Bermula pada minggu ini pengguna laman media sosial popular, Twitter sudah menyedari bahawa platform kegemaran mereka telah berubah logo kepada ‘X’.
Buat anda yang mungkin tidak tahu pemilik Twitter, Elon Musk mengambil keputusan menamakan semula atau menjenamakan semula platform ini kepada X.
Penjenamaan semula ini lantas menjadi topik tular yang rancak dibicarakan merentasi platform. Ada yang bersetuju malah ada juga tidak senang dengan langkah penjenamaan semula yang dilakukan Elon Musk.
“Penjenamaan ini merupakan satu lagi langkah transformasi berterusan Twitter, sebuah platform menyambungkan masyarakat dengan aspirasi aplikasi ini mampu melakukan segalanya,” jelas CEO Twitter, Linda Yaccarino.
Emin Sansar/Anadolu Agency/Getty Images
Bagi Elon Musk pula berkata, “Twitter telah diperoleh oleh X Corp untuk memastikan kebebasan bersuara dan sebagai pemecut untuk X, aplikasi ‘everything’. Ini bukan sekadar syarikat yang menamakan semula dirinya, tetapi melakukan perkara yang sama”.
Namun langkah ini mungkin membawa masalah kepada Elon Musk dengan pelbagai tanda dagangan atau trademark yang menggunakan huruf ‘X’.
Ads
Memetik seorang peguam, Josh Gerben kepada Reuters, terdapat lebih 900 tanda dagangan aktif di Amerika Syarikat yang menggunakan huruf tersebut. Malah sesetengahnya adalah syarikat gergasi seperti Meta dan Microsoft.
Meta sahaja mendaftarkan tanda dagangan huruf tersebut denganw arna biru dan putih untuk perisian dan media sosial. Manakala Microsoft pula memilikinya untuk konsol ‘Xbox’ sejak tahun 2003.
“Berkemungkinan besar Twitter bakal akan disaman berkenaanperkara ini oleh seseorang,” tambah Gerben lagi.
Ads
Walau bagaimanapun tambahnya lagi Microsoft dan Meta tidak akan melakukan tindakan saman melainkan mereka merasakan penjenamaan semula Twitter melanggar hak milik tanda dagangannya.
Walaupun Musk berjaya menjenamakan semula Twitter kepada X, bagaimanapun, pihak lain masih boleh memfailkan tanda dagangan.
“Memandangkan kesukaran untuk melindungi satu huruf, terutamanya yang popular secara komersial seperti ‘X’, perlindungan Twitter mungkin terhad kepada grafik yang hampir serupa dengan logo X mereka,” jelas Douglas Masters, seorang peguam tanda dagangan di firma guaman Loeb & Loeb.
Ads
“Logo itu tidak mempunyai ciri tersendiri, jadi perlindungannya akan menjadi sangat sempit,” tambahnya lagi.
Apa pandangan anda tentang penjenamaan semula Twitter yang dilakukan oleh Elon Musk. Adakah ia langkah pemasaran atau perniagaan yang genius atau sebaliknya?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Strok atau angin ahmar adalah penyakit yang sangat biasa berlaku sekarang. Ia berkaitan cara hidup tidak sihat masyarakat zaman sekarang. Penyakit ini akan mengakibatkan masalah lumpuh sebelah badan atau lemah sebelah badan dengan masalah pertuturan serta muka menjadi senget.
Ia kerana saluran darah pada bahagian otak menjadi tersumbat atau berlaku pendarahan pada otak. Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti seharian dan akan terlantar serta perlu dibantu untuk aktiviti kehidupan asas seperti mandi, bergerak, makan dan berpakaian.
Berdasarkan satu kajian dibuat di Sweden yang dilaporkan dalam Journal Neurology tahun ini, gaya hidup lebih sihat mampu menurunkan risiko mendapat strok. Kajian menunjukkan lima faktor dikatakan sebagai gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, tidak merokok, aktif secara fizikal, meninggalkan minum alkohol dan mengawal berat badan.
Kajian menunjukkan seseorang mengamalkan gaya hidup sihat mempunyai kadar risiko lebih rendah mendapat penyakit strok sehingga 54 peratus berbanding seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
Bagi pesakit yang mengalami masalah strok, mengamalkan gaya hidup sihat akan mendapat faedah mengurangkan impak dan meningkat peratusan pemulihan kepada lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kumpulan Media Karangkraf melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu iaitu Mohamed Izam Mohamed Yusof berkuat kuasa hari ini
Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang melepaskan jawatan berkenaan bermula hari ini.
“Saya hanya akan kekal memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Penerbit (untuk akhbar Sinar Harian). Sementara Datuk Muhammad Nasir Hamzah akan kekal sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah,” katanya.
Selain itu, Hussamuddin turut memaklumkan bahawa Syamil Fahim Mohamed Fahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat usahasama Karangkraf-Astro, Nu IdeAktiv Sdn Bhd (Karangkraf Digital 360 Sdn Bhd) mulai 1 Mei 2018.
“Syamil Fahim akan dibantu oleh Farah Hussamuddin yang akan memegang jawatan sebagai Chief Contents Officer (CCO),” katanya.
Mohamed Izam sebelum ini, memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Ernst and Young sebelum bekerja dengan anak syarikat Tabung Haji – TH Technologies dan TH Global Services selama 17 tahun.
Beliau menamatkan perkhidmatannya di anak syarikat Tabung Haji sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Global Services. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor selama lima tahun.
Jawatan terakhir beliau sebelum berpindah ke Kumpulan Media Karangkraf ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IAP Integrated Sdn Bhd selama tiga tahun, sebuah syarikat yang mengendalikan platform berasaskan teknologi yang patuh syariah.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Doktor yang merawat ketawa kecil dan berkata dalam hati “ Appendiks tu organ, dik. Nama penyakit tu sebenarnya appendicitis”
Persoalan ini selalu diajukan kepada doktor jika seseorang itu mengalami sakit perut. Tetapi tahukah anda istilah appendiks itu merujuk kepada struktur yang terletak di usus besar dan setiap bayi yang lahir mempunyai appendiks. Ia bukan nama penyakit tersebut.
Istilah yang betul adalah APPENDICITIS. Ia membawa maksud pembengkakkan atapun keradangan pada bahagian appendiks.
Appendiks = strukur dalam badan Apppendicitis = Appendiks yang sedang keradangan(Inflammed)
Appendiks merupakan struktur yang terletak pada permulaan usus besar. Bahagian permulaan usus besar ini dipanggil sebagai ‘cecum’. Appendiks merupakan satu unjuran kecil pada cecum dan panjangnya adalah lebih kurang 8-10cm. Ia terletak di bahagian bawah abdomen sebelah kanan.
Kebanyakkan pendapat mengatakan Appendix merupakan struktur Vestigial iaitu struktur ataupun organ yang kehilangan fungsinya apabila berlakunya proses evolusi ataupun perkembangan daripada embrio kepada orang dewasa. Tetapi dapatan yang terbaru menunjukkan appendiks mempunyai fungsi yang penting bagi usus manusia sebagai contoh menjadi perumah kepada bakteria baik dalam usus
Kajian terbaru mendapati bahawa appendiks menjadi perumah kepada bakteria baik di dalam usus. Ia akan melepaskan bakteria baik ke dalam usus besar dan melindungi usus besar daripada jangkitan kuman bakteria yang jahat. Ini akan mengelakkan penyakit seperti cirit-birit berlaku kepada seseorang.
Ketika mana jangkitan kuman berlaku, bakteria baik ini akan duduk di dalam appendiks sehinggalah bakteria jahat itu dihapuskan oleh badan. Setelah jangkitan kuman hilang, bakteria baik ini akan dilepaskan semula untuk melindungi usus besar.
Ada juga kajian mendapati bahawa, mereka yang telah menjalani pembedahan buang appendiks mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami radangan usus besar disebabkan jankitan kuman Clostridium Defficile.
Appendiks juga mempunyai sistem limfa yang kompleks pada dindingnya. Dikatakan ia bertindak sebagainya struktur yang akan mengesan bakteria-bakteria jahat yang baru sahaja memasuki usus besar. Kemudian mereka akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut.
Appendicitis merupakan salah satu punca sakit perut yang teruk. Ia disebabkan keradangan yang berlaku pada struktur appendiks.
Bagaimana hendak mengetahui seseorang itu mempunyai appendicitis ataupun tidak?
Diagnosis appendicitis boleh dibuat dengan berdasarkan pemeriksaan klinikal sahaja. Bermaksud dengan hanya mendapatkan sejarah pesakit berserta pemeriksaan doktor, diagnosis appendicitis dapat dibuat.
Pemeriksaan seperti ultrasound scan, CT-scan dan sebagainya digunakan ketika mana terdapat masalah dalam diagnosis tersebut. Jika pesakit datang dengan simptom yang pelik dan tidak diketahui puncanya, mungkin Ultrasound scan dan CT-scan dapat membantu dalam mengetahui masalah yang dialami oleh pesakit.
Sakit perut merupakan salah satu simptom yang selalu dikatakan oleh pesakit appendicitis. Kebanyakkan pesakit appendicitis pada mulanya akan mengadu sakit perut bahagian tengah di kawasan pusat dahulu. Kemudian ia bergerak ke bahagian abdomen sebelah kanan bahagian bawah.
Kajian menggunakan cara meta-analisis menunjukkan sakit perut yang bergerak daripada bahagian tengah kemudian kebahagian kanan sebelah bawah mempunyai kaitan yang kuat dengan penyakit appendicitis.
Tetapi, ada sesetengah pesakit appendicitis yang mempunyai simptom yang berlainan daripada simptom-simptom tersebut. Ini disebabkan lokasi appendiks yang boleh berubah-ubah. Seperti yang diterangkan di atas, appendiks merupakan satu unjuran yang keluar daripada ‘cecum’. Ia dikatakan sebahagian usus besar yang tidak membesar. Disebabkan ia seperti satu jari yang panjang, maka lokasi appendiks berlainan bergantung kepada individu.
Lokasi yang berlainan inilah yang akan memberikan simptom yang berlainan kepada pesakit sebagai contoh:
1) Retrocaecal/retrocolic: Bermaksud appendiks terletak di bahagian belakang caecum. Pesakit appendicitis selalunya akan mengadu sakit belakang bahagian kanan. Kesakitannya akan bertambah apabila kaki kirinya di kepak kebelakang. Tanda ini dinamakan sebagai ‘Psoas sign’
Ia disebabkan lokasi appendiks dibelakang cecum akan bersentuhan dengan otot ‘psoas’ yang terletak dibelakang bahagian badan kita. Apabila kaki dikepakkan(extension of hip) ke belakang, ia akan menegangkan otot psoas yang sedang radang dan ini menyebabkan pesakit berasa sakit dibahagian belakang badan
2) Subcaecal/pelvic: Bermaksud appendiks itu terletak dibawah ‘caecum’ ataupun di dalam pelvis. Ini akan menyebabkan sakit di bahagian ari-ari dan pesakit akan asyik merasakan ingin membuang air kecil dan mengalami cirit-birit. Pesakit mungkin tidak akan mengadu sakit perut yang teruk tetapi apabila pemeriksaan pada dubur(per rectal) dibuat, pesakit akan mengadu kesakitan.
Ia disebabkan kedudukan appendiks di dalam ruang pelvis juga akan menyebabkan keradangan pada bahagian pundi kencing dan juga rectum. Rectum merupakan bahagian terakhir usus besar sebelum ia keluar melalui dubur(Anus).
Pemeriksaan Per Rectal adalah dengan cara memasukkan jari ke dalam dubur untuk memeriksa beberapa perkara seperti prostate, keadaan najis dan juga appendiks yang terletak dibahagian subcaecal
3) Pre-ilea dan post ileal – Tanda dan simptom mungkin suk
ar untuk dilihat. Muntah-muntah dan cirit-birit merupakan salah satu petanda appendicitis dibahagian ini.
Setakat ini, punca Appendicitis masih lagi tidak diketahui. Ia kemungkinan dipengaruhi pelbagai faktor seperti keadaan dalam appendiks yang tersumbat, diet dan juga keturunan. Tetapi tiada lagi punca yang spesifik yang telah ditemui
Rawatan ‘appendicitis’ adalah pembedahan untuk buang struktur appendiks tersebut. Walaupun wujud kajian yang menyatakan keberkesanan penggunaan antibiotik adalah sama seperti pembedahan, tetapi ia juga menyatakan penggunaan antibiotik sahaja akan menyebabkan kadar ‘appendicitis’ berulang(Recurrent appendicitis) menjadi tinggi.
Ini akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi appendicitis yang berbahaya seperti appendiks pecah. Appendiks pecah merupakan salah satu komplikasi yang ditakuti oleh doktor bedah. Ini kerana apabila pecah, najis di dalam usus akan keluar ke dalam ruang abdomen dan menyebabkan seluruh abdomen menjadi keradangan. Pesakit mungkin akan kehilangan nyawa pada ketika ini.
Oleh sebab itu, rawatan yang paling tepat bagi pesakit yang mempunyai appendicitis adalah dengan pembedahan untuk buang appendiks tersebut.
Kemajuan teknologi perubatan masa kini telah menemukan cara dan juga teknologi pembedahan yang canggih. Pada dahulunya pembedahan buang appendiks yang dikenali sebagai ‘appendicectomy’ memerlukan pemotongan bahagian abdomen untuk membuang appendiks tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.