Larian merupakan salah satu aktiviti kecergasan paling popular dan berkesan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Namun jika jari kaki sakit memang ia akan terbantut? Jadi apa punca jari kaki sakit bila lakukan aktiviti larian?
Aktiviti larian mampu membantu membakar kalori, meningkatkan kesihatan jantung, menguatkan otot, dan melepaskan endorfin yang boleh mengurangkan tekanan.
Selain itu, larian juga mudah dilakukan, tidak memerlukan peralatan mahal, dan boleh dilakukan hampir di mana-mana.
Namun, seperti mana-mana aktiviti fizikal, larian juga boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan, terutamanya pada bahagian kaki. Salah satu masalah yang sering dihadapi pelari ialah sakit pada jari kaki. Punca jari kaki sakit? Ini 10 sebab utama yang mungkin menjadi puncanya!
1. Kasut Larian Tidak Sesuai
Memakai kasut larian yang terlalu ketat, terlalu longgar, atau tidak direka untuk bentuk kaki anda boleh menyebabkan tekanan pada jari kaki. Pastikan kasut larian anda mempunyai ruang yang cukup untuk jari bergerak.
2. Kuku Kaki Panjang atau Cedera
Kuku kaki yang terlalu panjang boleh bergesel dengan kasut, menyebabkan kesakitan dan lebam. Potong kuku secara berkala untuk mengelakkan masalah ini.
Ads
3. Blister dan Lepuh
Geseran antara jari kaki dan kasut atau stoking yang kasar boleh menyebabkan blister atau lepuh. Gunakan stoking khas untuk larian yang mengurangkan geseran.
4. Ketegangan Pada Otot dan Sendi Jari Kaki
Pergerakan larian yang berulang-ulang boleh menyebabkan otot dan sendi jari kaki tegang. Lakukan regangan kaki sebelum dan selepas larian untuk melegakan ketegangan.
5. Kecederaan Overuse
Berlari terlalu kerap atau terlalu jauh tanpa rehat yang mencukupi boleh menyebabkan kecederaan pada jari kaki, seperti sesamoiditis, iaitu keradangan pada tulang kecil di bahagian bawah jari kaki.
Ads
6. Masalah Struktur Kaki
Masalah seperti bunion, hammertoe, atau flat feet boleh memberi tekanan tambahan pada jari kaki ketika berlari. Dapatkan pemeriksaan kaki untuk mengetahui sama ada anda memerlukan insoles khas.
7. Teknik Larian Tidak Betul
Teknik larian yang salah, seperti terlalu banyak mendarat pada hujung kaki, boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada jari kaki. Pelajari teknik larian yang betul daripada jurulatih profesional.
Kasut larian tanpa sokongan lengkungan atau padding yang mencukupi boleh menyebabkan tekanan tidak sekata pada kaki, termasuk jari kaki. Pilih kasut dengan sokongan yang sesuai.
Ads
9. Masalah Peredaran Darah
Gangguan peredaran darah seperti Raynaud’s Syndrome boleh menyebabkan jari kaki menjadi kebas atau sakit semasa larian. Jika ini kerap berlaku, rujuk kepada doktor.
10. Kecederaan Akibat Permukaan Larian
Berlari di permukaan keras seperti jalan tar boleh menyebabkan tekanan tambahan pada kaki, manakala permukaan tidak rata seperti laluan denai boleh menyebabkan jari kaki terseliuh. Pilih permukaan larian yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan.
Masalah sakit pada jari kaki semasa larian boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Perhatikan tanda-tanda awal ketidakselesaan dan ambil langkah pencegahan seperti memilih kasut yang sesuai, menjaga kuku kaki, dan memastikan teknik larian yang betul.
Jika kesakitan berterusan, segera dapatkan nasihat daripada pakar untuk mengelakkan kecederaan serius.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
6 perkara yang ramai selalu buat sewaktu berdiet, tetapi sebenarnya anda masih boleh menikmati makanan dengan gembira tanpa perlu menyeksa diri. Ini 6 kesilapan diet yang anda ketahui mengikut Kevin Zahri.
SKIP HIDANGAN
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
CUMA MAKAN 3 HIDANGAN SEHARI
3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
MAKAN TAK CUKUP
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
ELAK NASI
Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
IKUT DIET MEMBUTA
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
HARAPKAN MAKANAN TAMBAHAN
Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
Saya tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana produk meal replacement. Tapi ia juga makanan dan bukanlah produk ajaib. Cuma kosnya tidak munasabah untuk penggunaan jangka masa panjang di Malaysia. Saya prefer whey protein lebih ekonomi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.
Apa yang boleh kita lakukan ialah berbaring dulu, dan meminta pertolongan dari pasangan kita, sama ada suami atau isteri, atau minta pertolongan dari rakan-rakan jika berlaku di padang atau di tempat kerja.
Pertama sekali dapatkan ais. Letakkan dalam tuala bersih. Tuam ais pada bahagian yang sakit selama 20 min. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Lakukan beberapa kali sehingga rasa sakit hilang.
Selepas kira-kira 48 jam, bertukar menggunakan tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot. Celup tuala dalam air yang panas, perah keluar, kemudian lipat dan tuamkan ke bahagian pinggang yang sakit. Pastikan tuala itu tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada kulit belakang. Biarkan selama sehingga 20 minit. Boleh mengulangi tuaman ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari.
Selain itu bolehlah buat senaman regangan dengan cara duduk apabila sakit mula berkurangan. Apabila boleh berdiri, cuba luruskan belakang dengan menolak perut atau pinggang ke hadapan, tahan untuk 10-15 saat kemudian boleh rehat kembali.
Apabila bangun dari tidur, haruslah bangkit secara perlahan-lahan. Saya mencadangkan agar buat senaman regangan dulu. Caranya ialah dengan mengangkat tangan ke atas kepala ketika sedang berbaring. Cuba luruskan secara perlahan-lahan. Kemudian cuba tolakkan pinggang ke atas menjauhi tilam. Tahan 10-15 saat. Kemudian rapatkan lutut ke dada dan peluk sekuat yang mungkin.
Bangun perlahan-lahan dari katil dengan gerakkan badan menghampiri tepi katil. Unjurkan kaki ke luar katil dan bangun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan menolak tilam untuk duduk.
Cara-cara ini mungkin membantu bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang. Jika sakit belakang tidak kurang dengan mengambil ubat penahan sakit atau bertambah kuat atau menyebabkan rasa kebas dan sakit pada kaki, eloklah dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman skipping merupakan antara alatan senaman yang digemari ramai. Selain harga mampu dimiliki, senaman skipping sesuai dijadikan senaman untuk seisi keluarga.
Malah senaman skipping juga menjadi pilihan yang terbaik kerana ia ringan dan mudah dibawa berbanding alatan senaman yang lain.
Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat menguatkan bahagian atas dan bawah badan, selain dapat membakar kalori dalam masa yang singkat.
13 kelebihan senaman skipping
1. Dengan penggunaan selama 15 hingga 20 minit, seseorang dapat membakar keseluruhan kalori daripada sekeping bar coklat.
2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan membuatkan tubuh anda rasa lebih santai.
3. Ketika melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan akan membakar 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika anda berjalan dalam jumlah masa yang sama.
4. Melompat dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Atlet yang melakukan senaman skipping dapat meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.
5. Senaman skipping dapat meningkatkan pengaliran darah dan memberikan lebih banyak nutrien diserap pada kulit tubuh.
6. Ia juga boleh membuka pori-pori pada tubuh dan menghapuskan toksin melalui peluh.
7. Dengan melakukan senaman skipping, anda dapat menguatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih cekap.
8. Senaman skipping boleh membentuk dan memberi kekuatan pada otot betis untuk menjaga keseimbangan tubuh.
9. Ternyata senaman skipping juga boleh mencegah risiko penyakit pembunuh nombor satu dunia iaitu sakit jantung. Ini kerana ketika anda melompat sebanyak beberapa kali, jantung akan berdegup dengan lebih cepat, sekali gus menyihatkan jantung.
10. Selain menurunkan berat badan, senaman skipping juga boleh membentuk tubuh menjadi lebih kencang dna mantap. Ketika melompat, sebahagian otot tubuh anda akan tertarik dan tarikan pada otot-otot ini akan mengencangkan otot itu sendiri.
11. Senaman mudah ini juga membantu agar bahu anda jadi lebih tegap sekali gus membuatkan otot lengan jadi lebih kuat dan otot perut pun mulai terbentuk.
12. Senaman skipping ini sememangnya permainan yang menyenangkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya ia boleh membantu anda untuk menghilangkan tekanan dan stres.
13. Orang yang melakukan senaman skiping ini mempunyai konsentrasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak melakukannya. Ini kerana senaman skipping membantu meningkatkan fungsi otak sehingga anda lebih fokus terutamanya pada lompatan yang anda lakukan.
Sejarah tentang tali skipping
Aktiviti skipping dapat dikesan pada tahun 1600 sebelum Masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.
Aktiviti skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 buah negara, organisasi dan kelab. Malah tali skipping boleh dijumpai hampir di mana sahaja di negara-negara tersebut.
Rekod dunia yang tercatat untuk aktiviti skipping ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.