Menginjak ke usia 50-an bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi mana-mana individu, apatah lagi usia sedemikian sentiasa disinonimkan dengan kecergasan yang semakin merudum, fizikal yang semakin tidak menarik, serta kesihatan yang semakin merosot.
Bagaimanapun, perkara itu tidak akan menjadi kerisauan utama bagi mereka yang telah aktif menjaga kesihatan dan kecergasan sejak usia muda lagi.
Seperti penyanyi dan komposer, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, beliau dilihat aktif bersenam demi mengekalkan kecergasannya serta penampilannya apatah lagi menyedari yang beliau hampir memasuki usia setengah abad.
“Ramai yang tanya saya macam mana dah berumur, tahun depan nak ke-50 perut tak buncit. Badan fit lagi. Boleh pakai apa saja fesyen nak dipakai.
“Jawapan dia senang saja. Kena ada time untuk dia. Dia itu senaman lah,” tulisnya pada kapsyen di sebuah hantaran Instagramnya.
Ads
Menerusi hantaran itu, kelihatan Ajai sedang berlari di atas sebuah mesin treadmill di sebuah gimnasium.
“Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk”
Mengulas lanjut, kesibukan rutin harian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan aktiviti senaman.
Ads
“Kalau nak kira sibuk, tiap-tiap hari sibuk. 5 kilometer (KM) lari atas mesin. Lima hari seminggu kena disiplin. Kalau buat lebih dari 5km dah macam kerjaya lah pula,” tambahnya lagi.
Selain berlari, penyanyi yang popular dengan lagu Keliru itu juga aktif dengan senaman lain seperti mengangkat bebanan di gim, demikian seperti perkongsian lain di Instagramnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masih ingat lagi ketika darjah satu, kita diwajibkan untuk menerima suntikan BCG. Jika masih ingat, pasti bahagian kiri bahu anda anda meninggalkan kesan parut sama ada besar atau kecil.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang parut BCG, tahu tak apa itu BCG. Doktor Zubaidi Hj Ahmad menerangkan bahawa BCG merupakan singkatan perkataan Bacillus Calmette Gurrain iaitu vaksin yang mengandungi sejenis kuman lemah yang tidak menyebabkan penyakit malah merangsang sistem imum badan untuk melawan penyakit Tibi.
Sewaktu kita dilahirkan, kita sudah diberi vaksin BCG dan sekali lagi semasa umur tujuh tahun, vaksin ini diberi semula jika pada lengan anak atau diri sendiri tidak mempunyai parut.
Selain itu, suntikan ini diberikan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit jangkitan Tubercule Bacillus (TB) yang mana ia berfungsi untuk melindungi kanak-kanak daripada menyerang paru-paru serta selaput otak.
Suntikan vaksin BCG diberikan sebagai suntikan intradermal pada bayi yang baru dilahirkan. Ini bermakna jarum suntikan itu harus memasuki lapisan antara dermis dan epidermis pada kulit.
JIka suntikan itu termasuk ke dalam sedikit iaitu lapisan subcutaneous, maka selalunya akan berlaku jangkitan kuman dan membentuk nanah. Dalam hal ini, rawatan harus diberikan.
Walaubagaimanapun tidak semua bengkakan nanah itu disebabkan oleh teknik suntikan yang salah. Ia adalah sebahagian daripada komplikasi yang berlaku semasa suntikan.
Apabila seseorang itu mempunyai parut yang besar akibat suntikan BCG ia adalah lebih baik daripada seseorang yang mempunyai parut yang lebih kecil selepas suntikan BCG. Parut suntikan telah menandakan seseorang itu mempunyai dayatahan immuniti dalam tubuhnya.
Jadi jangalah risaulah jika anak kecil dan juga diri anda yang mempunyai parut yang besar kerana itu adalah perkara biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi suami isteri yang menginginkan anak khususnya dalam kalangan pasangan agak berusia, masa bukanlah kawan. Semakin lama bertangguh, semakin rendah peluang untuk mendapatkan anak. Sebabnya mudah. Tahap kesuburan wanita merosot dengan peningkatan umur terutama selepas berusia 35 tahun. Bahkan gaya hidup yang kurang sihat juga akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita secara keseluruhannya
Pasangan dikatakan mengalami masalah kesuburan sekiranya tidak berjaya hamil selepas enam bulan berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Bagi pasangan muda, tempoh ini boleh dilanjutkan kepada setahun. Namun bagi pasangan berusia 35 tahun ke atas, sekiranya cubaan selama enam bulan tidak berjaya, segeralah berjumpa pakar kesuburan bagi mendapatkan bantuan.
Apabila gagal mendapatkan anak, sepatutnya tidak timbul soal salah siapa sehinggalah suami dan isteri menjalani pemeriksaan.
Bukan anda saja yang berdepan dengan perkara ini. Dianggarkan 15 peratus pasangan di seluruh dunia mengalami masalah kesuburan. Jangan cepat menuding jari ke arah pasangan kerana kajian menunjukkan 30 peratus punca masalah berada pada pihak suami, 30 peratus pada isteri dan 30 peratus lagi pada kedua-duanya. Sementara baki 10 peratus lagi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Bagaimanapun, oleh kerana suami dan isteri mempunyai jumlah kemungkinan yang sama (mengalami masalah kesuburan), mereka perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu ini. Sekiranya bersungguh mahukan zuriat, segeralah membuat temu janji dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Antara perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesuburan ialah melengahkan perkahwinan, bertangguh untuk mendapatkan anak, tekanan, gaya hidup tidak sihat (termasuk merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang) serta sikap kurang ambil peduli mengenai perkara ini.
Pemeriksaan
Biasanya apabila pasangan sudah bersepakat dan bersedia mendapatkan bantuan pakar, mereka akan memberikan kerjasama yang lebih baik berbanding jika hanya isteri yang teringin mempunyai anak.
Antara ujian yang perlu dijalani pasangan ialah:
• Analisis sperma untuk mengetahui kualitinya. Kualiti sperma boleh terjejas jika seseorang lelaki itu merokok, mengamalkan pemakanan tidak sihat, selalu memakai seluar ketat (yang meningkatkan haba pada zakar), tekanan dan jangkitan penyakit.
• Imbasan bunyi untuk rahim dan ovari. Doktor akan memeriksa kehadiran sista ovari atau fibroid.
• Ujian darah bagi ujian hormon. Ini adalah untuk mengetahui kehadiran sista pada ovari dan ketidakseimbangan hormon yang biasanya dilakukan pada hari kedua, ketiga atau keempat haid.
• Penilaian tiub Fallopian melalui ujian sinar-X dan laparoskopi.
Pilihan
Pilihan rawatan tertakluk kepada keadaan dan keputusan ujian setiap pasangan sama ada menjalani kaedah permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI). Namun, pasangan masih mempunyai hak untuk menentukan kaedah yang dikehendaki selepas berbincang dengan doktor.
Dalam kaedah IUI, sperma suami akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri. Ini akan mencegah sebarang komplikasi yang mungkin timbul sepanjang perjalanan sperma untuk sampai ke rahim. Ini adalah kaedah yang paling lazim dan biasanya dicadangkan jika jumlah sperma suami agak rendah atau isteri ada masalah peranakan yang lain.
Kadar kejayaan kehamilan adalah sekitar 15 hingga 20 peratus. Kadar ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya umur wanita, kualiti sperma dan telur atau kerosakan pada tiub Fallopian.
Embrio inilah yang akan dimasukkan ke dalam rahim. Bunyinya macam mudah tetapi hakikatnya, ada banyak proses yang perlu dilalui oleh wanita. Secara ringkasnya ia bermula dengan suntikan hormon untuk memperbanyakkan telur yang matang, pengambilan telur untuk disenyawakan dan proses memasukkan embrio ke dalam rahim.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pasangan iaitu:
• Kejayaan
Di seluruh dunia, kadar kejayaan kehamilan menggunakan kaedah ini semakin meningkat. Namun ada juga pasangan yang perlu melakukan rawatan ini lebih daripada sekali sebelum berjaya mendapatkan anak.
• Fakta mengenai kualiti embrio. Kualiti embrio yang rendah menjadi sebahagian besar punca kegagalan kehamilan. Kejayaan untuk embrio melekat pada dinding rahim juga banyak bergantung kepada umur wanita.
Bagi wanita berusia di bawah 35 tahun, peluang untuk embrio berjaya melekat pada dinding rahim adalah 45 peratus tetapi angka ini menyusut kepada 15 peratus bagi wanita berusia antara 40 hingga 42 tahun.
Secara umumnya, lebih tinggi umur seseorang wanita, peratus kejayaan akan lebih rendah. Malah kebarangkalian berlakunya aneuploidi atau ketidaknormalan kromosom iaitu kehadiran jumlah kromosom yang tidak normal (sama ada terlebih atau kurang) di dalam sel juga akan meningkat. Jika berlaku, ia boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan kes paling biasa ialah sindrom Down dan sindrom Turner.
Apabila usia wanita meningkat, insiden ketidaknormalan kromosom dalam telur yang matang meningkat mendadak dan ia bermula pada awal 30-an.
Kadar ini akan terus bertambah dengan peningkatan umur wanita. Pada pertengahan usia 40-an, kajian menunjukkan ketidaknormalan kromosom pada embrio mencecah 70 peratus. Ini bermakna, peluang untuk kehamilan yang berjaya semakin rendah.
“Bagaimanapun ini bukanlah bermakna keadaan sperma dan rahim tidak menyumbang kepada kegagalan IVF tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kualiti embrio.
“Jadi, inilah sebabnya mengapa anda perlu merancang keluarga sama ada sebelum atau sebaik mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat, ambil pemakanan seimbang, kerap bersenam dan berhenti merokok. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menimang cahaya mata,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zaman sekarang penampilan terutamanya buat lelaki yang bekerjaya dalam profesion profesional sangat mementingkan kesihatan kulit wajah. Jadi tak hairanlah ramai mengejar kulit wajah yang licin dan bersih.
Tapi bagaimana nak kekalkan kulit wajah seperti itu. Jika anda lakukan 4 rutin di bawah dengan konsisten pasti ia tak akan menjadi masalah.
Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut dan perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!