Selebriti media sosial dan finalis Hero Remaja 2017, Harris Annuar mengakui bahawa dia pernah berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk beberapa tahun lepas hingga membuatkannya hilang keyakinan diri.
Malah, lelaki ini sempat berkongsi tip;
“Sebelum Harris menyertai pencarian Hero Remaja 2017, Harris memang mempunyai masalah kulit muka berjerawat sejak tahun 2013 lagi. Jadi, kali ini Harris nak kongsi sedikit tip dan bagaimana cara Harris merawat masalah kulit berjerawat,”
“Sebenarnya tidak ada banyak rutin penjagaan muka yang Harris lakukan. Biasalah lelaki kan. Buat perkara basic sahaja. Selalunya kalau nak cuci muka, Harris akan cari pencuci muka yang agak mild dan bukannya scrub. Kalau kita pakai yang scrub punya, kulit akan jadi kering dan bila terlalu kering ia akan menambahkan lagi jerawat pada kulit muka,” jelas Harris.
Ads
Harris menggunakan pencuci muka Nivea Men Acne Mud Foam dan dia sempat menunjukkan teknik cucian muka yang boleh diamalkan oleh korang semua.
“Pertama sekali, apa yang telah diajarkan oleh Mommy Harris, kita lakukan teknik urutan circle pada pipi dan ratakan pada seluruh wajah serta bahagian hidung. Kalau di bahagian hidung, lakukan teknik V motion dan pastikan jangan lupa untuk ratakan pencuci itu di bahagian dahi juga,”
Ads
“Selain daripada melakukan penjagaan pada kulit wajah, untuk mengurangkan masalah jerawat juga kita harus menjaga pemakanan. Kalau dulu, Harris memang akan elakkan makan coklat dan kekacang, sebaliknya Harris banyakkan memakan buah tomato. Tomato adalah makanan yang baik untuk membuatkan kulit korang sihat,”
“Satu lagi tip yang Harris nak kongsi, sebelum tidur pastikan korang kena cuci muka terlebih dahulu sebab dah seharian kulit terbiar di luar. Harris juga kini telah mempunyai produk sendiri iaitu PGO Drying Lotion. Produk ini akan dipakai selepas setiap kali cuci muka dan sebelum tidur. Caranya mudah sahaja, letakkan krim tersebut pada jerawat korang dan biarkan semalaman,”
“Ini sahajalah rutin skincare yang Harris lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Harris harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang yang juga mempunyai masalah kulit berjerawat,” jelas Harris lagi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya.
Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu.
Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi.
Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baik lelaki atau wanita, pisau cukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya, banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya pada wajah.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan baik, ia akan berkarat dan menjemput banyak bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama sekali gus boleh menjimatkan duit.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur berada dalam keadaan lembab sekali gus memudahkan proses mencukur. Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur daripada tergores dengan kulit hingga mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk meninggalkan kesan parut.
Percaya atau tidak, ramai orang selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah dengan melalukan air di setiap celah-celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal pada mata pisau boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam. Jadi, pastikan pisau cukur anda bersih dan bebas daripada bulu lama yang telah dicukur.
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap di situ. Lebih teruk lagi, jika anda menggunakan pisau cukur yang mempunyai kesan karat, kulit muka anda akan mengalami kegatalan dan timbul tanda kemerahan kerana dijangkiti bakteria.
Walaupun sudah kering, tidak bermakna anda boleh meninggalkan pisau cukur di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembab boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Carilah tempat yang kering untuk anda menyimpannya.
Untuk memastikan mata pisau cukur sentiasa tajam, asahkan ia menggunakan seluar jeans yang tidak digunakan lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau tersebut sama seperti anda bercukur. Anda boleh mengasah ia apabila anda merasakan mata pisau tersebut tidak tajam seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang menganggap bulan Ramadan sebagai waktu terbaik untuk menurunkan berat badan. Secara logiknya, tempoh berpuasa selama lebih 12 jam sepatutnya membantu badan membakar lemak dengan lebih efektif. Namun realitinya, ramai juga yang mendapati berat badan tidak berubah walaupun sudah dua minggu berpuasa.
Keadaan ini sebenarnya agak biasa berlaku. Walaupun kita berpuasa sepanjang hari, corak pemakanan dan gaya hidup selepas waktu berbuka memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan sama ada berat badan akan turun atau sebaliknya.
Jika anda masih tertanya tanya kenapa berat badan tidak berubah sepanjang Ramadan, berikut antara punca utama serta cara mengatasinya.
Ramai yang cenderung membalas semula rasa lapar sepanjang hari dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang besar ketika berbuka. Hidangan seperti makanan bergoreng, nasi berlebihan serta minuman manis boleh menyebabkan jumlah kalori yang diambil melebihi keperluan harian.
Fakta saintifik menunjukkan bahawa penurunan berat badan hanya berlaku apabila badan berada dalam keadaan defisit kalori, iaitu jumlah kalori yang dibakar lebih tinggi daripada kalori yang diambil.
Solusi:
• Mulakan berbuka dengan kurma dan air kosong
• Ambil makanan secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan
• Beri masa kepada badan sekitar 10 hingga 15 minit sebelum mengambil hidangan utama
Air sirap, teh ais, minuman berkarbonat dan pelbagai minuman manis sering menjadi pilihan ketika berbuka. Tanpa disedari, minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.
Menurut kajian pemakanan, minuman bergula boleh meningkatkan pengambilan kalori harian secara mendadak tanpa memberikan rasa kenyang yang lama.
Solusi:
• Utamakan air kosong ketika berbuka
• Pilih air infused water atau air kelapa tanpa gula
• Hadkan minuman manis hanya sekali sekala
Ramadan kadangkala membuatkan seseorang menjadi kurang aktif. Selepas berbuka, ramai memilih untuk berehat atau tidur lebih awal berbanding melakukan aktiviti fizikal.
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme badan serta membantu pembakaran lemak.
Solusi:
• Lakukan senaman ringan selepas solat tarawih
• Cuba berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit
• Kekalkan rutin senaman ringan sekurang kurangnya tiga hingga empat kali seminggu
Hidangan popular Ramadan seperti kuih muih, roti putih, nasi putih dan pencuci mulut sering mengandungi karbohidrat ringkas. Karbohidrat jenis ini boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dengan cepat dan seterusnya meningkatkan rasa lapar.
Dari sudut sains pemakanan, makanan dengan indeks glisemik tinggi boleh menyebabkan badan menyimpan lebih banyak lemak jika diambil secara berlebihan. Jadi ingatm walaupun berpuasa tapi harus kawal pengambilannnya.
Solusi:
• Pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oat
• Kurangkan kuih manis ketika berbuka
• Seimbangkan hidangan dengan protein dan serat
Ketika berpuasa di buklan Ramadan, ia secara tidak langsung mengubah rutin tidur ramai orang kerana perlu bangun untuk sahur dan menunaikan ibadah pada waktu malam. Kurang tidur boleh mengganggu hormon yang mengawal rasa lapar seperti ghrelin dan leptin.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh meningkatkan selera makan dan menyebabkan seseorang mengambil lebih banyak kalori pada hari berikutnya.
Solusi:
• Pastikan tidur sekurang kurangnya enam hingga tujuh jam sehari
• Elakkan penggunaan telefon sebelum tidur
• Susun jadual tidur yang lebih konsisten sepanjang Ramadan
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat sepanjang berpuasa, pemilihan makanan ketika berbuka sangat penting. Berikut contoh menu yang seimbang dan membantu mengawal pengambilan kalori.
Menu berbuka yang disyorkan:
• 2 hingga 3 biji kurma
• Segelas air kosong atau air suam
• Sup ayam atau sup sayur
• Dada ayam panggang atau ikan bakar
• Nasi perang dalam kuantiti kecil atau ubi keledek
• Sayur sayuran seperti brokoli, salad atau bayam
Hidangan seperti ini memberi kombinasi protein, serat dan karbohidrat kompleks yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta mengekalkan tenaga.
Jika dilakukan dengan betul, Ramadan sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki tabiat pemakanan dan gaya hidup. Berpuasa dengan mengawal jumlah kalori, aktiviti fizikal yang konsisten serta rehat yang mencukupi, penurunan berat badan boleh dicapai secara sihat dan berterusan.
Jadi jika berat badan masih belum berubah selepas dua minggu berpuasa, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula corak pemakanan dan rutin harian anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.