Kadangkala kita mungkin berasa cukup hairan bagaimanakah sesetengah orang terutamanya lelaki mampu nampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka?
Apakah rahsia yang mereka amalkan sehinggakan nampak begitu muda dan sentiasa segar dalam bergaya? Apatah lagi apabila begeluman dalam industri lakonan yang memerlukan disiplin dalam menguruskan jadual, diet, senaman dan juga gaya hidup?
Pelakon yang cukup sinonim dengan pelbagai genre drama di Malaysia, Arash Momahad merupakan salah seorang pelakon yang cukup awet muda.
Foto: IG Arash Mohamad
Siapa sangka figura yang baru-baru ini tampil menerusi drama bersiri ‘Layang-Layang Perkahwinan’ ini sudah berusia 55 tahun.
Dengan penampilannya yang yang nampak lebih muda dari usia sebenar itu juga sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada adakah dia mendapatkan rawatan seperti suntikan botox?
Menerusi temu bualnya bersama Gempak, Arash berkata dia merupakan seseorang yang paling takut dengan jarum.
“Macam mana saya nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, saya cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berdepan dengan stres,” jelasnya.
Malahan Arash juga memaklumkan bahawa dia sudah menjaga pemakanan sejak usia menginjak 40-an serta mekakukan senaman dengan ruti dan juga tidak makan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera.
Mengakui bahawa ramai juga peminat bertanyakan apakah rahsia dia tampil awet muda, Arash berkata dia tidak melakukan apa-apa jenis rawatan spesifik. Dengan menjaga makan dan bersenam dia juga dapat mengelak dan tiada sebarang penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
“Tapi sakit-sakit urat atau sendi pada usia saya ini, saya rasa semua orang akan lalui fasa sama jika umur semakin meningkat. Memang kena jaga mana yang perlu jaga,’ tambahnya lagi.
Ads
Foto: IG Arash Mohamad
Semoga kisah Arash Mohamad ini menjadi satu inspirasi buat anda yang ingin kekal sihat dan paling penting nampak awet muda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Gempak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Katakan anda seseorang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau dalam erti kata lain, BMI yang tidak ideal. Dalam tempoh dua bulan anda ingin kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 kg. Adakah senaman kardio cara paling tepat dan berkesan?
Menurut seorang jurulatih kecergasan Jimmy Mackey menerusi satu penerangan di laman X, senaman kardio adalah cara kurang bijak jika ingin menghapuskan lemak badan.
Menurutnya, senaman kardio tanpa ramai orang sedari tidak membakar sebanyak kalori yang anda fikirkan.
Melakukan larian selama 30 minit hanya membakar sekitar 300 kalori — ia bersamaan dengan sebiji biskut. Lebih teruk lagi, badan anda cepat menyesuaikan diri, menjadikan senaman kardio kurang berkesan dari masa ke masa.
Boleh Menyebabkan Kehilangan Otot
Jelasnya lagi, apabila seseorang itu menggabungkan senaman kardio dengan defisit kalori, badan anda mungkin mula memecahkan otot untuk tenaga.
Ini bukan sahaja memperlahankan metabolisme anda, tetapi juga menjadikan penurunan lemak lebih sukar pada masa hadapan.
Lebih membimbangkan bentuk senaman seperti ini boleh meningkatkan selera makan atau mudah berasa lapar. Pernahkah bila anda selesai berlari dan terus berasa lapar?
Iya, itu satu perkara yang mungkin bagi kita semua adalah normal. Rasa lapar selepas cardio ini boleh menyebabkan anda makan berlebihan, membatalkan kalori yang telah dibakar.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebaliknya:
1. Wujudkan Defisit Kalori
Kunci untuk hilangkan lemak adalah dengan mengambil kurang kalori daripada yang dibakar. Ini tidak bermaksud anda perlu mengira setiap kalori. Sebaliknya, tumpukan pada meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan makanan bergula dan tinggi kalori.
Untuk hasil terbaik, ikuti diet yang:
Fleksibel: Boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda
Menyeronokkan: Masih membenarkan anda menikmati makanan kegemaran
Realistik: Mudah diikuti dalam jangka masa panjang
Apabila anda kehilangan lemak, sesuaikan defisit kalori untuk terus melihat kemajuan.
2. Utamakan Latihan Rintangan
Angkat berat 3-4 kali seminggu adalah penting. Gerakan kompaun seperti squat, deadlift, dan bench press bukan sahaja membina otot, tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.
Latihan rintangan membantu anda mengekalkan jisim otot walaupun dalam defisit kalori. Lebih banyak otot bermakna metabolisme lebih pantas, menjadikan penurunan lemak lebih mudah. Tambahan pula, anda akan kelihatan lebih mantap apabila lemak mulai hilang.
3. Pilih Cardio Intensiti Rendah
Lupakan senaman intensiti tinggi. Sebaliknya, pilih aktiviti yang kurang impak seperti berjalan, berenang, atau berbasikal.
Aktiviti ini membakar kalori tanpa mengganggu pemulihan atau meningkatkan rasa lapar.
Sasaran 7,000-10,000 langkah sehari. Ini akan memastikan kesihatan kardiovaskular anda terjaga, membakar kalori tambahan, dan membolehkan anda memberi tumpuan pada pembinaan otot.
4. Lakukan Rehat Diet
Setiap 4-6 minggu, ambil rehat daripada diet. Makan pada kalori penyelenggaraan selama 1-2 minggu. Ini akan membantu menstabilkan hormon, mengurangkan keletihan diet, dan menjadikan perjalanan penurunan lemak lebih mampan.
Apa yang MASKULIN boleh simpulkan, lupakan masa berjam-jam di atas treadmill. Untuk penurunan lemak yang berkesan dan mampan, fokus pada latihan rintangan, cardio intensiti rendah, dan diet yang fleksibel.
Perlu kita akui, lelaki memang kadang-kadang sangat liat untuk berjumpa dengan doktor. Apatah lagi jika ia melibatkan anggota badan di bahagian sensitif.
Kita perlu ubah mentaliti seperti ini untuk menjamin hidup yang lebih baik. Antara yang sering dipandang remeh ialah masalah membuang air kecil atau kencing tak lawas.
Adakah anda pernah alami situasi di mana selepas kencing anda dapati ia masih keluar secara tak sengaja?
Atau pernahkah anda terasa nak kencing lagi walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.
Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.
Jenis-jenis
Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.
Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.
Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.
Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat (Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.
Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.
Barah pundi kencing
Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.
Kencing manis
Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.
Langkah-langkah kawalan
Hadkan air minuman dalam sehari
Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.
Jangan ambil minuman keras
Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil (diuretik). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.
Elak pengambilan kopi
Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.
Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah (asidik).
Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.
Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik
Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.
Amalkan yogurt atau minuman yogurt
Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik (lactobaccilus acidophilus) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.
Amal teknik buang air kecil dua kali
Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘double voiding’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perubahan tabiat pundi kencing, seperti kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
Keinginan yang kuat untuk buang air kecil
Kesukaran memulakan atau menghentikan aliran air kencing
Ketidakupayaan membuang air kecil
Aliran air kencing yang lemah atau kurang
Aliran air kencing yang terganggu
Rasa pundi kencing tidak kosong/kencing tidak lawas
Kesakitan semasa membuang air kecil
Darah dalam air kencing atau air mani (keadaan yang dikenali sebagai hematuria)
Ejakulasi menyakitkan
Tanda dan simptom lewat berlaku apabila kanser berkembang lebih besar atau merebak ke bahagian badan yang, termasuk organ lain.
Sakit tulang, terutamanya belakang, pinggul, peha dan leher
Kehilangan berat badan
Keletihan
Jumlah sel darah merah berkurang (anemia)
Lemah atau kebas pada kaki
Bagaimana mencegah kanser prostat
Kanser prostat boleh dicegah dengan memilih gaya hidup yang baik. Pilih diet rendah lemak. Makanan yang mengandungi lemak termasuk daging, kacang, minyak dan produk tenusu, seperti susu dan keju.
Makan lebih banyak lemak daripada tumbuhan berbanding haiwan. Dalam kajian yang melihat pengambilan lemak dan risiko kanser prostat, lemak daripada haiwan kemungkinan besar dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat. Produk haiwan yang mengandungi lemak termasuk daging, lemak khinzir dan mentega.
Makan ikan berlemak seperti salmon dan tuna. Ia mengandungi asid lemak omega-3, sejenis asid lemak yang dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat. Sekiranya anda tidak makan ikan pada masa ini, anda boleh mempertimbangkan menambahkannya pada diet anda.
Kurangkan pengambilan jumlah produk tenusu yang anda ambil setiap hari. Dalam kajian, lelaki yang makan banyak produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt setiap hari mempunyai risiko kanser prostat. Tetapi hasil kajian telah bercampur-campur, dan risiko yang dikaitkan dengan produk tenusu dianggap kecil.
Jika anda mempunyai berat badan yang sihat, berusaha untuk mengekalkannya dengan bersenam dan memilih diet sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan, atau ia boleh membantu menurunkan berat badan anda.
Kajian mengenai senaman dan risiko kanser prostat kebanyakannya menunjukkan bahawa lelaki yang bersenam mungkin mempunyai kurang risiko kanser prostat. Selain itu, senaman mempunyai banyak manfaat kesihatan lain dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser lain.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.