Berkenalan dengan finalis Maskulin Fitness Hunt ini berkongsi perihal kesihatan juga bagaimana cara dia mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa share untuk memotivasikan diri anda.
ASYRAFF ROSLI
Kenapa ingin bentuk badan yang tegap?
Saya mendapat keyakinan melalui penampilan, jadi saya memilih untuk penampilan yang tegap agar membantu saya lebih yakin berhadapan dengan pelbagai cabaran setiap hari.
Berapa anda berhabis untuk membeli supplemen setiap bulan?
Minima RM 400, bergantung kepada matlamat badan yang diidamkan.
Kelebihan berbadan sasa di mata anda?
Dalam aspek kehidupan, bertambah kenalan dan dapat bertambah ilmu ( knowledge sharing ), dalam aspek kerjaya, membantu menyakinkan client untuk mendapatkan khidmat personal trainer.
Pernah diganggu?
Ads
Ada, tapi saya tak menganggap itu sebagai gangguan, mungkin lebih kepada sesi perkenalan. Jika tidak selesa, saya akan abaikan.
Siapa yang dorong sehingga ke tahap ni?
Keperluan dan cabaran hidup, mendorong serta memotivsikan saya sehingga ke tahap ini.
Apa cabaran terbesar untuk konsisten dalam dunia kecergasan ni?
Kepercayaan kepada diri sendiri, ( percaya mampu lakukan yang lagi baik dari yang ada sekarang)
List menu diet yang anda amalkan?
Ads
Breakfast: Protein shake dan oat
Snack : Almond/apple hijau/ gajus
Lunch : Sweet potato & ayam bakar & sayur
Snack: Almond/ gajus/ buah
2nd lunch: sweet potato & ikan bakar & sayur
Pre workout : protein shake & oat
Post workout/ dinner : protein shake / pisang,sandwich ( 6-7 telur & salad & roti wholemeal
Ads
Ps: semuanya bergantung kepada keperluan kalori semasa.
Apa makanan terpenting dalam anda berdiet?
Tidak tinggi gula dan berminyak
Diet yang salah dilakukan ramai body builder dan mereka yang berbadan sasa?
Crush diet, di mana makan kurang daripada kalori yang diperlukan, tapi saya tidak cakap salah, jika cara tersebut mampu mendapatkan bentuk badan yang diidam kan, khususnya kepada atlet yang ambil bahagian dalam pertandingan.
5 Tip senaman
1. 6 kali seminggu latihan
2. Hit personal rekod ( bebanan) setiap minggu atau bulan
3. Fokus compound training
4. Fokus lower body
5. Mirror selfie sesudah Training, bukan semasa training
Definisi sexy bagi anda?
Terlalu subjektif, berbeza setiap individu..bagi saya seksi adalah misteri
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai orang Malaysia sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan minuman coklat dari jenama Milo. Dan popularitinya di negara kita memang tak dapat disangkal lagi hinggakan hampir semua restoran tempatan pastui terdapat hidangan Milo sama ada panas atau sejuk di dalam menu.
Namun seiring dengan peredaran zaman semakin banyak jenama berbeza minuman coklat ditawarkan di pasaran. Kebanyakannya berharga lebih murah daripada jenama Milo.
Jadi apabila terdapat lambakan jenama lain timbul persoalan bagaimanakah jika pengusaha restoran atau kedai makan mengiklankan minuman Milo dalam menu tetapi menggunakan serbuk coklat lain yang jauh lebih murah.
Persoalan inilah yang telah diajukan oleh seorang follower Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepadanya yang dikongsikan di laman Facebook beliau.
Follower tersebut bertanyakan apakah hukum sekiranya tauke kedai makan menukar serbuk Milo dengan serbuk coklaty yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan.
Menururt Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA!
Ikuti perkongsian posting terserbut di bawah!
AL-KAFI #1088: HUKUM TAUKE KEDAI MAKAN MENUKAR SERBUK COKLAT YANG LEBIH MURAH
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah hukum sekiranya tauke sesebuah kedai makan menukarkan serbuk Milo dengan serbuk Coklat yang lebih murah harganya dalam meningkatkan keuntungan? Mohon pejelasan Dato’ Seri Mufti. Terima kasih.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Mu’amalah jual beli di dalam agama Islam adalah harus dan dibolehkan. Islam juga tidak melarang umatnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dalam setiap jual beli yang dijalankan. Namun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang jelas agar mu’amalah yang dijalankan selari dengan kerangka syariat yang ditetapkan.
Antara syarat sah jual beli ialah saling reda meredai antara penjual dan pembeli. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)
Syeikh al-Maraghi berkata: Jual beli mestilah dijalankan dengan prinsip saling reda-meredai antara penjual dan pembeli. Oleh sebab itu, kecurangan, pendustaan dan pemalsuan merupakan perbuatan yang diharamkan dalam jual beli.
Maksud ‘batil’ dalam ayat ini bermaksud mengambil harta harta orang tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya atau dengan cara tipu daya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1168-1169)
Dalam satu hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu dengan cara sukarela.” Riwayat Ibn Majah (2185)
Jual beli yang harus dan menepati syarak memberi kesan dan implikasi akan bertukar pemilikan dengan syarat berlaku keredaan antara pembeli dan penjual. Berlainan pula jika dengan paksaan. Ia tidak dianggap memberi kesan tetapi barang jualan tetap milik penjual. Jika sekiranya berlaku bentuk jual beli dengan adanya akad yang diredhai bersertakan syarat dan mengikut syarak, maka dianggap muktabar. Ini kerana keredaan adalah perkara yang tersembunyi. (Lihat Masabih al-Tanwir ‘ala Sahih al-Jami’ al-Saghir, 1/425)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
أَنّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم مَرّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ، فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا، فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً. فَقَالَ: “مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطّعَامِ؟” قَالَ: أَصَابَتْهُ السّمَاءُ يَا رَسُولَ اللّهِ! قَالَ: “أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النّاسُ، مَنْ غَشّ فَلَيْسَ مِنّي”. Maksudnya: “Bahawa Rasul SAW melalui setumpuk makanan lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalamnya, kemudian tangan Baginda menyentuh sesuatu yang basah. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Pemilik makanan menjawab: “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa kamu tidak meletakkan bahagian yang basah ini di atas supaya manusia dapat melihatnya, siapa yang menipu, maka dia bukan dariku.” Riwayat Muslim (102) dan al-Tirmizi (1315)
Larangan terhadap amalan menipu dalam perniagaan amat jelas dalam hadis di atas. Perbuatan menukarkan serbuk milo kepada serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pembeli bagi mengaut keuntungan yang lebih tinggi adalah dikira sebagai menipu dan curang dalam perniagaan. Syarat sah jual beli juga menetapkan bahawa penjual dan pembeli mengetahui dengan jelas barang yang diniagakan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 6/13)
Dalam situasi ini, pembeli tidak mengetahui pertukaran tersebut sehinggalah barang tersebut diterima. Justeru, perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang sama sekali.
Konsep keuntungan dalam Islam bukanlah diperolehi dengan cara menipu atau muslihat, tetapi dengan cara reda-meredai. Sekiranya, jual beli berlaku dengan cara yang tidak betul (menipu dan sebagainya), sudah pasti pembeli tidak lagi mahu mengulangi muamalah jual beli dengan penjual yang sama. Keuntungan juga boleh diperolehi dengan cara kepandaian, kecergasan dan ketelitian ketika bermuamalah.
Kesimpulan yang dapat kami simpulkan ialah, hukum perbuatan menukarkan serbuk milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa. Ini kerana terdapat unsur penindasan dan kezaliman terhadap hak yang sepatutnya diterima oleh pembeli sebagai imbalan kepada harga pembelian yang dibayar. Selain itu, syarat sah jual beli juga ialah, kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) mengetahui secara jelas barang yang diniagakan tanpa menyembunyikan apa-apa ‘aib yang ada pada barangan yang diniagakan itu. Justeru, sekiranya perkara-perkara seperti di atas berlaku, maka penjual dikira telah menipu dan akad pembelian tersebut adalah tidak sah.
Kami cadangkan kepada pengusaha kedai kopi supaya sentiasa bertekad untuk meraih keberkatan dalam mendapat rezeki sebagaimana yang selalu kita doakan ketika membaca doa qunut:
وَبَارِكْ لَنا فِيمَا أَعْطَيْتَ
Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan kefahaman kita dalam memahami syariat Islam dengan lebih baik pada masa hadapan. Amin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Alif Muhaimin Abdul Rahman merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.
Namanya mula dikenali apabila muncul sebagai juara Hero Remaja 2017/2018, sekaligus membuka ruang untuknya aktif dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon dan wajah kempen jenama-jenama terkenal.
Namun kini, Alif memperlihatkan sisi berbeza lebih berani, lebih mencabar apabila memilih untuk terjun ke dalam dunia Muay Thai, satu seni mempertahankan diri yang bukan calang-calang orang mampu hadapi.
“Saya mula training Muay Thai just for fun. Masa tu join sebab abang ipar ada team,” ujar Alif, mengenang detik awal penglibatannya.
Apa yang bermula sekadar suka-suka akhirnya jadi minat yang makin mendalam.
“Bila masuk gelanggang, rasa dia lain. Seronok. Best. Challenging.”
Perjalanan Alif bermula tanpa sebarang tekanan. Tapi apabila jurulatih sendiri pernah berkata, “Eh, Alif ni boleh fight ni,” dorongan untuk serius dalam sukan ini terus menyala.
Sejak itu, dia kerap turun padang untuk latihan intensif, membina kekuatan fizikal dan mental seiring waktu.
Muay Thai bukan seperti sukan biasa. Ia menuntut lebih dari sekadar ketahanan badan.
“Kalau boxing, dia ajar untuk elak pukulan hit and not get hit. Tapi Muay Thai pula ajar kau untuk terima pukulan, balas balik dengan dua kali ganda,” katanya, sambil tersenyum tapi penuh maksud.
Dalam gelanggang, sakit itu biasa, tapi keberanian untuk terus berdiri selepas jatuh itulah yang paling mahal.
Itulah semangat yang Muay Thai tanam dalam diri Alif.
Dikenali sebagai “art of eight limbs”, Muay Thai melibatkan tangan, siku, lutut dan kaki.
Setiap serangan dan pertahanan bukan sekadar gerak spontan, tapi lahir dari strategi, fokus, dan penghayatan seni bertarung.
“Saya pernah cuba running, gym, macam-macam aktiviti. Tapi Muay Thai ni lain. Dia ada gaya, ada semangat. Macam sukan anak jantan,” kata Alif dengan semangat membara.
Kini, Muay Thai bukan lagi aktiviti untuk mengisi masa lapang.
Ia menjadi satu medium untuk cabar diri, bina disiplin dan temui erti ketahanan sebenar.
Dari dunia glamor ke gelanggang yang penuh peluh dan darah, Alif Muhaimin buktikan bahawa dia bukan sekadar wajah kacak di kaca TV, tapi juga seorang pejuang fighter yang sanggup bangkit setiap kali jatuh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku.
Disebabkan itu jugalah negara kita dan banyak negara lain mula menyeru rakyat mereka untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Selain pelitup muka 3 lapisan yang popular digunakan, penggunaan pelitup muka dari fabrik juga boleh digunakan terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.
Lalu timbullah pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan. Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan stujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan.
Namun ada juga yang mahu menjadi lain daripada yang lain. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah menghasilkan pelitup muka termahal di dunia. Pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan berlian.
Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lbih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia dikatakan bernilai kira-kira USD1.5 juta (RM6.3 juta).
Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut. Apa yang diketahui ialah ia dari seorang ahliperniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.
Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.
Ada duit semua jadi!
Jika ingin mencari pelitup muka yang murah dan pelbagai rekaan, anda boleh dapatkan di sini.
Kredit: AP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Spekulasi Lewis Hamilton bakal bersara kembali hangat diperkatakan. Namun Ferrari masih percaya juara dunia tujuh kali itu belum selesai memburu gelaran kelapan.