Sekiranya anda mahukan peralatan kecergasan dengan harga yang mampu dimiliki, sesuai untuk seisi keluarga, ringan serta mudah alih, tali Skipping adalah pilihan yang terbaik. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.
1. Dengan penggunaan selama 15 hingga 20 minit, seseorang dapat membakar keseluruhan kalori daripada sekeping bar cokelat.
2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan akan membuatkan tubuh berasa lebih santai.
3. Dengan melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan dapat membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika berjalan dalam jumlah masa yang sama.
Ads
4. Melompat dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Atlet menggunakannya untuk meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.
5. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.
6. Boleh membuka liang roma dan menghapuskan toksin melalui peluh
Ads
7. Dapat memperkuatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih cekap
PATUT TAHU :
Ads
Aktiviti tali skipping dapat dikesan pada tahun 1600 sebelum masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.
Tali skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 negara dan organisasi serta kelab tali skipping boleh dijumpai hampir dimana sahaja di negara-negara tersebut.
Rekod dunia yang tercatat ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum melakukan latihan tabata dan mendapat manfaat sama kesannya seperti berjoging selama 40 minit, penting untuk anda ketahui.
Latihan Tabata: 4 minit yang NERAKA tetapi Super!
Kali ini, aku ingin menceritakan pula salah satu rejim senaman paling TERBAIK dalam sejarah HIIT, paling tip top, paling singkat (hanya 4 minit dalam satu sesi dan kesan adalah sama seperti berjogging 40 minit), tetapi paling NERAKA! Ya, aku amat bermaksud dengan istilah NERAKA, kerana ternyata ia merupakan 4 minit yang amat menyeksakan yang pernah anda alami. Memperkenalkan kepada anda, Kaedah/Latihan Tabata.
Apa itu Latihan Tabata?
Ia merupakan kaedah senaman (High Intensity Interval Training) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh Dr. Izumi Tabata dan rakan-rakan dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo.
Kaedah/protokol Latihan Tabata seperti:
1. Warm-up (memanaskan badan)
2. Senaman yang ultra-intensif pada 170% daripada VO2 (20 saat)
3. Diikuti dengan rehat yang minimal (10 saat)
4. Ulangi langkah 2 hingga 3 untuk 8 set (Jumlah masa = 4 minit)
5. Warm-down (sejukkan badan)
Huraian mengenai Kaedah/Latihan Tabata
Latihan Tabata adalah sejenis HIIT yang menerapkan nisbah 2:1. Latihan yang berlangsung hanya selama 4 minit ini (240 saat) terbahagi kepada 8 bahagian atau set. Setiap set pula terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pecut selama 20 saat (sprint phase) dan fasa rehat selama 10 saat (rest phase). Kitaran ini berterusan sebanyak 8 kali (Jumlah masa = 4 minit).
Untuk 20 saat yang pertama, anda haruslah melakukan sesuatu senaman itu pada intensiti yang paling tinggi (do it all out!). Sekiranya anda ingin menerapkan Latihan Tabata dalam larian, maka dalam tempoh 20 saat itu juga anda perlu berlari pecut sekuat hati seperti Usain Bolt, sebelum diikuti dengan rehat selama 10 saat (boleh berjalan lenggang ‘itik pulang petang‘ sebentar). Apabila jam randik di tangan sudah cukup tempoh 10 saat, anda harus terus berlari pecut lagi untuk 20 saat berikutnya, dan proses ini berulang sebanyak 8 kali. Boleh anda bayangkan?
Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, atlet yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik* dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu. Sedangkan latihan kardio seperti jogging yang biasa mungkin makan masa sekurang-kurangnya 40 minit, tetapi kaedah Tabata hanya memakan masa hanya 4 minit sahaja!
Sangat pendek bukan? Sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan terlalu sibuk untuk bersenam. Malah iklan di TV3 pun jauh lebih panjang tempohnya daripada itu. Mana nak dapat senaman yang hanya selama 4 minit, kemudian habis sesi senaman untuk hari tersebut. Mungkin anda tidak percaya, tetapi itulah kelebihan Latihan Tabata.
Dipercayai, kesan daripada melakukan latihan Tabata tidak terhad kepada peningkatan stamina sahaja, tetapi pembakaran kalori (menerusi peningkatan kadar metabolisma) juga adalah hampir sama dengan mereka yang pulun berjogging setiap hari. Selepas ni, jangan terkejutlah jika terdengar Senah turun 5kg dalam masa seminggu. Rahsianya? Tabata 4 minit sehari sahaja!
Memetik ungkapan popular berkenaan Tabata – “With only 4 minutes in every 3 days, you can turn your body into a fat-burning super-engine!“
Tahukah anda?
Kapasiti Aerobik adalah adalah keupayaan tubuh badan seseorang untuk mengambil oksigen. Lebih tinggi kadar kapasiti aerobik, maka lebih jauh dan lebih lama seseorang itu boleh berlari. Bahasa mudahnya, stamina.
Bersediakah anda melakukan Tabata? (AMARAN!)
Mungkin bunyinya seperti mudah, 4 minit itu berapalah sangat, bukan? Maka adalah yang berkira-kira ingin mencuba kaedah Tabata selepas ini.
Tetapi, adakah semua orang boleh melakukan Tabata? Jawapannya, tentulah TIDAK!
Aku sendiri pun rasa macam dah separuh mati buat Tabata ni, pernah cuba sekali, lepas tu taubat nasuha, lebih rela dengan latihan interval yang biasa (nisbah yang lebih mudah untuk diikuti), atau berjogging biasa.
Untuk melakukan Tabata, jantung anda haruslah benar-benar kuat, dan betul-betul fit. Sekiranya kalau berjogging selama 20 minit tanpa henti pun dah semput, maka anda mungkin boleh mula melupakan kaedah Tabata ini, sehingga stamina/jantung anda benar-benar mantap menghampiri keupayaan seorang atlet. Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan Tabata.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Punca: Lemak ini terkumpul apabila anda mengambil banyak kalori tapi kurang melakukan aktiviti untuk membakarnya. Jadi, punca utama adalah korang terlebih makan tapi tak bersenam atau kurang aktif.
Cara untuk hilangkan.
Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Berhenti mengambil gula.
2. Lemak Pada Bahagian Bawah Abdomen
Antara punca lemak berkumpul pada bahagian bawah abadomen adalah kerana tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak hilangkan.
Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.
3. Lemak Badan Rendah (Paha dan ke bawah)
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak hilangkan:
Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
4. Perut Buncit
Punca: Pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat melebih boleh membuatkan perut anda membesar.
Cara nak hilangkan:
Kurangkan pengambilan alkohol/ minuman berkarbonat dan lebih baik berhenti terus.
5. Lemak Badan Rendah (termasuk kaki)
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara untuk hilangkan:
Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
6. Perut Besar dengan Lemak Pada Bahagian Atas/Belakang Badan
Punca: Lemak ini terjadi disebabkan korang kurang aktif. Jadi, tiada cara lain melainkan korang kena start bersenam segera sekiranya perut dan lemak tersebut mengganggu korang.
Cara untuk hilangkan:
Dapatkan tidur yang cukup. Kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan perubahan pada hormon dan meningkatkan selera makan dan menyebabkan berat badan korang bertambah.
Makan makanan yang kaya dengan fiber.
OLAHAN : BUKANAKU.COM
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.
Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes. Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.
Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Turun Berat Badan Tiba-Tiba
Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah. Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.
Selalu Rasa Letih
Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih. Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.
Sering Rasa Haus
Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.
Mudah Marah
Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan. Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.
Luka Susah Sembuh
Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada somethingwrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI. Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.
Penglihatan Terjejas
Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.