Pernah tak anda duduk di rumah melayan TV seharian tapi bila hari sudah petang badan rasa sangat penat. Ia membuatkan anda sendiri hilang punca dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan badan terasa penat sangat.
Jika penat atau letih akibat tiada tenagag selepas seharian bekerja itu bukahlah satu perkara pelik. Tapi jika badan sentiasa rasa mudah penat dan lesu walaupun tidak berbuat aoa-apa, itu perlu anda risau.
Sebenarnya terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya keletihan atau lesu.
Tidur
Mungkin selama ini anda rasa tidur selama 7 hingga 8 jam sehari sudah mencukupi. Akan tetapi adakah tidur anda itu adalah tidur yang berkualiti? Tak mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti merupakan salah satu punca mengapa keletihan dan kelesuan berlaku.
Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda.
Ads
Makanan
Tahukah anda alahan terhadap makanan juga boleh menyebabkan badan berasa lesu? Alahan makanan atau tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan.
Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.
Stres merupakan antara musuh besar kepada kesihatan mental dan fizikal. Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara.
Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan. Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.
Ads
Kesihatan
Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri dan amalkan gaya hidup yang sihat. Teruskan untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila dalam mulut anda terkena ulser, sakitnya pasti sangat mengganggu kerana anda nak makan atau minum sekali pun, semua serba tak kena.
Ulser terjadi bukan sahaja kerana tergigit bibir sahaja malah ada kalanya akibat luka ketika memberus gigi, alergi dan sebagainya.
Paling lama ia akan hilang selepas 1 – 2 minggu tetapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan, anda boleh gunakan bahan-bahan ini :
Garam
Kumurkan mulut anda dengan air garam selama 30 saat. Ulangi proses ini 2 hingga 3 kali sehari. Ini kerana sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis lalu membantu luka ulser untuk segera sembuh.
Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Madu boleh mengekalkan kelembapan mulut seterusnya menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Sapukan sedikit madu asli pada tempat terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut.
Tuam uncang teh
Ambil uncang teh yang telah direndam dan letakkan pada bahagian mulut atau bibir yang terkena ulser. Biarkan selama 5 minit kerana teh adalah sejenis bahan beralkali. Sehubungan itu, teh dalam uncang dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Gel aloe vera
Selain madu, gel aloe vera juga merupakan sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.
Baking soda
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser atau anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih. Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
Minyak vitamin E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya. Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.
Sapukan gel oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Kumur dengan larutan antiseptik
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser. Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.
Elite 45e
Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.
Elite 65e
Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.
Elite Active 65t
Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.
Ciri-ciri utama rangkaian Elite
Pengalaman suara yang terbaik: teknologi mikrofon unik yang termaju dalam pasaran memastikan panggilan dan interaksi suara yang terbaik di pasaran. Ini ditambah pula dengan sokongan bagi semua pembantu maya yang utama termasuklah integrasi yang baru dengan Amazon Alexa-on-the-go.
Pengalaman muzik tersendiri: pengguna boleh menyesuaikan bunyi mengikut pilihan mereka dengan app Jabra Sound
Kepelbagaian pilihan gaya pemakaian: wayarles sebenar, neckband, neckband lembut, headband – yang sentiasa membawakan suara, muzik dan panggilan yang terbaik
Ketahanan yang tiada bandingannya: waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk**, waranti dua tahun bagi varian Active & Sport terhadap peluh dan habuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda melihat individu di gimnasium mahupun sekitar mempunyai tubuh mantap, dada bidang namun kaki yang sedikit kecil? Apabila terlalu taasub dengan bentuk tubuh, kadang kala senaman membentuk kaki dilupakan hingga memperlihatkan ketidakseimbangan badan. Ini di antara latihan beban membentuk kaki terbaik untuk anda.
1.Squats
Gerakan squats ini dikatakan raja pada latihan membentuk kaki. Kamu perlu mencangkung dan berdiri semula dengan meletakkan beban pada bahu. Lakukan dalam 4 hingga 6 set setiap gerakan. Tidak perlu beban keterlaluan kerana ia mungkin mencederakan lutut anda.
2.Lying Leg Curls
Ramai yang mengabaikan latihan hamstrings, pastikan anda berikan tumpuan dan mulakan ia dengan memanaskan badan. Lakukan senaman ini sekurangnya sebanyak 3 set iaitu dengan 8 hingga 15 kali gerakan.
3.Leg Press
Hanya perlu meletakkan badan anda selari di tempat duduk yang tersedia, masukkan beban mengikut kesesuaian dan lakukan gerakan kaki melunjur ke hadapan. Lakukan 3 set gerakan untuk setiap sesi latihan.
Perut Buncit Tak Cool
Obesiti bukan lagi fenomena baru di negara ini, usah segan bila perut mula menerjah ke hadapan. Ada yang mengatakan buncit itu biasa buat lelaki, namun ia perlu dijauhi kerana pelbagai kisah sangsi mungkin terjadi. Patuhi beberapa saranan ringkas ini, buat lelaki yang sentiasa mengimpikan perut cantik dan seksi.
1.Pentingkan kualiti daripada kuantiti
Tidak perlu beria-ia dengan sit up setiap hari, mencukupi hanya 1 hingga 2 sesi dalam seminggu untuk satu latihan. Teknik yang betul dan berkualiti adalah lebih baik.
2.Fokus pada otot tertentu
Harus fokus pada sesuatu bahagian setiap hari, jangan lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi.
3.Pernafasan
Hembuskan nafas pada ‘exertion’ iaitu sewaktu melakukan crunch. Ini membolehkan anda menguruskan otot dengan sebaik mungkin.
Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan yang seimbang sangat penting buat mereka yang mendambakan perut cantik, elakkan menu berminyak dan garam tinggi. Banyakkan pengambilan air serta diet seimbang.
5.Jangan Lupa Latihan Kardiovaskular
Latihan kardio sangat efektif untuk membakar kalori berlebihan, diet sahaja tidak mencukupi untuk mengejar impian tersebut!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.