Jika anda berasa letih atau cepat penat, apa kata anda cuba bangun awal pagi. Melaksanakan rutin ini bukanlah suatu perkara mudah memandangkan tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 8 tidur untuk kesihatan lebih sempurna. Jadi anda perlu ke kamar tidur lebih awal iaitu pada jam 10 malam atau pun selewat-lewatnya jam 11 malam.
Berikut kelebihan bangun awal pagi;
Kecergasan mental dan fizikal anda terjamin.
Badan akan berasa lebih segar dan cergas.
Dapat menguruskan masa dengan lebih baik kerana sumber penggiat minda lebih terbuka dan membolehkan anda berfikir serta merancang dengan lebih baik.
Menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang berjaya sehingga ke hari ini.
Ads
Positif di tempat kerja
Jika anda berasa bosan di tempat kerja dan merasakan aura negatif di pejabat, segeralah mengubah cara hidup anda. Apabila berasa bosan, kemungkinan anda mudah mengalami sakit badan dan tulang belakang. Keadaan dan kesihatan diri akan terjejas jika ia berterusan selama lebih enam bulan.
Ads
Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melakukan senaman ringan di kerusi pejabat anda serta menceriakan diri dengan berkelakuan positif. Mutu dan hasil kerja anda akan bertambah baik, sekali gus tahap kesihatan diri juga menjadi lebih baik.
Tip terbaik menjaga hati
Ads
Sebagai organ terbesar di dalam tubuh badan manusia, hati mempunyai lebih daripada 500 fungsi utama untuk hampir keseluruhan sistem badan. Kerosakan hati boleh membawa maut kepada anda.
Jagalah kesihatan hati anda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dan daging proses, jauhi pengambilan alkohol dan banyakkan makan sayuran segar serta buah-buahan. Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan dapat mengelakkan daripada menghidap kanser hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai lelaki lebih cenderung melakukan senaman di bahagian atas atau upper badan. Ia melibatkan senaman bahagian perut, dada, belakang, bisep, trisep serta tangan. Sampaikan ada yang melupakan senaman kaki.
Besar kemungkinan ramai yang rasa agak leceh atau tidak berminat melakukan senaman kaki. Sedangkan ia juga tidaklah kurang penting bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan tegap.
Usah risau, kali ini MASKULIN kongsikan beberapa Teknik senaman yang boleh amalkan setiap kali bersenam.
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.
Lelaki dan ketenangan – dua perkara yang kadang-kadang susah nak bersatu dalam satu ayat. Tapi hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya mendapati ketenangan bukan melalui aktiviti luar biasa seperti meditasi di atas gunung atau bercuti di pantai eksotik. Sebaliknya, ada lelaki yang temui ‘zen’ mereka dalam kerja rumah yang mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya sangat terapeutik.
Ia bukan sahaja membantu menghilangkan stres, malah memberi satu rasa kepuasan tersendiri. Bak kata warganet masa kini, sangat ‘healing’!
Berikut adalah lima kerja rumah yang sering dianggap sebagai terapi minda buat lelaki.
Ada sebab kenapa ramai lelaki suka menyapu halaman atau lantai rumah dengan penuh dedikasi. Gerakan kerja rumah seperti menyapu yang berulang-ulang mencipta satu ritma yang menenangkan.
Ditambah pula dengan bunyi gesekan penyapu dengan lantai atau daun-daun kering yang berterbangan, ia seakan terapi bunyi yang membantu menenangkan fikiran. Lagi satu bonus? Laman atau rumah jadi bersih, dan isteri pun tak sempat membebel.
Bagi sesetengah lelaki, membasuh kereta adalah lebih dari sekadar membersihkan kenderaan – ia adalah satu bentuk meditasi.
Dengan setiap sabun yang disental dan air yang mengalir membilas kotoran, minda juga terasa segar.
Tambahan pula, ada satu kepuasan bila melihat hasilnya – kereta berkilat, hati pun lapang. Dan kalau ada anak, ini juga peluang untuk bonding session yang santai.
Memegang mesin pemotong rumput dan melihat rumput panjang bertukar menjadi kemas adalah satu perasaan yang sukar digambarkan.
Ada rasa dominasi dan kawalan terhadap sesuatu yang ‘liar’. Lebih-lebih lagi bila bau rumput yang baru dipotong menyelinap ke hidung – ada kajian yang menunjukkan bau ini boleh memberi kesan menenangkan kepada otak. Tak perlu aromaterapi mahal, cukup dengan rumput belakang rumah!
Ada lelaki yang lebih rela membasuh pinggan daripada membuang sampah atau menyidai baju.
Kenapa? Kerana ada sesuatu yang menenangkan dalam mengalirkan air suam ke tangan sambil melihat buih sabun berputar-putar di sinki.
Bagi lelaki yang banyak berfikir, aktiviti ini memberi ruang untuk mereka bersendiri dan memproses idea-idea dalam kepala. Lagipun, siapa boleh menolak pujian isteri bila dapur nampak bersih?
Lelaki suka sistem. Walaupun kebanyakan masa, ruang kerja atau garaj nampak macam zon perang, ada satu hari dalam sebulan di mana mereka tiba-tiba ada tenaga luar biasa untuk mengemas semuanya.
Mengatur peralatan, membuang barang lama, dan mengelap debu bukan sahaja memberi kepuasan visual, tetapi juga rasa produktiviti yang tinggi. Ini sejenis ‘spring cleaning’ yang membuatkan lelaki rasa lebih bertenaga dan bersedia untuk cabaran seterusnya.
Tidak semua lelaki boleh duduk diam dan bermeditasi dalam posisi yoga. Tetapi ramai yang boleh mencapai ketenangan dan keseimbangan mental melalui kerja rumah yang nampak biasa ini.
Ia bukan sahaja membuat rumah lebih kemas, tetapi juga memberi mereka peluang untuk melepaskan tekanan dengan cara yang produktif.
Jadi, jika anda rasa serabut, mungkin sudah tiba masanya untuk capai penyapu atau span pinggan – siapa sangka, kerja rumah boleh jadi terapi terbaik buat lelaki?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah untuk kuruskan badan jika kita tidak berusaha mengawal pemakanan dan melakukan senaman secara rutin. Jangan semata-mata mengharapkan ubat kurus kerana ia boleh merbahayakan tubuh badan.
Untuk memastikan berat badan anda maintain kurus dan tak naik, sebaiknya anda amalkan panduan sihat dan selamat.
Dr Hamid Arshat berkongsi 15 panduan kuruskan badan cara sihat dan selamat yang boleh anda jadikan panduan. Semoga perkongsian beliau ini dapat membantu anda mencapai berat ideal yang anda inginkan.
Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya.
Saya beri ubat adipex (duramin dll) yang berkesan mengawal selera dan pil tersebut perlu dimakan waktu sarapan pagi. Penting dan perlu diingat ubat2 seperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Lebih penting lagi ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi, roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk. Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa menggemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’. Masa itu ia akan berasa kenyang.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap2 ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’, makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.