
Seorang petarung seni bela diri campuran (MMA) amatur berusia 22 tahun menjadi tumpuan selepas videonya menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga rebah di hadapan sebuah kondominium di Selangor tular di media sosial.
Insiden tersebut dirakam dalam sebuah video yang menunjukkan pertengkaran antara dua individu, di mana petarung itu, yang dikenali sebagai Tony Lim, dilihat menumbuk pengawal keselamatan berkenaan, menyebabkan lelaki tersebut jatuh ke tanah.
Dalam satu temubual bersama personaliti media sosial Caprice di Instagram (@capricedaddycap), Lim tampil menjelaskan bahawa tindakannya bukan bersifat menyerang, sebaliknya atas dasar mempertahankan diri.

“Apabila saya bercakap secara baik dengan dia, lelaki itu telah memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri,” katanya.
Lim turut menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada konfrontasi awal antara pengawal keselamatan tersebut dengan seorang lagi penduduk kondominium, yang turut dirakam dalam video berasingan dan menjadi viral.

Menurut Lim, keadaan menjadi semakin tegang apabila dia turun ke bawah pada malam Khamis lalu dan bertembung semula dengan pengawal keselamatan yang sama, kali ini ditemani dua individu lain yang dipercayai merupakan penyelianya.
“Dia tunjuk ke arah saya dan penyelia dia tanya saya, ‘awak ke yang viral-kan dan komen pasal video tu?'”
BACA: ECU Kereta Anda ‘Sakit’? Fahami Isyaratnya & Cara Diagnosis Masalah Sebenar
Lim bagaimanapun menafikan dia terlibat menyebarkan video pertama itu. Tambahnya, pengawal keselamatan terbabit telah diberhentikan daripada tugas selepas kejadian.

“Sebagai seorang yang berlatih MMA, kami hanya mahu mempertahankan diri. Saya tidak mahu memulakan provokasi,” ujar Lim.
Setakat artikel ini ditulis, pihak pengurusan kondominium mahupun syarikat keselamatan yang terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
View this post on Instagram
Sumber: NST
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang










