Laporan analisis terbaharu Kaspersky mendedahkan trend membimbangkan berkaitan penglibatan kanak-kanak Malaysia dengan kandungan berisiko dalam talian.
Sepanjang Mei 2024 hingga April 2025, data daripada perisian kawalan ibu bapa Kaspersky Safe Kids menunjukkan kanak-kanak tempatan telah terdedah kepada kategori kandungan sensitif.
Ini termasuk kepada beberapa kategori seperti bahan lucah (1.42%), perjudian (0.98%), senjata dan bahan letupan (0.68%), kata-kata kesat (0.52%) dan keganasan (0.30%).
Apa yang lebih merisaukan, semua ini berlaku dalam ruang digital yang sama digunakan kanak-kanak untuk bermain game, komunikasi internet dan perisian video.
Ini bermakna kandungan berbahaya kini semakin menyusup dalam aktiviti harian atas talian mereka.
Pendedahan ini diperkukuh lagi dengan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan 85.6% remaja berumur 13 hingga 17 tahun adalah pengguna aktif internet, dan 92% memiliki akaun media sosial sendiri, dengan purata masa tiga hingga lima jam sehari dihabiskan dalam talian.
Dalam masa yang sama, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) turut memberi amaran tentang ancaman baharu seperti pornografi ciptaan AI dan kandungan deepfake yang mudah diakses remaja.
Ads
Usaha Perlindungan Lebih Tegas dan Serantau
Sebagai respons kepada ancaman ini, Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 telah digazetkan dan bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi sebaik garis panduan pelaksanaannya dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Akta ini dijangka menjadi benteng penting bagi melindungi pengguna muda serta menuntut akauntabiliti platform digital terhadap kandungan yang disebarkan.
Trend yang diperhatikan di Malaysia juga seiring dengan negara serantau lain. Di Singapura, 3.82% kanak-kanak mengakses kandungan lucah, manakala di Vietnam 3.11%. Filipina mencatatkan kadar pendedahan kepada kandungan perjudian dan senjata setinggi 3.68%, manakala Thailand pula 0.91%.
Ads
Sebagai ibu bapa atau golongan dewasa, soalan patut kita tanya ialah adakah kita benar-benar tahu apa yang anak-anak kita lakukan dalam talian?
Apa yang nampak seperti masa skrin yang biasa mungkin sebenarnya membuka ruang kepada kandungan berisiko. Kesedaran ibu bapa penting, tetapi ia hanya sebahagian daripada penyelesaian.
Peraturan nasional, pendidikan digital dan alat keselamatan yang mudah diakses perlu bergerak seiring,” ujar Ketua Saluran Pengguna Asia Pasifik Kaspersky, Choon Hong Chee.
Ads
Antara cadangan Kaspersky kepada ibu bapa:
Bina komunikasi terbuka dengan anak-anak tentang bahaya dalam talian dan tetapkan sempadan penggunaan.
Sentiasa ikuti perkembangan trend digital dan pantau interaksi anak di internet.
Gunakan pendekatan menyeronokkan untuk mendidik seperti Kaspersky Cybersecurity Alphabet dan buku cerita Midori Kuma.
Guna perisian kawalan seperti Kaspersky Safe Kids untuk kawal masa skrin, tapisan laman web berbahaya dan kesejahteraan digital keseluruhan.
Manfaatkan sumber tempatan seperti program CyberSAFE® oleh CyberSecurity Malaysia.
Bagi memperluas pendidikan keselamatan digital, Kaspersky turut melancarkan edisi Bahasa Melayu buku kanak-kanaknya bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), menggunakan kaedah bercerita interaktif. Inisiatif serupa turut dikembangkan ke Vietnam dan Jepun.
Sama-sama kita sama-sama memainkan peranan dalam usaha menangani isu serius seperti ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
INI ADALAH CIRI LELAKI YANG TIDAK LAYAK LANGSUNG ANDA DEKATI DAN SELAYAKNYA JADI BUJANG TERLAJAK SELAMANYA.
TIADA PENDAPATAN DAN BOROS
Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun diantara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.
SENTIASA BERGANTUNG PADA ORANG LAIN
Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.
PEMALAS
Pemalas di sini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.
BERFIKIRAN NEGATIF
Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.
KAKI CONTROL
Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda begitu tertekan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Makan secara perlahan bukanlah suatu keputusan yang boleh anda buat dengan cepat den tiba tiba, sebaliknya, ia adalah satu tabiat yang anda memerlukan ketabahan dan motivasi diri yang tinggi untuk dijadikan amalan. Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk makan dengan perlahan dan sedikit.
1.Reprogram minda anda.
Jangan cuba untuk memperoleh tabiat makan secara perlahan jika anda belum bersedia secara mental. Berehat dan menggunakan imaginasi anda untuk mencipta imej-imej mental dan visual dengan membayangkan diri anda tanpa lemak dan kurus seperti yang anda inginkan.
2.Elak makanan yang telah diproses.
Makan secara perlahan bukanlah untuk menguyah dengan perlahan tetapi untuk makan dengan sihat dan seimbang. Elak makanan yang diproses kerana ia tidak dapat membekalkan nutrien yang secukupnya kepada badan dan anda akan cepat berasa lapar.
3.Makan apabila anda berasa lapar sahaja.
Otak anda akan menghantar isyarat lapar kepada perut anda apabila zat atau tenaga dalam badan anda kurang. Jangan makan jika anda tidak berasa lapar. Jadikan waktu makan anda sebagai rutin jangan makan dipertengahan waktu itu.
4.Sentiasa bertenang sebelum anda mula makan.
Mengambil beberapa nafas dalam melalui hidung dan keluar melalui mulut. Dapat menghilangkan tekanan sebelum anda mula makan – dengan cara ini, anda akan menghapuskan rasa stress atau marah yang membuatkan anda lebih makan dan membantu anda memberi tumpuan kepada makanan anda.
5.Minum segelas air dan / atau semangkuk kecil sup sebelum hidangan utama anda.
Minum air bersama dengan makanan anda. Ini akan membantu anda rasa kenyang dengan lebih cepat.
6.Jika anda masih lapar selepas makan, BERHENTI.
Minum lebih air. Ini adalah keadaan di mana anda akan perlu menggunakan sedikit displin diri dan motivasi dan visualizations anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejujurnya kita semua cukup bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Langkah drastik yang diambil oleh kerajaan sejak wabak COVID-19 merebak dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan telah menunjukkan hasil yang positif.
Kadar jangkitan di negara kita telah berjaya dilandaikan dan tidak meningkat terlalu tinggi. Malah kerja keras yang dilakukan oleh barisan hadapan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuktikan ramalan pakar yang meramalkan kadar jangkitan di negara kita berlaku lebih tinggi.
Selain itu, kadar pematuhan oleh kita semua juga sangat tinggi. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diperkenalkan pula menyaksikan kadar pematuhan juga kekal tinggi dengan hampir 95 peratus.
Walaupun begitu kita semua tidak boleh terlalu selesa. COVID-19 masih lagi wujud di negara kita dan disebabkan itulah kita harus terus mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Ikut segala SOP yang telah diberikan oleh kerajaan sepanjang masa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyuarakan kebimbangan dan memberikan amaran risiko COVID-19 kembali menular ketika banyak negara sudah mula melonggarkan sekatan.
Badan kesihatan dunia kini terus mendesak agar negara-negara yang terlibat terus kekal berwaspada pada tahap paling tinggi.
Beberapa buah negara Eropah kini antara yang mula melonggarkan sekatan. Namun, wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara-negara berkenaan.
Pakar Kesihatan Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata beberapa buah negara telah menunjukan kemunculan semula kes seperti di Wuhan dan juga Korea Selatan yang mencatatkan 85 kes dari kluster seorang pengunjung kelab malam.
Tegasnya lagi, selepas sekatan dilonggarkan adalah normal orang ramai orang mula melakukan kegiatan sosial bersama-sama. Namun jika penjarakan sosial tidak diberikan penekanan yang tinggi risiko jangkitan akan meningkat.
Persoalannya, masyarakat dunia sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19.
Sehingga artikel ini ditulis, pandemik COVID-19 ini sudah meragut kira-kira 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Teruskan mengamalkan penjarakan sosial dan sama-sama kita boleh memastikan keselamatan antara satu sama lain!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.