‘Sambung bayar’.

Ini istilah yang sangat mustahil untuk anda tak pernah dengar atau baca tentangnya. Dan isitlah ini sebenarnya sangat sinonim dengan perihal jual beli kereta dengan tidak mengikut undang-undang kontrak yang betul.

Kerana kes sambung bayar jugalah ramai kawan yang putus kawan, ahli keluarga bertikam lidah dan kenalan tikam belakang.

Ramai orang berdepan kesukaran dan kesusahan pada masa akan datang kerana perjanjian mulut yang tidak ditepati oleh pembelinya. Disebabkan itulah risiko hanya ditanggunng oleh pemilik kereta atau penama kenderaan yang terlibat.

Niat Nak Tolong Kawan Tapi Sebab Kereta Sambung Bayar Kena Masuk Penjara

Kebiasaannya aktiviti sambung bayar ini dilakukan di antara ahli keluarga atau kenalan dengan prinsip percaya. Tapi hakikatnya telah banyak kes berlaku di mana bila pembeli mula liat membayar maka terjadilah satu isu yang akan menyusahkan si penjual.

Konsep sambung bayar ini berlaku apabila tuan punya kereta merasakan dia susah tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan dan si pembeli pula mahu cari jalan singkat untuk memiliki kereta.

Niat Nak Tolong Kawan Tapi Sebab Kereta Sambung Bayar Kena Masuk Penjara

IKLAN

BACA: Usah Jadi Mangsa Penipuan Bila Kenderaan Rosak Di Highway

Dan kini dilaporkan terdapat ejen-ejen yang membantu orang yang ingin menjual kereta secara sambung bayar. Maka terjadilah urusan jual beli yang telah menyalahi undang-undang.

Perkara ini telah dikongsi oleh laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police. Berikut merupakan perkongsian daripada mereka:

Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?

Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?

IKLAN

Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH !

Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan…

Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.

So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).

Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..

IKLAN

Adalah menjadi kesalahan di bawah:

a) Seksyen 38
Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

b) Seksyen 46
Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar.

Menurut mereka lagi orang awam juga boleh merujuk booklet daripada Jabatan Bantuan Guaman di sini.

Dan kes seperti ini adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK. Salah satu senario di mana kes di siasat oleh agensi lain selain PDRM.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI