Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Ads
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Elak guna minyak sapu panas
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.
2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.
Ads
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
Sejak kebelakangan ini istilah ‘eat clean’ sering diuar-uarkan di laman media sosial terutamanya oleh pengamal diet. Malah perkongsian daripada individu yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan eat clean juga mendapat jumlah sharing yang sangat banyak.
Namun apakah yang anda faham tentang eat clean?
Anda perlu ingat satu perkara sebelum memulakan apa jua jenis diet.
You are what you eat!
Apa yang anda makan itulah yang menggarkan kondisi kesihatan fizikal dan mempengaruhi kesihatan mental anda. Dalam penmakanan kita perlu bijak untuk mengambil pelbagai jenis makanan berbeza dengan seimbang. Dan seimbang di sini bukanah bermaksud kena ambil semua jenis zat makanan secara sama rata.
Tetapi mengambil makanan mengikut sukatan yang baik untuk kita proses menjadi tenaga. Jadi untuk mendapatkan hidup yang berkualiti anda harus tahu apa yang nda makan.
Dan di sinilah amalan eat clean mampu memberi impak terhadap hidup anda.
Program diet eat clean adalah tentang tabiat makan makanan pada tahap yang paling semula jadi. Ini bermakna anda mengelak mengambil makanan yang diproses, makanan yang ada banyak pengawet, banyak gula dan banyak lemak ‘jahat’ atau kolestrol.
Kelebihan utama mengamalkan eat clean ialah anda mampu meningkatkan tahap kesihatan dengan baik. Bahkan dengan mengelak mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia tambahan, pengawet dan gula halus anda secara tak langsung merendahkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit.
Bila anda mengelak makanan-makanan tersebut secara tak langsung berat badan anda juga akan turun dengan semula jadi. Malah ramai berpendapat tak guna jika anda bersenam bagai nak rak jika teruskan gaya hidup makan segala jenis makanan diproses.
Tak keterlaluan dikatakan ramai yang turun berat badan bermula dengan corak pemakanan sihat.
Amalan eat celan bukan sahaja boleh membantu anda mempercepatkan proses turunkan berat badan turut membantu badan membersihkan diri dari high fat dan high sugar yang semalam ini jadi makanan harian anda.
Dan kini sudah terbukti amalan eat celan boleh membantu anda menghilangkan perut buncit atau boroi!
Selain mengikuti diet eat clean anda juga boleh mempercepatkan dan meningkatkan stamina badan dengan melakukan aktiviti larian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dewasa ini, kita boleh lihat semakin ramai jurulatih kecergasan peribadi atau personal fitness trainer semenjak fonomena Mr. Badan Cantik dipertandingkan. Tugas sebagai fitness trainer bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya kerana mereka bertanggungjawab terhadap pelanggannya. Terdapat banyak kesilapan yang sering fitness trainer kerap dilakukan tanpa disedari.
Kesilapan 1 : Tidak mempunyai sijil
Sijil kejurulatihan sangat penting kerana ianya adalah lesen yang menunjukkan pengiktirafan sebagai jurulatih dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang fitness trainer terapkan. Terdapat pelbagai sijil dikeluarkan oleh badan-badan yang diiktiraf sama ada dari luar dan dalam negara. Tiada undang-undang mengatakan fitness trainer wajib mempunyai sijil, tetapi sekiranya pelanggan anda cedera dan saman anda, ini akan memburukkan lagi keadaan.
Kesilapan 2 : Latihan yang sama
Jurulatih kecergasan sepatutnya pakar dalam melatih kecergasan. Kecergasan bermaksud kebolehan untuk melakukan pelbagai komponen dan aktiviti. Terdapat lima komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan (health related fitness). Fitness trainer seharusnya mengamalkan serta menerapkan lima komponen wajib ini dalam melatih pelanggannya iaitu daya tahan kardiorispitori, kekuatan otot, daya tahan otot, komposisi lemak badan, kelenturan dan kelonggaran. Fitness trainer seharusnya kreatif dalam merancang pelbagai latihan untuk pelanggannya. Sebuah program latihan tidak akan dapat sesuai untuk semua kerana setiap orang mempunyai matlamat dan kebolehan tersendiri. Adakah fitness trainer anda melatih anda dengan program yang sama bertahun-tahun?
Kesilapan 3 : Kebersihan dan pakaian
Fitness trainer seharusnya menjadi contoh kepada pelanggannya. Mereka seharusnya mengamalkan dan menjaga kebersihan dari segi pemakaian. Terdapat juga trainer yang datang melatih pelanggannya dalam keadaan yang tidak terurus dengan kasut yang agak kotor dan pakaian yang tidak sesuai untuk tujuan latihan seperti memakai seluar jeans. Pakaian mereka melambangkan profesionalisme mereka.
Kesilapan 4: Pengurusan masa dan disiplin
Masalah yang biasa berlaku adalah fitness trainer tidak datang tepat pada waktunya. Pelanggan adalah boss kerana membayar gaji anda. Disiplin seharusnya dititik beratkan kerana ini menunjukkan sama ada fitness trainer itu selalu membuat kerja tepat pada masa atau tidak. Terdapat juga fitness trainer yang menjawab panggilan sambil melatih pelanggannya. Ini menunjukkan sikap yang tidak beretika dan menjadi imej kepada fitness trainer yang lain.
Kerjaya sebagai jurulatih kecergasan bukanlah sesuatu yang mudah. Kerjaya ini memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Ini boleh dilihat dengan tanggungjawab yang tinggi untuk mencapai objektif. Di samping itu, jurulatih kecergasan perlu mematuhi beberapa kod etika sebagai seorang jurulatih. Ini mencerminkan profesionalisme seseorang itu dalam kerjaya.
Motivasi
Jurulatih kecergasan perlu memotivasikan anak buahnya.Terdapat juga jurulatih yang kerap kali memandang rendah dan tidak memberi semangat kepada pelanggan. Hal ini boleh mengakibatkan prestasi merudum dari masa ke masa. Motivasi boleh diberi dari pelbagai sudut contohnya dengan menggalakkan, menasihatkan, memberi ganjaran dan membawa pelanggan ke tempat latihan yang menarik dan tidak membosankan.
Fokus
Kerjaya ini juga perlu mendedikasikan masa jurulatih kepada anak buahnya. Fokus dengan kerjaya perlu diterapkan. Kelalaian yang kerap berlaku ialah jurulatih melatih anak buahnya sambil bermain telefon, menjawab panggilan telefon dan berbual-bual dengan rakan jurulatih semasa anak buahnya sedang menjalani latihan. Tindakan ini boleh dilihat tidak beretika.
Topik
Jurulatih anda boleh menjadi rakan baik. Jurulatih kecergasan perlulah kreatif dan inovatif bukan sahaja dalam membentuk latihan tetapi juga dalam aspek perbualan. Walau bagaimanapun, topik perbualan tetap menjadi isu sensitif jika terdapat isu-isu yang menjadi kontra dari segi minat pelanggannya. Elakkan berbual isu politik, keagamaan, bangsa dan isu semasa yang boleh menyinggung perasaan.
Perikemanusiaan
Jurulatih perlulah bertimbang rasa dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jurulatih perlu mengetahui kondisi pelanggannya dari masa ke masa dalam memberi latihan sebagai contoh kondisi pelanggannya dari kesihatan, pemakanan, kecederaan sebelum memulakan latihan. Jurulatih perlu memulakan sesi latihan dengan menemu bual pelanggannya bagi mengetahui kondisi semasa. Sekiranya pelanggan anda cedera di bahagian kaki, elakkan latihan pada hari tersebut pada bahagian kaki dan fokus pada tubuh badan. Jurulatih kecergasan juga perlu tahu bagaimana mengikut rentak mengawal keadaan bagi mengelakkan kebosanan dan memahami mood pelanggannya serta memanipulasikan keadaan kepada keseronokan semasa latihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda seorang yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan serta mempunyai tidur yang cukup, terdapat beberapa penyebab masalah ini terjadi. Sesetengah makanan mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Contoh makanan tinggi karbohidrat seperti nasi , roti , gula ,kentang , mi dan pasta. Apabila makanan tinggi karbohidrat ini dimakan , ia akan dicernakan di dalam sistem pencernaan badan kita untuk menjadi “glukos”.
Glukos adalah gula ringkas yang akan diserap ke dalam badan kita. Apa yang berlaku adalah kandungan glukos tinggi di dalam darah ( seperti selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat atau manis), ia akan merangsang badan untuk menghasilkan sejenis hormon yang di namakan Insulin. Insulin diperlukan untuk menurunkan paras glukos dalam badan. Jika badan kita gagal menghasilkan insulin ketika glukos tinggi dalam darah , kita akan mendapat diabetes atau kencing manis.
Insulin yang dihasilkan di dalam badan akan bertindak dengan sejenis bahan di otak bernama “trypthopan”. Apabila Insulin bertindak dengan trypthopan , sejenis bahan kimia bernama serotonin akan dihasilkan. Serotonin adalah bahan kimia yang mengarahkan otak untuk menyebabkan kita mengantuk dan tidur.
Insulin , trypthopan dan serotonin bertindak secara harmoni tetapi kadangkala otak kita terkeliru dan menghasilkan serotonin yang tinggi, selalu kita berasa mengantuk. Untuk mengelakkan ia berlaku , apa yang saya cadangkan adalah kurangkan kandungan gula dalam minuman anda ( tanpa gula lebih baik) , tingkatkan protein dan sayur sayuran dalam makanan serta kurangkan kandungan karbohidrat.
Jika anda mengamalkan tabiat ini, ia bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mengantuk pada waktu bekerja, tetapi juga boleh mengelakkan penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.