Jenama pakaian sukan terkemuka global, PUMA, ‘mengajak’ semua peminat ke Itali dengan pelancaran semula Palermo, siluet kasut legenda teres yang menghargai ibu kota pesisir pulau Sicily.
Hadir dengan reka bentuk elegan dan tapak gum klasik, Palermo mula mencuri perhatian di stadium bola sepak tahun 1980-an, menjadi pilihan utama di kalangan peminat di teres stadium.
Kini, simbol ikonik budaya bola sepak tersebut kembali semula dengan warna yang lebih cerah dan menarik.
Bersempena pengenalan semula siluet ikonik ini, sebuah kumpulan gadis K-pop, IVE dan Duta PUMA APAC, turut serta dalam koleksi ini, menampilkan filosofi gaya Itali yang santai sambil menggabungkan unsur-unsur DNA bola sepak dari masa lalu hingga kini.
Ia menawarkan koleksi pilihan yang diinspirasikan dari jersi, dipadankan dengan warna-warna yang dinamik dan dipakai oleh IVE dalam Palermo mereka. Dari jaket klasik PUMA, skirt lipit, hingga seluar pendek bola sepak, mereka siap sedia untuk merayakan musim panas dengan gaya la dolce vita – kehidupan yang manis.
Ads
Koleksi Palermo SS24 akan tersedia di kedai PUMA terpilih dan di PUMA.com mulai 15 Mac 2024.
Setiap pembelian kasut Palermo bermula 15 Mac 2024 akan mendapatkan selendang eksklusif PUMA Palermo. Beli mana-mana pakaian yang dipakai oleh IVE dari koleksi Palermo untuk mendapat set enam kad foto bertandatangan IVE secara eksklusif, sementara stok masih ada.
Ads
STADIO PALERMO – POP-UP PALERMO PUMA PERTAMA DI ASIA TENGGARA
Merayakan pelancaran koleksi PALERMO, PUMA membuka STADIO PALERMO, toko Pop-up istimewa di Central World, pusat belanja terbesar ke-9 di dunia, yang terletak di pusat keramaian belanja Bangkok.
Pop-up selama satu minggu ini menawarkan pengalaman interaktif yang dipenuhi dengan unsur-unsur menyenangkan dan akar Italia dari PUMA Palermo, membolehkan pengunjung menyelami dunia fesyen teres yang penuh warna.
Masuk ke dunia STADIO PALERMO yang meriah, menawarkan pengalaman yang membesarkan jiwa seperti padang foosball raksasa dengan bangku teres dan kawasan alfresco yang terinspirasi Sicilia – bagaikan berada di Sicilia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dua nama besar dalam industri fesyen lelaki berganbung. Lalu menghasilkan koleksi eksklusif yang bukan sahaja hebat tetapi membawa elemen istimewa dengan setiap item mendapat sentuhan dua perekanya.
Itulah yang boleh kita saksikan menerusi koleksi terbaru kolbaorasi jenama Ermenegildo Zegna dan Fear of God, jenama yang diasaskan oleh Jerry Lorenzo.
Bukan senang untuk kita saksikan dua jenama hebat seperti ini melakukan kolaborasi dengan memperkenalkan koleksi yang cukup menarik. Bahkan ‘penyatuan’ dua jenama yang popular dari segmentasi berbeza dengan Ermenegildo Zegna fesyen high-end dan Fear of God, premium streetwear membuatkan ia lebih istimewa.
SENTUHAN SOFISTIKATED
Koleksi Ermenegildo Zegna x Fear of God mengetengahkan sentuhan klasik Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, Allesandro Sartori yang lebih besifat sartorial manakala Jerry Lorenzo pula membawa nafas streetwear dengan sofistikated dan lebih relaks dan essential.
Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo
Menerusi koleksi ini juga kita dapat menyaksikan gabungan rekaan daripada dua pengaruh kota fesyen berbeza iaitu Milan dan New York.
Keinginan menerapkan kolaborasi ini dicetuskan menerusi sentuhan artistik daripada Ermenegildo Zegna. Manakala ia direalisasikan bersama oleh antara nama terbesar dalam industri streetwear, Jerry Lorenzo.
Bagi anda yang berminat, koleksi eksklusif ini kini boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna, Pavillion Kuala Lumpur.
Buat anda yang ingin mencari ite fesyen berjenama pada harga menarik pula boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Fesyen “old money” kini menjadi trend yang semakin mendapat perhatian, terutama di kalangan lelaki.
Apa Itu Fesyen Old Money?
Istilah “old money” merujuk kepada kekayaan yang diwarisi dari generasi ke generasi, bukan kekayaan yang baru diperoleh (sering digelar “new money”). Gaya fesyen ini menampilkan identiti golongan bangsawan dengan penekanan kepada kualiti, kesederhanaan, dan rasa tradisional. Ia bukan tentang mempamerkan jenama mahal secara terang-terangan tetapi lebih kepada menonjolkan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.
Fesyen Old Money
Golongan Old Money mempunyai gaya yang sangat klasik dan berkualiti tinggi. Mereka mengutamakan pakaian dari jenama-jenama terkemuka yang mengekalkan mutu kraf, seperti Ralph Lauren, Brooks Brothers, dan Hermès, namun mereka tidak mengejar trend fesyen semasa.
Elemen Utama Fesyen Old Money
Pakaian Berpotongan Kemas Gaya ini mengutamakan pakaian yang berpotongan kemas seperti blazer, kemeja oxford, seluar chinos, dan jaket tweed. Potongan pakaian yang tepat melambangkan rasa profesional dan kemas.
Material Berkualiti Tinggi Lelaki yang mengikut trend old money sering memilih pakaian daripada bahan seperti linen, kapas berkualiti tinggi, dan wool. Material ini tahan lama dan memberikan keselesaan sambil menyerlahkan elemen eksklusif.
Palet Warna Neutral Warna-warna lembut seperti putih, krim, biru muda, dan beige mendominasi gaya ini. Palet warna neutral memberikan kesan yang bersih, tenang, dan mewah tanpa kelihatan berlebihan.
Aksesori Minimal Jam tangan klasik, tali pinggang kulit berkualiti, atau kasut loafers adalah aksesori utama dalam gaya ini. Ia tidak keterlaluan tetapi cukup untuk melengkapkan keseluruhan penampilan.
Jenama Ikonik Tetapi Tidak Menonjol Jenama seperti Ralph Lauren, Brooks Brothers, atau Hermès sering dikaitkan dengan fesyen old money. Namun, logo atau tanda jenama biasanya disembunyikan atau sangat minimal.
Kenapa Fesyen Old Money Popular?
Melambangkan Kematangan dan Elegan Lelaki moden semakin tertarik kepada gaya ini kerana ia melambangkan kematangan, rasa tanggungjawab, dan keyakinan. Penampilan old money memberikan imej seseorang yang berpendidikan dan berbudaya.
Reaksi Terhadap Budaya ‘Flexing’ Di era media sosial, gaya hidup pamer kekayaan atau “flexing” menjadi kebiasaan. Fesyen old money hadir sebagai alternatif untuk mereka yang ingin tampil mewah tanpa perlu bermegah-megah.
Kebangkitan Estetika Retro Dengan kebangkitan budaya retro, fesyen old money memberikan aura klasik yang sering diidealisasikan. Ramai lelaki melihat gaya ini sebagai peluang untuk menghidupkan kembali keanggunan zaman dahulu.
Bagaimana Untuk Menggayakan Fesyen Old Money?
Jika anda ingin mencuba fesyen old money, mulakan dengan beberapa langkah mudah:
Labur dalam pakaian berkualiti tinggi. Fokus pada pakaian asas seperti kemeja putih, blazer navy, atau seluar chinos beige.
Kurangkan aksesori yang berlebihan. Pilih aksesori yang ringkas tetapi klasik.
Perhatikan grooming dan sikap. Fesyen ini bukan hanya tentang pakaian, tetapi juga bagaimana anda membawa diri dengan yakin dan sopan.
Kesimpulan
Fesyen old money memberikan ruang kepada lelaki moden untuk menampilkan gaya hidup yang elegan tanpa perlu mempamerkan kekayaan secara terang-terangan. Ia adalah gabungan kesederhanaan, kualiti, dan keanggunan yang mampu menyerlahkan personaliti seseorang. Tidak hairanlah, trend ini semakin popular di kalangan lelaki yang mengutamakan gaya klasik dan sofistikated.
Jadi, adakah anda bersedia untuk menghidupkan kembali gaya aristokrat ini dalam penampilan harian anda?
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa yang membuatkan lelaki itu bertambah ‘hot’ mahupun menarik? Adakah kerana keyakinan yang dimiliki? Gaya berjalan? Personaliti ceria? Sorry, bukan itu semua. Dan kajian sains menunjukkan sebaliknya.
Dalam diam, apa yang anda pakai atau guna seperti aksesori, produk kecantikan malah warna boleh membuatkan anda bertambah hot menurut kajian pakar.
1. Kaca mata hitam
Menurut sebuah kajian oleh Vanessa Brown, pensyarah kanan seni dan reka bentuk di Nottingham Trent University, mendapati bahawa memakai kaca mata akan membuatkan anda serta-merta nampak lebih menarik kepada individu yang berlainan jantina. Selain daripada fakta bahawa ia menambah sedikit elemen misteri dan juga menambah daya tarikan seksual anda, cermin mata hitam membuat penampilan wajah anda menjadi lebih simetri. Dan menurut kajian sebelum ini, individu yang memiliki bentuk wajah simetri kelihatan lebih menarik pada pandangan mata orang lain.
Walaubagaimanapun, kami nasihatkan pakai aksesori ini untuk kegunaan luar sahaja, okay? (Maksud kami tak perlulah pakai dalam shopping mall dan juga sehingga waktu malam).
2. Minyak wangi
Penyelidikan daripada Monell Chemical Sense Center mendapati bahawa wajah wanita dinilai menjadi lebih menarik apabila mereka ‘dihakimi’ dengan kehadiran bau yang menyenangkan. Namun, tak perlulah anda membawa botol minyak anda sepanjang masa, cukup dengan jadikan semburan minyak wangi sebagai rutin pagi anda.
Para penyelidik juga mengatakan bahawa memakai minyak wangi tidak akan membuatkan seseorang kelihatan lebih muda mahupun cantik. Ini merupakan daya tarikan yang lebih kepada proses emosi, manakala penilaian seseorang tentang umur mereka lebih berasaskan kepada rasional.
3. Gigi putih
Satu kajian dari universiti Leeds dan Central Lancashire mendapati sepasang gigi yang putih dan tersusun cantik tidak hanya membuat anda lebih menarik, malah akan membuka peluang untuk mencari pasangan seumur hidup anda. Menurut kajian, gigi manusia adalah ‘bersamaan ekor merak’ yang merupakan ‘tanda kesihatan dan kualiti genetik direka untuk membantu memilih pasangan.’
Mereka juga mendapati bahawa lelaki dan wanita mengambil berat tentang kuliti gigi putih dengan alasan yang berbeza – lelaki berfikir tentang tarikan manakala wanita pula lebih bersaing antara satu sama lain. Betul ke ni?
4. Warna merah
Satu kajian yang dikeluarkan oleh University of Rochester, lelaki diakui lebih berminat dengan wanita yang memakai warna merah daripada wanita yang memakai warna biru dan sebagainya. Ini adalah kerana merah adalah tanda pengujaan seksual, kuasa dan status. Jadi bolehlah anda memperbanyakkan koleksi pakaian berwarna merah anda selepas ini.
Lepas ni bolehlah beli kereta sport warna merah ni…huhuhu
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.