Peranan Magnesium Dalam Tubuh Lelaki, Doktor Ini Kongsi Kepentingannya!
Foto: wayhomestudio - www.freepik.com

Peranan magnesium memang sangat penting untuk pelbagai fungsi dalam tubuh badan seorang manusia.

Selain untuk pembentukan dan pemeliharaan struktur tulang, ia juga penting untuk keperluan otot dan saraf.

Dalam tubuh badan, sebanyak 60 peratus magnesium tersimpan di dalam tulang dan selebihnya terdapat di dalam cairan tubuh, otot, tisu lembut dan darah.

Ia dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan, selain boleh didapati daripada makanan yang kita makan.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya, kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada di tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal.

Jadi, jom ambil tahu apa peranannya dalam tubuh badan seorang lelaki.

Artikel berkaitan: Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal

Artikel berkaitan: Panduan Memilih Seluar Khaki & Chino Sesuai Mengikut Bentuk Badan

IKLAN

PERANAN MAGNESIUM DALAM TUBUH LELAKI

Magnesium sangat penting untuk proses metabolisme dalam tubuh. Ia terlibat dalam lebih 300 proses tindakbalas biokimia dalam tubuh. Apa yang penting magnesium juga berkait rapat dengan testosteron.

Kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada dalam tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal.

Kekurangan magnesium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan :
1. Hormon tidak seimbang
2. Masalah Kardiovascular
3. Rasa kegelisahan
4. Masalah sukar Tidur
5. Diabetes
6. Risiko kepada Osteoporosis

Oleh kerana ia tidak diberikan kesedaran secara meluas dalam dalam komuniti kesihatan, ramai yang tidak menyedari masalah ini. Malah ia menjadi lebih serius dan cepat meningkat.

Kita mendapat bekalan magnesium yang berkurangan dari bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan kita. Sayur-sayuran yang kita makan sudah kekurangan mineral, terutamanya magnesium.

IKLAN

Selain itu setiap kali kita melakuka aktiviti fizikal, mineral ini diperlukan. Ia diperlukan juga untuk mengawal keradangan dalam tubuh dan menguruskan tekanan.

Keperluan mineral ini adalah antara 350-360 mg sehari. Namun menurut Institut Linus Pauling, seorang lelaki dewasa memerlukan 420mg setiap hari untuk berfungsi dengan baik.

Jika kita mengamalkan banyak sayur-sayuran (yang organik), sudah tentu kita tidak memerlukan dos tambahan untuk mineral ini.

Jika kita kurang mengambil sayur dalam makanan kita, kita mungkin memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 40 mg sehari (100mg sehari disyorkan oleh Institut Linus Pauling.

Persoalannya adakah pengambilan mineral magnesium meningkatkan Testosteron?

Menambah pengambilan magnesium, tidak akan meningkatkan tahap testosteron. Tetapi jika kita mengalami tahap tetstosterone yang rendah (walaupun dalam julat yang normal), penambahan pengambilan magnesium sangat membantu.

IKLAN

Dalam satu kajian selama sebulan yang dilakukan pada atlet lelaki yang aktif, terdapat peningkatan tahap hormon testosterone jika mengambil tambahan mineral magnesium ini.

Ini menunjukkan suplemen atau pengambilan magnesium ketika bersenam dapat meningkatkan tahap testosteron dalam tubuh seorang lelaki.

Peranan Magnesium Dalam Tubuh Lelaki, Doktor Ini Kongsi Kepentingannya!
Foto: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kita boleh mendapat mineral magnesium dari makanan seperti :
1. Bayam
2. Oatmeal
3. Coklat gelap (Dark chocolate)
4. Avocado
5. Pisang
6. Biji Labu
7. Kekacang seperti badam, kacang Brazil, walnut

Jika ada tanda-tanda seperti yang disebut di atas, segeralah berjumpa doktor.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI