Di antara dilema ramai peminat kereta ialah memberikan keseimbangan kegunaan untuk minat dan juga keluarga. Disebabkan itulah ramai yang terpaksa melupakan modifikasi yang keterlaluan kerena ingin memberikan keselesaan kepada ahli keluarga yang menaikinya.
Tapi bagaimana jika anda berjaya asingkan dua jentera berbeza. Satu untuk kegunaan harian bersama keluarga dan satu lagi untuk minat anda yang boleh ‘dilenjan’ pada hujung minggu.
‘RODA PANAS’ pada minggu ini mengetengahkan personaliti jemputan, Nabil Rahizad yang membawakan family car dan weekend car miliknya untuk dikongsi bersama hos, Remy Ishak.
Kedua-dua jenteranya itu ialah Toyota Vellfire dan Mitsubishi Lancer Evo 8. Dua kenderaan yang dalam kelas dan kategori berbeza namun ditampilkan dengan modifikasi yang cukup menarik.
Toyota Vellfire miliknya bukanlah sembarangan kerana ia telah melalui proses modijikasi yang agak menyeluruh. Bodykit jika dilihat secara berhadapan memang sangat ‘garang’.
Ads
Bak kata Remy, auranya macam seladang! Paling menarik bahagian hadapanya telah ditukar kepada bentuk model tahun 2018 dengan bodykit pilihan, Modelista.
Antara modifikasi luaran yang dilakukan ialah rim 21 inci dengan sistem brek Brembo. Namun yang paling istimewa ialah sistem suspension udara yang dikuasakan pam elektrik.
Bagi ‘weekend car’ pula, Nabil memilih Mitsubishi Evo 8 yang merupakan kereta keluaran tahun 2008. Buat penggemar kereta, nama Mistubishi Evo bukanlah satu jenama yang perlu diperkenalkan lagi. Popularitinya memang utuh sejak sekian lama. Malah telah mucul dalam banyak filem-filem aksi blockbuster.
Ads
Untuk Evo 8 miliknya, Nabil melakukan beberapa modifikasi yang cukup mengancam. Selain pada bahagian luaran, bahgian enjin juga telah mendapat sentuhan mengagumkan.
Bak kata orang bukanlah modifikasi biasa-biasa!
Ads
Berbeza dengan Vellfire yang bahagian dalaman dibiarkan standar, bagi Evo 8 Nabil melakukan modifikasi yang cukup signifikan. Antaranya stereng, papan pemuka serta pelbagai tambahan Boost Controller Closed-Loop.
Jadi jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 9 pada malam esok, Isnin jam 9:30 malam hanya di Astro Naura dan strim menerusi Astro Go!
Bagi seorang pemilik kereta yang sentiasa mempunyai citarasa berubah-ubah warna memainkan peranan sangat penting. Terdapat banyak faktor mengapa seseorang itu mahu menukar warna kereta mereka dari warna asal.
Salah satunya ialah mengikut trend terkini atau bagi membuatkan kereta mereka tampil lebih menonjol bila di jalan raya. Tidak dinafikan warna yang lain dari yang lain memang akan secara tidak langsung menarik perhatian ramai.
Apatah lagi pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis warna yang mampu dihasilkan dengan teknologi terkini. Malah ada yang mampu berubah warna apabila terkena cahaya mahatari.
Namun seperti mana modifikasi besar yang lain menukar warna kereta perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Salah satu sebab mengapa perlu dibuat permohonan ini ialah kera ia penting dalam perlindungan insurans untuk kereta anda.
Jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini anda tidak berdepan masalah untuk membuat tuntutan insurans.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa panduan mudah untuk anda yang berminat nak tukar warna kereta dan mendapat kelulusan dari JPJ.
Pertama sekali anda boleh teruskan hajat menukar warna. Cat kereta terlebih dahulu sampai siap.
Selepas cat siap dan anda pun sudah berpuas hati pergilah ke pejabat JPJ berdekatan.
Jika anda mewarnakan kereta anda lebih dari satu warna, pilih warna yang banyak banyak atau paling domninan untuk diisytiharkan.
Selepas itu dapatkan borang K8 di JPJ atau anda boleh muat naik sendiri di sini. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sediakan segala dokumen yang diperlukan dengan baik. Selesai isi serahkan borang K8 tersebut kepada pegawai JPJ.
Jika segalanya lengkap anda pasti tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan menukar warna kereta. Jika lulus pegawa JPJ akan mengemas kini warna kereta anda ke dalam sistem mereka iaitu MySikap.
Mudah bukan? Jadi janganlah anda menukar warna kereta secara semborono tanpa kelulusan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kereta tidak dapat dihidupkan adalah satu mimpi ngeri buat sesiapa sahaja terutamanya bila kita hendak cepat untuk ke mana-mana destinasi. Buka bonet kereta tetapi anda blur tidak tahu apakah punca mengapa enjin kereta tidak dapat dihidupkan.
Usah garu kepala kerana terdapat beberapa punca biasa yang MASKULIN ingin kongsi kali ini. Mungkin selepas ini kereta tak hidup tidak lagi jadi masalah yang menghantui anda bila sudah tahu puncanya.
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter.
Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Namun hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.
Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya.
Bagi memastikan anda tidak mudah ditipu oleh pomen, jangan lupa ambil tahu tentang 20 perkara penting tentang kereta ini.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”. Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tip: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km. Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali. Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.