Ramai lelaki menyangka dengan hanya menggunakan syampu sahaja rambut boleh kekal sihat dan besinar. Hakikatnya penjagaan betul terhadap rambut lebih daripada itu. Dan ia juga berbeza untuk setiap individu.
Ini kerana setiap orang mempunyai jenis rambut berbeza. Ada orang kondisi rambutnya mudah berminyak. Ada juga yang selalu sahaja kering. Tidak kurang juga dengan mereka yang mempunyai masalah kulut kepala.
Jadi penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
Ads
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
Ads
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Ads
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Jika anda ingin mencari produk rambut yangh baik, boleh dapatkannya pada harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza-beza. Kebanyakkan lelaki takut untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mahal dan juga tidak berseuaian dengan jantina. Mungkin lelaki dianggap kurang macho kerana terlalu menjaga kulit. Tapi, laratkah anda dibebel oleh kaum wanita kerana kulit anda yang menggelupas dan kering serta jerawat bersepah tu?
Sini kami ada sediakan bebarapa produk yang anda boleh pakai walaupun ia nampak untuk wanita. lelaki pun boleh pakai ok! Apa yang penting harga barangan ini baeah 40 ringgit!
Safi krim kecantikan sari Pokok Lidah Buaya
Bila dengar Safi mesti takut kan? Mesti rasa produk ni untuk wanita kan? Sebenarnya, jantina kulit tidak begitu memainkan peranan di sini, namun jenis kulit amat penting. Jika anda mempunyai kulit normal, tidak salah jika anda memakai produk ini. Belum cuba belum tahu kan?
Produk keluaran Safi ini memang sesuai untuk mereka yang berkulit kering kerana ia mengandungi Aloe Vera yang memang baik bagi yang mempunyai masalah kulit kering tu. Di samping itu, ia dapat melicinkan kullit muka, jadi tak perlu risau dengan kulit mengelupas.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Produk ini memang ternyata berkesan terutamanya kepada anda yang serasi dengan produk ini. Ia mempunyai campuran Aloe Vera dan herba yang dapat menganjalkan kulit dan tidak berminyak jika dipakai. Pelembap ini dapat berikan perlindungan pada kulit dari cuaca panas seperti cuaca di Malaysia ni.
Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Produk Organic Aid ini memang direka untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Ia bukan hanya melembapkan, malah ia dapat mengekalkan kulit supaya sihat dan berseri. Anda mesti terbiasa dengan perasaan seperti kulit disiat-siat apabila berhadapan dengan cahaya matahari yang terik kan? Produk ini boleh melagakan kesakitan anda tu, tak berminyak dan mudah serap.
Innisfree Aloe Revital Soothing Gel
Produk dari Korea ni memang kaya dengan zat dan bahan utamanya tentulah Lidah Buaya yang tentunya memberi manfaat dalam apa jua jenis penyakit. Ia menggunakan 93% lidah buaya organik dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Produk ini boleh melegakan kulit yang rosak yang disebabkan cuaca panas dan pancaran sinar UV. Produk Innisfree ini juga memberi intensive moisture pada kulit muka anda.
L’Oreal Hydrafresh Genius Multi Active Essence Cream
Produk ini juga sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit kering kerana ia memang menjanjikan kelembapan kulit selama 24 jam. Satu botol kecil ini saja boleh menghidratkan kulit dan penuh dengan khasiat membolehkan kulit anda lembut sepanjang masa. Bahan utama dalam moisturizer ini ialah air pergunungan Perancis, hyaluronic acid dan provitamin B5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan ada sesetengah lelaki secara semula jadinya lahir dengan wajah yang elok dan tampan. Apa sahaja yang mereka gayakan pasti nampak sedap saja siapa memandangnya.
Namun ramai juga tidak tahu bahawa keremajaan itu satu sifat yang tidak kekal! Faktor penjagaan diri sangat penting bagi penampilan lelaki. Rupa paras boleh diberikan sentuhan dengan pelbagai kepakaran dalam dunia peragaan sekarang, Jadi jangan ingat nada berwajah elok maka tidak harus melakukan penjagaan diri dengan baik.
Jika anda ingin kekal kacak, bergaya dan berpenampilan menarik jangan abaikan 7 perkara MASKULIN kongsikan di bawah.
GUNA PRODUK SESUAI DENGAN KULIT
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.
TRIM BULU HIDUNG
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
BERSENAM DAN JAGA MAKAN
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
KESEGARAN MATA
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
SENTIASA POTONG KUKU
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Buat jejaka kacak sekalian, jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk tip serta perkongsian menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah nak hilangkan blackhead dan parut jerawat kalau tak kena dengan produk yang sesuai. Kadang-kadang penat beli produk mahal tapi tak juga dapat hilangkan blackhead atau bekas parut jerawat.
Lupakan produk mahal, apa kata cuma produk mampu milik yang anda boleh beli di drugstre sahaja. Bagi yang nak hilangkan blackhead dan dalam masa sama nak atasi parut jerawat, boleh ikuti perkongsian @sufeahani_izzan di laman Twitternya ini. Dengan menggunakan tiga produk sahaja, masalah blackheadnya dapat diatasi.