Modifikasi kenderaan merupakan satu hobi yang sangat popular di negara kita. Sama ada kereta, motosikal, van mahupun bas sekali pun – modifikasi mendapat tempat yang cukup istimewa di kalangan peminat auto.
Akan tetapi terdapat batas dan peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh piha berkuasa akan tahap modifikasi yang dibenarkan. Ini bertujuan memastikan keselamatan dan juga keseleaan pengguna jalan raya yang lain.
Salah satu modifikasi yang tidak kurang popular ialah penggunaan hon yang melebihi satu nada atau berirama. Kenderaan seperti kereta, van atau bas biasanya dilengkapi hon standard yang mengeluarkan bunyi satu nada sahaja.
Namun kini seakan sudah menjadi trend ubah suai hon yang mengeluarkan bunyi melebihi satu nada atau berirama sangat popular. Perkara ini dapat diperhatikan dan sangat popular di kalangan pemandu trak, lori dan juga bas.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa modifikasi atau ubah suai hon seperti itu merupakan satu kesalahan undang-undang.
Ads
BOLEH DIDENDA & DIPENJARA
Tahukah anda bahawa kenderaan yang menggunakan hon tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu di sekitar negeri ini hasil aduan awam.
Jelasnya, hon seperti itu kini semakin popular di kalangan pemandu dan pemilik kenderaan berat seperti lori dan bas. Hon merupakan instrumen penting pada sebuah kenderaan yang berfungsi memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain dengan sistem bunyi.
Ads
“Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan,” jelasnya lagi.
Pengguna atau pemilik kenderaan menggunakan hon seperti dinyatakan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ia membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.
Selain itu, pemasangan hon kategori tersebut secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.
Ads
“Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula ‘hon tenonet’ yang dipasang. Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.
“Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut,” katanya.
Tegas beliau, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat pemilik kereta yang usianya telah mencecah lima tahun ke atas pastinya berdepan dengan masalah ini. Selain ia membuatkan kereta tampil nampak lebih usang ia juga mengurangkan fungsi penggunaannya.
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah lampu hadapan kereta. Kereta yang meningkat usia dan selalu terdedah dengan cahaya matahari atau cuaca panas kebiasaannya lampu hadapan akan menjadi suram dan kekuningan.
Penampilan dengan warna kedam sedikit sebanyak merencatkan penampilan kereta anda. Selain anda kilatkannya semula di pusat spa kereta, tahukah anda masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya melakukan sentalan mudah dengan menggunakan serbuk penaik atau baking soda dan juga buah lemon?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok menerusi hantaran videonya menunjukkan bagaimana dia mengilatkan lampu hadapan kereta dengan kombinasi dua bahan tersebut.
Ikuti cara seperti mana dikongsikan olehnya di bawah.
1.
Pertama sekali anda harus dapatkan baking soda dan sebanyak dua biji buah lemon.
Foto hiasan
2.
Belah dua lemon tersebut. Kemudian ambil baking soda dan taburkannya di atas permukaan lemon yang dipotong dua tersebut.
3.
Mula sental lemon yang ditabur baking soda itu ke atas permukaan lampu kereta.
4.
Lakukan sehingga anda nampak kesan kekuningan itu mula hilang dan nampak berkilat semula.
5.
Jika hasilnyanya seakan kurang anda boleh tambahkan baking soda dan terus lakukan sentalan.
6.
Selepas disental rata bilaskan dengan menyiram air. Anda akan dapati lampu kereta anda akan tampil berkilat!
Semoga cara mudah yang dikongsikan oleh saudara Ridzuan Zubir ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jika mahu tutorial lebih jelas anda boleh menonton videonya di bawah.
Apabila bercakap tentang kenderaan hibrid, soalan yang sering diajukan ialah penyelenggaraan dan jangka hayat bateri hibrid serta kos.
Justeru itu demi ketenangan minda pemilik, berikut perkara utama yang perlu anda ketahui tentang penyelenggaraan bateri hibrid bagi model baharu City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD yang ditawarkan oleh Honda Malaysia:
1) Honda Malaysia menawarkan waranti lapan tahun bagi bateri litium-ion tanpa had perbatuan.
2) Bateri berkenaan direka bagi tempoh jangka hayat kenderaan.
3) Setakat ini, kes berkaitan penukaran bateri hibrid baru adalah rendah. Data yang dikeluarkan oleh pihak Jepun, hanya 0.103 peratus nisbah penukaran bateri daripada 256, 565 unit Honda Fit Hybrid (Honda Jazz) sejak dikeluarkan September 2013.
4) Pengguna tidak perlu bimbang, harga jualan bateri hibrid Honda boleh dikatakan termurah berbanding pesaingnya. Sekiranya bateri tersebut perlu diganti selepas berakhirnya tempoh waranti, harga jualan bateri hibrid berkenaan ialah RM5, 513.
5) Demi ketenangan minda pemilik, tiada caj buruh dikenakan dalam tempoh enam kali servis setiap selang 20,000 penyelenggaraan yang diselang selikan dengan servis berbayar.
6) Untuk makluman, tiada servis khusus diperlukan untuk menyelenggara kereta hibrid. Proses servis sama seperti model Honda yang lain.
7) Selain daripada harga jualan kereta hibrid yang kompetitif, pihak Honda Malaysia juga menyatakan kos penyelenggaraan juga adalah berpatutan. Dalam tempoh lima tahun, kos penyelenggaraan bagi model City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid hanyalah RM2, 867.96.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata aircond kereta susah nak rosak? Kalau anda tak tutup tingkap kereta semasa aircond terpasang, macam-macam boleh jadi.
Antaranya aircond jadi kurang sejuk dan melibatkan kos yang tinggi ketika anda ingin menyelenggarakannya. Sudahnya anda sendiri yang pening kepala nak mmbayar bil selenggaran kereta yang tinggi.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.
1. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang. Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
2. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan. Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
3. MEROKOK SESUKA HATI
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
4. MATIKAN ENJIN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
5. GUNA PEWANGI YANG KURANG SESUAI
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penasi dan evaporator atau cooling coil dalam aircond. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.