Orang kidal atau individu yang lebih dominan menggunakan tangan kiri, adalah golongan minoriti yang membentuk sekitar 10-12% daripada populasi dunia.
Walaupun kecil bilangannya, orang kidal sering dikaitkan dengan pelbagai keunikan, mitos dan fakta menarik yang mencetuskan kekaguman serta persoalan.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang orang kidal yang mungkin anda tidak tahu.
Foto : Kompas
Kaitan dengan Genetik, Tetapi Tidak Sepenuhnya
Faktor genetik memainkan peranan dalam menentukan sama ada seseorang itu kidal atau tidak.
Namun, genetik sahaja bukanlah faktor utama.
Kajian menunjukkan bahawa tiada satu gen spesifik yang menentukan kidal, sebaliknya ia melibatkan gabungan faktor genetik dan persekitaran.
Otak Orang Kidal Berbeza
Orang kidal cenderung menggunakan hemisfera kanan otak mereka dengan lebih aktif, berbanding orang yang tangan kanannya dominan yang lebih menggunakan hemisfera kiri.
Ads
Hemisfera kanan sering dikaitkan dengan kreativiti, seni dan pemikiran visual, menjadikan orang kidal lebih cenderung dalam bidang kreatif seperti muzik, seni dan penulisan.
Foto : Hipwee
Prestasi Sukan yang Hebat
Ramai atlet kidal berjaya dalam bidang sukan seperti tenis, tinju dan badminton.
Ini kerana lawan mereka sering sukar menyesuaikan diri dengan pergerakan dan strategi unik yang dipengaruhi oleh dominasi tangan kiri.
Atlet terkenal seperti Rafael Nadal (tenis) dan Lionel Messi (bola sepak) adalah contoh orang kidal yang cemerlang.
Ads
Kesukaran Hidup di Dunia Dominan Tangan Kanan
Dunia moden banyak direka untuk golongan dominan tangan kanan, seperti gunting, tetikus komputer dan meja tulis.
Ini menjadikan orang kidal sering menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri.
Namun, cabaran ini juga melatih mereka untuk menjadi lebih fleksibel dan kreatif dalam mencari penyelesaian.
Hari ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan kidal dalam dunia dominan tangan kanan.
Orang kidal bukan sahaja istimewa kerana dominasi tangan kiri mereka, tetapi juga kerana keunikan otak dan kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak selalu direka untuk mereka.
Jika anda seorang kidal, berbanggalah dengan keunikan anda kerana anda adalah sebahagian daripada kumpulan kecil yang istimewa di dunia ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Episode kelima MASKULIN Who’s Your Bro bakal menggegarkan dengan cabaran ‘KING OF THE HILL’! 🔱 ⚔️ Ujian kekuatan. Stamina. Ketahanan fizikal & mental. Hanya yang terbaik mampu bertahan dan membuktikan siapa sebenarnya BRO SEJATI! 💪 📅 Jangan lupa temu janji kita: 🗓 3 Januari 2025 🕘 9 malam 📺 Hanya di Astro Ria Adakah Bros anda cukup kuat untuk jadi Raja Bukit? 👑 #maskulin#maskulinwhosyourbro#SiapaBroSiapaLawan#Ideaktiv#astro#astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalkan 4 rutin ini untuk kulit lebih licin dan segar!
Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengguna tegar Uber sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada aplikasi tersebut dan beralih kepada Grab.
Bagi nasib kakitangan Uber pula, menurut dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mereka akan diberi cuti bergaji selama tiga bulan dengan faedah perubatan percuma sementara Grab mengkaji peranan baharu yang sesuai untuk mereka.
Malah bagi meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
Selain itu, pihak Grab juga menjamin tidak menaikkan tambang kerana perjalanan ini menggunakan harga tambang dinamik.
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seramai 700 atlet bakal melaporkan diri di perkampungan sukan dalam perhimpunan akhir atlet dari 4 hingga 10 Ogos ini, sebelum tirai Sukan SEA ke-29 disingkap secara rasmi pada 19 Ogos nanti.
Hotel Rennaissance Kuala Lumpur bakal menghimpun jumlah keseluruhan 1,039 individu, termasuk 162 jurulatih, pengurus pasukan dan anggota urusetia kontinjen dalam persediaan terakhir menjelang upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelompok atlet dibahagikan kepada enam cawangan mengikut bidang sukan, iaitu tempur, raket, kekuatan dan kuasa, berpasukan, air dan kemahiran.
Sukan tempur ialah taekwondo, karate, silat, wushu, tinju, lawan pedang, muay dan judo.
Raket merangkumi tenis, skuasy, badminton dan ping pong manakala sukan air adalah terjun, renang, renang irama, polo air, ski air, renang laut terbuka dan pelayaran.
Memanah, gimnastik artistik, gimnastik berirama, snuker dan billiard, menembak, boling tenpin, boling padang, petanque, golf, ekuestrian dan polo membentuk sukan kemahiran manakala berpasukan adalah hoki, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, futsal, bola tampar, kriket, hoki ais dan ragbi.
Sukan membabitkan kekuatan dan kuasa ialah lumba basikal, angkat berat, olahraga, luncur ais dan triathlon.
Beberapa sukan dikecualikan daripada menyertai perhimpunan ini disebabkan pelbagai faktor. Skuad ekuestrian sedang menghadapi kejohanan di Belgium, manakala pasukan polo menjalani latihan di Pekan.
Skuad muay menjalani latihan di Bangkok manakala pakar terjun berlatih di China hingga 18 Ogos.
Skuad bola sepak lelaki pula dijadual menghadiri majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos nanti.
Dalam perhimpunan tujuh hari ini, atlet negara dijadual menjalani sesi bina semangat dan setiakawan, selain mendengar taklimat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Kem ditutup dengan majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. Seramai 392 pegawai terdiri daripada pengurus pasukan, penolong pengurus dan jurulatih turut membentuk kontinjen negara.
Sebelum upacara pembukaan secara rasmi pada Sabtu 19 Ogos, acara bola sepak lelaki akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Malaysia dijadual menentang Brunei.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.