Tidak dapat dinafikan Piala Dunia 2022 yang berlangsung kini merupakan antara edisi yang paling dramatik. Pasukan-pasukan dari Asia terutamanya telah membuktikan mereka mampu menewaskan lawan yang lebih gah dari Eropah dan juga Amerika Selatan.
Sebagai contoh pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi bola sepak yang juga bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol. Mereka mencatatkan sejarah tersendiri dengan kemenangan tersebut yang turut menyaksikan Jepun layak ke pusingan kalah mati.
Namun perjalanan mereka di Piala Dunia 2022 terhenti selepas perlawanan menentang Croatia semalam berpihak kepada pihak lawan. Jepun berjaya mengheret finalis pada tahun 2018 hingga ke penentuan sepakan penalti.
Foto: Getty Image
Nasib tak menyebelahi mereka apabila tewas dengan penentuan penalti 3 gol berbalas 1. Walaupun berdepan dengan kekalahan yang cukup menghampakan namun Jepun terus menonjolkan sifat disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Ads
Terbaru telah tular di mana skuad Samurai Biru tersebut meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dengan momen yang cukup menarik. Selain keadaan bilik persalinan yang sangat bersih pasukan Jepun turut meninggalkan nota terima kasih berserta origami istimewa sebagai hadiah kepada penganjur.
Ads
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara yang cukup menyentuh perasaan ini. Selepas kemenangan menentang Jerman juga mereka turut meninggalkan nota yang lebih kurang sama.
Manakala dalam nota ucapan terima kasih terbaru ini ditulis dalam bahasa Arab dan Jepun ditinggalkan di bilik persalinan stadium tersebut. Walaupun kalah, pasukan Jepun telah memenangi hati ramai peminat bolasepak seantero dunia.
Tahniah Jepun. Anda membanggakan Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengimbas generasi lalu, kebanyakan lelaki berusia 40 tahun selalunya sudah pun bergelar suami dan bapa kepada beberapa orang anak.
Ia adalah satu norma yang diterima secara meluas. Namun, pada hari ini, realiti itu semakin berubah. Semakin ramai lelaki dalam lingkungan usia ini iaitu hingga 40 tahun masih selesa dengan status bujang. Adakah mereka membina membina kehidupan yang penuh dengan kebebasan dan merupakan pilihan peribadi?
Hakikatnya ramai lelaki memilih jalan ini bukan bermakna mereka takut dengan komitmen atau tidak mahu berkahwin.
Sebaliknya, ia adalah hasil daripada pelbagai faktor moden yang membentuk pandangan dan keutamaan mereka. MASKULIN ingin ajak anda semua untuk sama-sama melihat lima sebab utama kenapa ramai lelaki kini menangguhkan perkahwinan sehingga usia cecah 40 tahun.
Ini adalah faktor terbesar yang sering bermain di fikiran lelaki. Perkahwinan dan membina keluarga memerlukan kestabilan kewangan yang kukuh, dan realitinya, kos sara hidup hari ini sangat tinggi.
Lelaki berasa tertekan untuk memastikan mereka mampu menyediakan segala-galanya—rumah, kereta, insurans, dan yang paling penting, perbelanjaan untuk membesarkan anak dengan selesa.
Bagi mereka, bernikah dalam keadaan kewangan yang kurang stabil adalah satu risiko besar.
Mereka lebih rela meluangkan masa untuk membina aset, meningkatkan pendapatan, dan mengukuhkan kedudukan kewangan mereka sebelum memikirkan tentang komitmen seumur hidup.
Generasi lelaki moden mempunyai aspirasi kerjaya yang lebih tinggi berbanding dahulu. Mereka melihat usia 20-an dan 30-an sebagai fasa penting untuk melonjakkan kerjaya mereka.
Mereka sanggup bekerja lebih masa, mengambil projek berisiko, atau belajar kemahiran baharu untuk mencapai puncak dalam bidang masing-masing.
Perkahwinan dilihat sebagai satu komitmen besar yang mungkin akan membataskan kebebasan ini.
Mereka khuatir akan terikat dengan tanggungjawab keluarga yang boleh menghalang mereka daripada mengejar impian kerjaya yang besar, seperti mengembara untuk projek antarabangsa atau memulakan perniagaan dari bawah.
Pandangan terhadap hubungan telah banyak berubah. Lelaki hari ini tidak lagi melihat perkahwinan sebagai satu-satunya bentuk hubungan yang sah.
Mereka lebih selesa dengan hubungan tanpa ikatan rasmi, atau ‘hubungan terbuka,’ yang membenarkan mereka untuk menikmati kebersamaan tanpa terikat secara undang-undang.
Pengalaman melihat kegagalan perkahwinan di kalangan ibu bapa atau rakan-rakan juga mempengaruhi keputusan mereka.
Ia membuatkan mereka lebih berhati-hati, menimbang setiap pro dan kontra dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan yang boleh mengubah hidup.
Kehidupan bujang menawarkan kebebasan yang tidak ternilai. Lelaki bujang pada usia 40 boleh mengikut jadual mereka sendiri—melancong pada bila-bila masa, meluangkan masa untuk hobi, atau hanya bersantai tanpa sebarang komitmen. Bagi mereka, kebebasan ini sangat berharga dan sukar untuk dilepaskan.
Mereka sudah terbiasa dengan gaya hidup ini dan mungkin berasa bimbang sekiranya kebebasan itu akan hilang sepenuhnya selepas berkahwin.
Ini bukan bermakna mereka tidak suka keluarga, tetapi mereka lebih menghargai kebebasan yang telah mereka bina selama ini.
Dengan kemudahan teknologi seperti aplikasi temu janji dan media sosial, pilihan pasangan kini jauh lebih luas. Walaupun ini kelihatan baik, ia juga boleh menjadi masalah. Lelaki mungkin rasa tertekan untuk mencari pasangan yang ‘sempurna’ mengikut kriteria yang tidak realistik.
Mereka mungkin sentiasa beranggapan ada pilihan yang lebih baik di luar sana, atau berasa keliru dengan terlalu banyak pilihan yang ada.
Ini menyebabkan mereka menangguhkan keputusan sehingga mereka benar-benar yakin telah menemui orang yang paling sesuai, yang mana kadang-kadang tidak akan berlaku.
Secara keseluruhannya, fenomena lelaki bujang pada usia 40-an adalah satu cerminan perubahan nilai dan realiti kehidupan yang semakin kompleks.
Bagi mereka, perkahwinan bukanlah lagi satu ‘kemestian’, tetapi satu ‘pilihan’ yang hanya akan dibuat apabila mereka benar-benar bersedia dari semua aspek.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TAKUT GEMUK DI HARI RAYA? TIDAK MENGAPA, BARU RAYA PERTAMA KAN, JANGAN SAMPAI SEBULAN SELUAR DAN BAJU TERPAKSA CARI SAIZ LAIN PULA. CUBA KAWAL PEMAKANAN ANDA DAN JADIKAN HARI RAYA SEBAGAI HARI UNTUK KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA.
Jika telah mengambil secara berlebihan, pastikan anda mencari jalan untuk membakar kesemua kalori itu kembali. INGAT! Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar akan meningkatkan berat badan anda sebanyak 1KG!
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shaheizy Sam amal formula diet ikut Rasulullah SAW. Bukan perkara asing bagi peminat melihat perubahan fizikal pelakon terkenal, Shaheizy Sam, 43, atau lebih dikenali sebagai Sam, yang kadang-kala tampil dengan tubuh berisi dan kemudian kembali kurus dalam masa singkat.
Sam dilihat seolah-olah mempunyai ‘suis’ khas yang membolehkan dirinya menukar bentuk badan dengan cepat mengikut keperluan. Nama penuhnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, mendedahkan bahawa beliau sudah lama menemui kaedah yang sesuai untuk mencapai bentuk badan yang diinginkan.
Menurut Sam, tiada rahsia atau keajaiban yang digunakan, sebaliknya hanya pendekatan berasaskan logik semata-mata. Beliau menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh utama dalam menjaga kesihatan melalui cara pemakanan yang sederhana.
“Rasulullah adalah inspirasi saya. Baginda tidak menikmati kemudahan seperti kita sekarang yang boleh makan tiga hingga empat kali sehari. Kita tahu kadangkala rumah Baginda tiada makanan yang dimasak, hanya makan kurma sahaja.
“Tetapi Baginda tetap sihat dan mampu memimpin dalam peperangan. Jadi, jika Rasulullah mampu melalui keadaan begitu dan kekal sihat, kenapa pula kita tak boleh makan sekali sehari dan masih sihat? Saya gunakan pendekatan logik seperti itu,” katanya.
Pelakon filem Polis Evo ini tidak menafikan bahawa ramai yang prihatin dan turut tertanya-tanya tentang rejim kesihatan yang diamalkannya. Malah, ada juga yang risau akan tahap kesihatannya, terutama apabila beliau mengamalkan pengambilan makanan hanya sekali sehari, dikenali sebagai ‘one meal a day’.
“Saya pun masih tertanya-tanya, berapa banyak nutrien yang sebenarnya diperlukan tubuh saya dalam sehari? Bila saya tanya orang lain, tiada jawapan pasti.
“Jadi, bila tiada jawapan, saya anggap apa yang saya amalkan sudah mencukupi. Saya sudah jalani amalan ini lebih 10 tahun dan Alhamdulillah, saya sihat. Tiada masalah, tak rasa lesu pun.
“Badan saya dah pun menyesuaikan diri dengan makan sekali sehari. Kalau nak bincang panjang tentang hal ini, memang makan masa berjam. Sebab tu saya selalu kongsi panjang lebar semasa sesi siaran langsung,” jelasnya lagi.
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!