Bagi pemilik Perodua Ativa, Alza, Myvi, dan Axia yang menggunakan sistem transmisi D-CVT (Dual-mode Continuously Variable Transmission), masalah gearbox sering menjadi kebimbangan.
Antara isu yang kerap dialami pengguna ialah rasa ‘sentap’ ketika memasukkan gear. Bayangkan anda pada waktu pagi nak pergi kerja tiba-tiba bila nak masuk ke gear D ada rasa sentakan yang kuat.
Selain rasa hentakan ke depan, bunyi kasar juga sering kedengaran, membuatkan anda bukan sahaja risau malah tidak selesa.
Walaupun ramai beranggapan masalah ini berpunca daripada kerosakan gearbox, sebenarnya ia berkait rapat dengan tabiat parkir yang salah.
Kebanyakan pemandu tanpa sedar meletakkan tekanan yang tidak perlu ke atas sistem gearbox ketika parkir, lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan berbukit atau cerun.
Kesilapan Lazim Ketika Parkir Kereta
Kebiasaannya, ramai pemandu akan terus menukar gear ke posisi ‘P’ sebaik sahaja sampai ke tempat parkir, diikuti dengan menarik brek tangan (handbrake).
Walaupun nampak seperti langkah yang biasa dan betul, cara ini sebenarnya menyebabkan bebanan berlebihan pada sistem gearbox.
Ads
Gearbox D-CVT kereta anda terpaksa menahan berat kereta, terutamanya jika parkir di kawasan yang tidak rata. Inilah yang menjadi punca kepada rasa ‘sentap’ dan bunyi kasar apabila gear ditukar pada waktu pagi.
Perkara ini pernah dikongsikan oleh akaun TikTok pusat servis kereta, @altimatautogarage yang berkata masalah ini sangat biasa dilakukan oleh pemilik Ativa, Alza dan MyVi tanpa sedar.
Cara Parkir & Tukar Gear Dengan Betul
Untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang pada gearbox D-CVT, terdapat satu kaedah yang lebih baik dan mesra gearbox yang patut diamalkan oleh semua pemandu:
Ads
Kekalkan Gear di Posisi D atau R – Sebaik sahaja sampai ke kawasan parkir, kekalkan gear dalam posisi ‘D’ (Drive) atau ‘R’ (Reverse).
Tukar Gear ke ‘N’ (Neutral) – Sebelum menarik handbrake, tukarkan gear ke posisi ‘N’. Ini penting untuk mengalihkan beban kereta daripada sistem gearbox.
Tarik Handbrake – Selepas gear berada di posisi ‘N’, barulah anda menarik handbrake. Ini akan memastikan kereta anda distabilkan oleh sistem brek, bukan gearbox.
Tukar Gear ke ‘P’ (Park) – Selepas memastikan brek tangan ditarik dengan kemas, barulah anda menukar gear ke posisi ‘P’. Dengan langkah ini, beban kereta tidak akan ditanggung oleh sistem gearbox, sebaliknya oleh brek kereta.
Kenapa Penting Untuk Amalkan Cara Ini?
Dengan mengamalkan cara parkir yang betul, anda bukan sahaja dapat mengelakkan rasa ‘sentap’ dan bunyi kasar ketika menukar gear, malah dapat memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda.
Masalah yang sering dialami pengguna Perodua Ativa, Alza, Myvi, dan Axia ini bukanlah berpunca daripada kecacatan teknikal, tetapi daripada tabiat memandu yang kurang tepat.
Selain itu, cara ini juga amat penting jika anda sering parkir di kawasan berbukit atau cerun.
Ads
Bebanan yang ditanggung oleh gearbox ketika parkir di kawasan seperti ini boleh merosakkan komponen dalaman gearbox, yang akhirnya membawa kepada kos pembaikan yang tinggi.
Ingatlah pemilik kereta yang menggunakan sistem D-CVT, menjaga gearbox adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan terbaik.
Dengan hanya mengubah tabiat cara parkir, anda boleh mengelakkan masalah gearbox yang biasa dialami.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejumlah besar kereta yang berada diatas jalan raya kini menggunakan sistem transmisi dan kota gear automatik. Selain lebih mudah untuk dikendalikan kereta dengan kotak gear automatik dilihat lebih efisien penggunaannya terutama di kawasan bandar yang selalu sesak.
Memandu kereta yang menggunakan gear manual merupakan satu cabaran besar dalam kondisi trafik yang sering sibuk dan sesak. Jadi tidak hairanpah ramai lebih selesa dengan kereta menggunakan gear automatik.
Namun memiliki kereta dengan gear automatik juga perlu hadir dengan penjagaan yang baik. Kali ini MASKULIN sama-sama bawa anda perkongsia dari Facebook Pakar GearBox Automatic KL yang memberikan ulasan tentang ‘Tanda Dan Punca Kerosakan Gearbox Automatik’.
Menerusi perkongsian tersebut mereka myatakan dua jenis kerosakan, punca dan juga bagaimana cara untuk elak perkara ini berlaku.
Ikuti perkongsian mereka di bawah:
Situasi 1: Internal Leak
Pada waktu pagi, kereta tidak boleh bergerak walaupun sudah masuk gear ‘D’ atau ‘R’ untuk memulakan perjalanan. Anda kena tunggu enjin kereta panas dalam masa 15 minit dan kadang-kadang ada sampai 30 minit.
Ini adalah petanda menunjukkan gear box ada masalah atau mengalami ‘internal leak’ (kebocoran dalaman), bermakna tiada tekanan dapat dihasilkan oleh sistem hidraulik di dalam gearbox kerana getah seal telah keras. Setelah engine kereta betul-betul panas baru sistem hidraulik dapat berfungsi semula.
Punca berlakunya internal leak dalam gearbox adalah disebabkan oleh minyak gearbox tidak ditukar setelah lama digunakan.
Kebiasaannya minyak gearbox mesti ditukar setiap 6 bulan. Minyak gearbox yang telah lama tidak ditukar akan menyebabkan getah seal di dalam gearbox semakin keras dan menyebabkan kebocoran pada hydraulic system. Tiada tekanan dapat dihasilkan oleh hydraulic system untuk mengubah kedudukan gear di dalam gearbox.
Semasa dalam perjalanan, masalah berlaku apabila kereta mencapai final gear dan secara tiba-tiba gear pada keadaan FREE. Kereta jadi mengaum dan tiada lajak semasa memandu. Ini terjadi disebabkan oleh masalah pada clutch plate di dalam gearbox.
Kebiasaannya, clutch plate yang bermasalah adalah disebabkan oleh mounting kereta.
Jika berlaku gegaran kereta yang terlalu kuat disebabkan oleh keadaan mounting yang tidak sempurna, gegaran tersebut akan mengganggu sistem transmission kerana enjin kereta bersambung terus dengan gearbox.
Sebarang gegaran akan memberi kesan pada komponen dalam gearbox terutama sekali pada clutch plate. Akan terdapat geseran yang berlaku antara clutch plate, dan ia akan memberi kesan negatif semasa berada di final gear.
Buat anda yang memiliki kereta automatik bolehlah ambil perkongsian ini sebagau langkah penjagaan yang baik. Perhatikan petanda seperti perkongsian di atas ya!
Kredit: Pakar GearBox Automatic KL
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas Honda EX5 Edisi Terhad, Boon Siew Honda (BSH) kini memperkenalkan Honda Wave Alpha menerusi kemas kini lebih menarik. Motosikal yang dikatakan terlaris di pasaran tempatan itu kini tampil dengan wajah baru menerusi pilihan warna terkini dan grafik baharu. Pilihan warna baharu Merah Sinar itu ditawarkan bagi menarik minat golongan muda.
Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BSH Sdn Bhd, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing berkata pihaknya teruja dengan pengenalan warna baharu tersebut.
“Grafik perlumbaan baharu itu kini ditawarkan kepada pengguna kerana sebelum ini grafik berkenaan hanya digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017.
“Tetapi apa yang lebih penting, wajah sporty ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran,” katanya.
Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan keseronokan dan pengalaman tunggangan. Ia dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan lebih sporty, pemegang belakang yang selesa dan brek cakera (varian rim tuangan) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter yang lebih jelas , kebuk-u yang luas dan pelindung kaki bergaya.
HARGA: Honda Wave Alpha Baharu (Merah Sinar) dijual pada harga RM 5,086.94 (termasuk GST) seunit.
WARANTI: Boon Siew Honda menawarkan dua tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN menjangkakan bermula penghujung minggu hadapan ramai yang akan mula merancang untuk melakukan servis kereta untuk balik kampung sempena perayaan Aidilfitri.
Sebelum bengkel atau pusat servis mula sesak dengan tempahan baik anda mula merancang dari sekarang. Perkara pertama yang sangat penting untuk anda periksa sama ada kondisinya dalam keadaan baik atau tidak ialah sistem brek.
Saban tahun sering kita dengar tentang berita kemalangan yang menyayat hati apabiola tibanya waktu kemuncak balik kampung. Ada antara kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dan tidak kurang juga disebabkan berlakunya kerosakan pada komponen penting seperti brek.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
Bunyi yang dikeluarkan
Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada bahagian yang rosak.
Perlu ditekan dengan lebih kuat
Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.
Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
Lampu peringatan
Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.