Zaman sekarang boleh dikatakan produk penjagaan wajah lelaki memang sudah tidak kalah dengan produk untuk wanita.
Dengan lambakan produk yang ada di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Terasa panas
Ads
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Ads
Kering & kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Ads
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Lebih sensitif
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kini anda tak perlu susah nak buang whitehead sebab ada cara mudah yang boleh anda buat. Menggunakan dua bahan bermodalkan serendah RM0.40, anda boleh buang whitehead tanpa perlu memicitnya.
Tidak dinafikan, kehadiran whitehead yang bermaharajalela di celah-celah hidung dan dagu membuatkan kita rasa rimas. Bimbang jika dipicit boleh menyebabkan hidung dan dagu menjadi merah.
Cara mudah dan murah ini anda boleh ikuti menerusi perkongsian Facebook Yanie Rosdi. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak membeli pore patches sebab dua bahan ini boleh mengatasi masalah whitehead anda.
Memahami jenis sikat yang betul dan fungsinya adalah kunci untuk mencapai gaya rambut impian anda.
Ini tidak kiralah sama ada anda mahu gaya rambut kemas, bertekstur atau ber-volume. Setiap sikat direka dengan tujuan khusus dan memilih sikat yang tepat adalah langkah pertama untuk penampilan yang lebih kemas dan berkeyakinan.
Melabur dalam sikat berkualiti adalah sama pentingnya dengan memilih produk penjagaan rambut yang sesuai.
Sikat bergigi jarang sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut tebal atau kerinting. Ia membantu merapikan rambut tanpa menarik atau merosakkan helai rambut. Sikat jenis ini juga ideal untuk menyisir rambut basah selepas mandi kerana ia mengurangkan risiko rambut patah. Ia sangat berguna untuk merapikan rambut dan memastikan ia tidak kusut.
Sikat bergigi rapat adalah pilihan terbaik untuk lelaki dengan rambut lurus dan halus. Sikat ini membantu dalam merapikan dan meluruskan rambut, memberikan penampilan yang lebih kemas. Ia juga boleh digunakan untuk menyisir bahagian rambut yang lebih pendek, seperti jambang atau rambut di belakang telinga. Sikat ini memudahkan anda mencapai gaya yang rapi dan tersusun.
Sikat garfu, atau lebih dikenali sebagai afro pick, adalah alat yang sesuai untuk lelaki dengan rambut afro atau kerinting. Ia direka khas untuk mengangkat rambut dari akar dan memberikan volum yang lebih besar tanpa merosakkan tekstur rambut. Sikat ini membantu mengekalkan bentuk rambut kerinting dengan sempurna dan memberikan penampilan yang lebih penuh.
Sikat styling mempunyai kombinasi gigi yang rapat dan jarang, serta dilengkapi dengan hujung yang tajam. Sikat ini digunakan untuk gaya rambut yang lebih kompleks dan memerlukan detail, seperti pompadour atau quiff. Ia membantu dalam membentuk dan menggayakan rambut dengan lebih tepat. Sikat ini juga berguna untuk membahagikan rambut kepada bahagian yang lebih kecil ketika menyisir.
Sikat berus berbentuk leper dengan permukaan yang luas, sesuai untuk lelaki dengan rambut panjang atau separa panjang. Sikat ini membantu merapikan rambut dengan cepat dan mengurangkan kerosakan pada helai rambut. Ia juga sesuai untuk mengeringkan rambut dengan pengering rambut, kerana permukaannya yang luas membantu menyebarkan haba dengan lebih merata.
Sikat fön direka khas untuk digunakan bersama pengering rambut. Ia mempunyai lubang-lubang pada badannya yang membolehkan udara panas mengalir melalui rambut, mempercepat proses pengeringan. Sikat ini sesuai untuk lelaki yang ingin mendapatkan volum dan tekstur pada rambut mereka. Ia membantu dalam memberikan gaya yang lebih bervolum dan kelihatan semula jadi.
Sikat jambang adalah alat yang tidak boleh diabaikan oleh lelaki yang berjambang. Sikat ini membantu dalam merapikan dan menyikat jambang, memastikan ia kelihatan kemas dan rapi.
Penggunaan sikat jambang juga membantu dalam pengedaran minyak semula jadi dari kulit ke helaian jambang, menjadikannya lebih sihat dan bersinar.
Setiap jenis sikat mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Memilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut dan gaya yang diinginkan adalah penting untuk mendapatkan penampilan yang terbaik.
Dengan menggunakan sikat yang betul, lelaki boleh menjaga rambut mereka dengan lebih berkesan dan mencapai gaya yang diidamkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuba lihat kulit orang Korea, kebanyakannya bebas jerawat, bersih dan bercahaya. Selain mengamalkan regim kecantikan yang dilaporkan lebih daripada 5 langkah, orang pemakanan juga menjadi kunci untuk orang Korae miliki kulit wajah yang sihat.
Pasti anda tertanya-tanya, selain kimchi apa agaknya makanan lain yang mereka sering ambil sebagai makanan harian? Jom kita bongkar rahsia orang Korea miliki kulit bebas jerawat dan bersih dengan 9 makanan ini.
Makanan khas Korea dari fermentasi sayur kubis ini memang banyak khasiatnya. Ia mengandungi banyak probiotik dan lactic acid yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh dan menyeimbangkan bakteria baik dalam pencernaan. Kesihatan pencernaan pastinya berhubung kait dengan kesihatan kulit. Beta karoten dan vitamin C yang tinggi dalam kimchi dapat menghindarkan kulit daripada radikal bebas dalam tubuh selain melambatkan proses penuaan. Jika tubuh sihat maka kesihatan kulit pun akan terserlah.
Selain kimchi, orang Korea juga rajin makan ikan laut. Makanan ini mengandungi banyak Omega 3 yang bagus untuk menjaga dan mempertahankan kesihatan kulit. Ikan laut juga mengandungi zink yang dapat membantu regenerasi kulit sehingga menjadi cerah dan anjal.
Rumpai laut yang merupakan makanan hijau ini kaya dengan pelbagai nutrisi. Dengan mengambil sup rumpai laut, orang Korea mudah mendapatkan iodine, vitamin B1 dan B2, Omega-3 acid yang dapat meningkatkan kualiti tubuh termasuk nutrisi untuk kulit. Omega 3 sendiri juga dapat membantu kulit untuk melawan radikal bebas daripada pancaran sinar matahari. Jadi tidak hairanlah jika orang Korea miliki kulit yang sihat dan cantik.
Selain minum air putih yang banyak setiap hari, orang Korea juga amalkan pengambilan teh barli. Dikenali dengan sebutan boricha di Korea atau maicha di China, teh ini adalah teh herbal yang memiliki banyak manfaat. Salah satunya sebagai antioksidan yang mampu melindungi sel tubuh daripada rosak dan baik untuk melawan proses penuaan. Mengikut koreandiet.com, satu kajian mengatakan orang yang mengikuti pola diet ala Korea selama beberapa hari akan merasakan perubahan yang lebih baik pada kulit yang berjerawat sebanyak 27 peratus.
Kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan, ginseng dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel kulit mati yang membantu menjadikan kulit lebih kukuh serta anjal. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun. Anda juga boleh mengamalkan teh ginseng untuk mendapatkan kulit yang bercahaya dan sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidratkan kulit.
Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan serta antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan bahawa mengamalkan pengambilan teh hijau mampu mengelakkan kerosakan berpunca daripada pancaran matahari.
Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), madu berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit. Ini merupakan dua langkah penting untuk memastikan kulit kekal lembut dan anjal dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan. Mulai hari ini, cuba gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.
Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan C yang menjadi makanan diperlukan untuk kulit kekal sekata dan bercahaya dari dalam. Ia mengandungi biotin yang boleh menambahkan kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang iaitu ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu serta ditabur dengan bijan.
Ramai aktres Korea mengamalkan pengambilan sayur-sayuran sebagai rahsia untuk mendapatkan kulit sempurna. Bibimbap yang diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menjadi antara sajian kegemaran orang Korea. Selain menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, zat besi, vitamin C dan E, kandungan nutrisi yang ada dalam bayam baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Manakala cendawan pula mengandungi asid hyaluronik iaitu ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan bercahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerjasama PUMA x McLaren Racing bermula 2026 membawa sinergi antara prestasi perlumbaan dan gaya streetwear moden. Dua koleksi utama — Replica dan Lifestyle — menandakan era baharu bagi peminat F1 yang mahu tampil bergaya di dalam dan luar litar.