Ia sudah jadi satu rutin buat pemilik kereta. Pam atau isi angin tayar kereta merupakan satu perkara biasa yang dilakukan oleh setiap pemilik kereta dan kenderaan.
Tapi terfikirkah anda bahawa selama ini, adakah anda melakukan dengan cara yang betul?
Mungkin selama ini anda pam tayar kereta berpandukan sukatan PSI (paun inci persegi) seperti tercatat di sisi tayar. Bolehkah ia dipam hingga maksimum ke angka tersebut?
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselaatan dan ketahanan tayar.
TEKANAN MAKSIMUM
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
Ads
JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?
KARAKTER PENGENDALIAN KERETA BERUBAH
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.
Contoh
Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Ads
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Jenama motosikal terkemuka di Malaysia, MODENAS telah melancarkan logo dan identiti baharu mereka, menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuhkan jenama mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Perubahan ini merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen motosikal.
Maksud di sebalik logo baru MODENAS ini?
Jika logo lama yang diperkenalkan pada tahun 1996 menampilkan huruf M dengan imej Gunung Jerai, bagaimana pula dengan logo baharu ini?
MODENAS Kini Tampil Dengan Logo baru
Menurut MODENAS, logo tersebut diinspirasikan daripada huruf ‘M’ yang diambil daripada perkataan MODENAS. Simbol M itu pula digayakan dalam bentuk yang lebih moden dan berani.
Logo baharu MODENAS membawa maksud tersendiri Huruf M tersebut diletakkan di dalam bulatan yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.
Selain mengekalkan warna biru dan putih, logo baharu ini juga diperkenalkan dalam varian kelabu dan platinum MODENAS.
MODENAS Kini Tampil Dengan Logo & Identiti Baharu, Tiada Lagi Logo Ikonik Gunung Jerai
Elemen “Road Star” yang baharu merujuk kepada arah baharu jenama tersebut yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen terhadap pertumbuhan.
Varian baharu MODENAS Kriss 110 turut dilancarkan Sempena majlis pelancaran logo dan identiti baharu itu, MODENAS turut melancarkan varian terkini MODENAS KRISS 110.
Difahamkan, varian baharu itu lebih mesra alam dan menjadi model KRISS pertama yang menepati piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat. Ini sekaligus mempamerkan komitmen MODENAS terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar global.
Malah, pelancaran model tersebut juga menandakan pasaran yang lebih luas bagi MODENAS ke arah inisiatif yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varian mesra alam pada masa hadapan.
Lampu kereta yang kekuningan pasti menyakitkan mata. Manakan tidak, kereta yang sering terdedah dengan cuaca membuatkan lampu menjadi kusam dan akhirnya nampak kekuningan.
Kalau anda nampak lampu kereta kekuningan, tak perlu tukar baru dahulu. Cuba tip yang dikongsikan Khairul Anwar Tumingan ini agar lampu kereta yang kuning dan kusam kembali berkilat serta nampak baharu.
Modalnya jimat tak sampai RM15 hanya menggunakan kertas pasir dan metal polisher. Jom ikuti perkongsiannya.
Hari ini bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang sudah kuning and kusam dengan modal tidak sampai RM15.
Ada macam-macam lagi cara dan produk untuk tujuan ini, tapi ini antara yang berhasillah. Yang penting kena gigih menggosok yeh. Selamat mencuba!
(Ini untuk headlamp plastik sahaja)
Langkah-langkah ada dalam caption setiap gambar.
Lampu asal. Setelah bertahun-tahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk drive malam sebab lampu akan jadi kurang terang.
1. Dimulakan dengan Bismillah. Saya pakai kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kabur.
2. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini nampak kesan kotor dan kuning itu tertanggal.
3. Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning sudah berkurangan.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...