) dan ia hanya bersifat sementara malah perlu diulang pada jangka masa yang berbeza.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia perubatan moden kanser merupakan di antara penyakit dan kondisi yang cukup digeruni. Ia bukan sahaja boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih teruk malah ia menjadi punca kepada kematian.
Salah satu punca yang menyebabkan kanser ialah karsinogen yang berkemungkinan wujud dalam makanan atau minuman. Dari segi perubatan karsinogen ialah bahan berpotensi tinggi boleh menyebabkan kanser.
Terbaru satu laporan dari Reuters yang diterbitkan semalam mengatakan bahawa salah satu bahan pemanis tiruan iaitu aspartame telah dikenal pasti berpotensi sebagai karsinogen yang boleh menyababkan kanser.
Menurut laporan tersebut, aspartame bakal diisytiharkan sebagai karsinogen berkemunkinan besar pada bulan depan oleh
badan kesihatan global terkemuka seperti Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Aspartame merupakan pemanis tiruan yang digunakan di beberapa produk minuman berkarbonat dan makanan ringan seperti Diet Coke, Mars dan juga gula-gula getah berjenama Extra.
Menerusi dua sumber dalaman agensi WHO menyatakan bahawa pemanis tiruan tersebut bakal dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan.
Ramai menjangkakan perkara ini akan menimbulkan plemik dan perdebatan di dalam industri makanan terutamanya serta pihak berkuasa yang vertanggungjawab menetunkan kawal selia dan plisi kesihatan awam.
Keputusan IARC itu dipercayai telah diputuskan pada awal bulan ini selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang mana berperanan untuk menilai sama ada bahan itu berbahaya atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun ia tidak mengambil kira berapa banyak produk yang boleh diambil dengan selamat oleh seseorang.
Nasihat untuk individu ini datang daripada jawatankuasa pakar WHO yang berasingan mengenai aditif makanan, yang dikenali sebagai JECFA (Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Organisasi Makanan dan Pertanian mengenai Aditif Makanan), di samping penentuan daripada pengawal selia negara.
Sejak tahun 1981, JECFA menyatakan aspartame selamat untuk dimakan dalam had harian yang diterima. Sebagai contoh, orang dewasa dengan berat 60 kg (132 paun) perlu minum antara 12 dan 36 tin soda diet – bergantung pada jumlah aspartam dalam minuman – setiap hari untuk berisiko. Pandangannya telah dikongsi secara meluas oleh pengawal selia negara, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.
Sama-sama nantikan apakah rentetan daripada penemuan ini. Kita sebagai pengguna lebih eloklah mengamalkan gaya hidup sihat. Kurangkan makanan manis dan bergula dan banyakkan minum air!
Joe Flizzow tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penganjuran showcase percuma #16Baris yang diadakan di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada malam Sabtu apabila ia bertukar kecoh ekoran lokasi dipilih tidak mampu menampung jumlah peminat yang hadir.
Terdahulunya kami seikhlasnya ingin memohon maaf kepda semua peminat yang tidak dapat masuk ke dalam tempat konsert terutamanya mereka yang telah membuat perjalanan dari luar negeri dan telah berusaha untuk berada di sana semalam.
Bagaimanapun, Joe telah memohon maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya. Dia juga kesal apabila dimaklumkan ramai peminat tidak berpeluang menyaksikan persembahan tersebut.
Dia turut mengucapkan terima kasih buat semua peminat yang sanggup ke acara ini dan menunjukkan semangat dan sokongan terhadap muzik hip hop.
Sambutan dan jumlah kehadiran adalah lebih daripada apa yang kami dapat jangkakan dan kami amat terharu dengan sokongan dan semangat yang kita semua berkongsi untuk budaya Hip Hop Malaysia.
Showcase #16Baris menampilkan persembahan daripada penyanyi rap seperti Joe Flizzow, Altimet, Aman Ra, Sonaone, Alif, Kayda dan Kid Raw.
Credit: mStar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.