Sama ada anda dari generasi X, generasi millennials atau generasi Z, MASKULIN cukup yakin anda semua pasti kenal dengan sosok seorang lelaki bernama Jackie Chan.
Tidak dapat dinafikan lagi Jackie Chan merupakan pelakon aksi, komedi, pengarah dan juga pelagak aksi ngeri paling popular di Asia dan di dunia secara amnya. Deretan filem-filem aksinya telah dijadikan sebagai bahan kajian serta ikutan pengarah dan pelakon zaman sekarang.
Saksikanlah sahaja filem-filem awalnya pada era 80-an dan 90-an dahulu. Setiap babak aksi dilakonkan sendiri dengan penuh dedikasi. Dengan dedikasi itulah juga menyaksikan Jackie Chan mengalami lebih 40 kecederaan patah tulang di seluruh badannya.
Selain patah hidung, jari dan kaki, Jackie Chan juga pernah berdepan maut apabila mengalami kecederaan keretakan tempurung kepala. Sepanjang kariernya, Jackie Chan telah melibatkan diri dalam lebih 200 buah filem.
Disebabkan itulah sejak dari usia mudanya, Jackie Chan memang mengambil berat terhadap kecergasan dirinya dengan melakukan senaman dan diet yang baik.
Ikuti rahsia senaman dan diet Jackie Chan di bawah!
SENAMAN
WARM UP
Setiap kali sebelum bersenam dia pasti akan melakukan aktiviti memanaskan badan. Jackie Chan memulakan harinya dengan melakukan larian di antara 4 hingga 5 kilometer.
Ads
Ini bagi meningkatkan peredaran darah ke seluruh badannya dan memanaskannya untuk bahagian yang lebih ketat daripada rutin senamannya. Peningkatan kapasiti kardiovaskularnya membantu membina kekuatan dan stamina. Beberapa tahun yang lalu, ketika dia dalam fasa pemulihan kecederaan buku lalu, dia akan memendekkan larian paginya.
Jika kebiasaannya selama 45 minit, dia hanya akan berlari selama 15 hingga 20 minit. Ini faktor penting kerana Jackie Chan tidak memaksa badannya dan membiarkan untuk pulih sepenuhnya.
ANGKAT BERAT
Bagi membina kekuatan otot senaman angkat berat juga memainkan peranan penting kepada Jackie Chan. Apabila tahap kardionya sudah berada pada tahap sesuai dia akan terus ke gym bagi melakukan senaman angkat berat.
Ads
Senaman angkat berat seperti decline push-ups, knuckle push-ups, bench presses, pull downs, seated rows, cable overhead presses dijadikan sebagai permulaan rutinnya.
Kemdudian dia akan berehat sekejap dan meneruskan senaman seperti barbell squats, dumbbell lunges, leg curls, bicep curls, cable tricep pushdowns and a thai pad workout.
Untuk setiap rutin dia akan melakukan di antara enpat hingga lima set dengan ulangan 20 ke 30 kali. Dia melatih tubuhnya secara keseluruhan kerana percaya bahawa dalam kehidupan sebenar, kita tidak pernah menggunakan otot kita secara berasingan. Itulah sebabnya latihan teras sangat penting adalah dalam senamannya!
LATIHAN SENI BELA DIRI
Kehabatan Jackie Chan dalam seni mempertahankan diri memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia merupakan disiplin yang sangat penting sepanjang karier lakonan sejak dari usia muda.
Ads
Ketika membesar Jackie Chan banyak aktif melakukan aktiviti seperti taekwondo, shaolin kung-fu, hapkido dan juga gimnastik.
Splits, backbends, thumb press-ups, fingertip press-ups, one legged squats, knee deep squats dan tinju merupakan beberapa jenis latihan yang dia lakukan setiap hari. Walaupun bahagian bekas rutin kecergasannya memfokuskan pada kekuatan dan daya tahan, ini membantunya meningkatkan fleksibiliti.
DIET
Percayakah anda Jackie Chan merupakan seseorang yang tidak terlalu cerewet dalam pemakanan? Sejak dulu dia tidak percaya seseorang itu harus menghukum diri dari mengelak untuk makan sebarang jenis makanan.
Namun apa yang penting baginya ialah jumlah atau kuantiti yang diambil perlulah dengan tanggungjawab. Setiap kali makan dia akan pastikan makanannya tinggi dengan protein yang mampu membantu membesarkan ototnya.
Pada masa yang sama dia mengurangkan pengambilan karbohidrat, sodium dan serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga menjadi menu wajib dalam diet hariannya.
Selain itu, Jackie Chan juga mengelak mengambil makanan segera. Jika makan sekali pun dia pastikan jumlahnya sedikit.
Semoga rutin Jackie Chan ini boleh menjadi inspirasi untuk anda dapatkan fizikal mantap seperti dirinya! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Muhammad Najib (kanan) dan Mohd Khairul kini bersedia menggalas amanah memburu pingat emas pada sukan Sea ke 29 nanti. (Foto : Kamarul Akhir / www.asiana.my)
Skuad hoki dewan lelaki kebangsaan melihat penyertaannya dalam Hoki Dalam Dewan Asia 2017 di Doha, Qatar yang berlangsung 24 hingga 28 April lalu banyak memberi pengajaran dan pengalaman untuk terus mempertingkatkan mutu permainan menjelang saingan Sukan SEA ke 29 di Kuala Lumpur nanti.
Pada kejohanan enam sebelah itu, Malaysia diundi bersama Iran, Qatar dan Oman dalam kumpulan A manakala Kazakhstan, Uzbekistan, Taiwan dan Thailand di dalam kumpulan B meraih tempat ke lima dari lapan pasukan bertanding.
Muhammad Amin (dua, kanan) bersama Wallace Tan (dua,kiri) pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil.
Jurulatih skuad hoki dewan lelaki kebangsaan, Muhammad Amin Rahim berkata, pasukan yang baru dibentuk di bawah program pembangunan senior menimba banyak pengalaman bermanfaat pada kejohanan tersebut.
“Acara hoki dalam dewan ini pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA. Kejohanan di Qatar banyak memperlihatkan kelemahan pasukan dan ia akan segera diatasi untuk memastikan sasaran emas di Kuala Lumpur menjadi kenyataan.
“Pemain memiliki pengalaman berguna, walaupun pergi tanpa pendedahan dan kurang pengalaman namun mereka berusaha memberikan tentangan kepada lawan,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara (MSN) yang turut dihadiri Pengurus pasukan, Erling Wallace Tan dan atlet, Muhammad Najib Abu Hassan serta Mohd Khairul Afendy, tengah hari tadi.
Untuk rekod skuad lelaki negara muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2014.
Muhammad Amin turut menjelaskan beberapa siri perlawanan persahabatan telah dilalui dan bakal diadakan bagi mengekalkan prestasi pemain.
“Sebelum ini kami mengadakan enam perlawanan persahabatan dengan Angkatan Tentera Malaysia dengan keputusan tiga menang dan tiga kalah. ATM merupakan pasukan yang memang dibentuk untuk sukan hoki dalam dewan, jadi ia keputusan positif bagi kami.
“Begitu juga aksi menentang Singapura pada dua perlawanan yang memihak skuad kebangsaan yang secara tidak langsung menyuntik semangat di kalangan pemain,” katanya.
Setiap lelaki yang waras pastinya mahu sentiasa nampak bergaya dan menarik. Ini terutamanya apabila kaki melangkah keluar dari rumah.
Itu satu hakikat yang mungkin dinafikan ramai orang namun hakikatnya ia adalah satu naluri semula jadi.
Untuk nampak segak dan menarik pastinya seorang lelaki itu harus tahu selok-belok bagaimana ingin bergaya.
Dan dalam bergaya pula tidak boleh main ikut suka sahaja. Terdapat tiga faktor yang patut anda elak.
Trend lapuk
Seleksi pakaian yang terkini
Fesyen yang menarik bukan menjauhi orang lain
Selain menjadi pakaian semata apa yang anda pakai setiap hari boleh menjadi item fesyen yang sangat berharga terutama buat penampilan serta personaliti anda.
Namun tidak semua yang anda pakai itu boleh membuatkan anda nampak bergaya. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 perkara yang anda harus elak dalam berfesyen dan bergaya.
1) TERLALU BANYAK PERFUME
Ya, kita semua faham bahawa seorang lelaki itu harus sentiasa berbau wangi. Namun janganlah disebabkan alasan itu semburan minyak wangi yang dilakukan terlalu banyak. Apatah lagi jika memakai lebih dari satu campuran perfume. Ia hanya membuatkan orang lain sakit kepala dan menjauhi anda.
2) T-SHIRT BERLOGO BESAR
T-shirt merupakan baju yang sangat versatil yang boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian lain. Namun ada satu perkara yang tidak harus anda lakukan. Jangan sesekali memakai t-shirt dengan cetakan jenama yang terlalu besar. Ingat anda bukannya papan iklan gergasi bergerak.
3) SELUAR BERCETAK
Kekalkan dengan seluar yang standard. Usah jadi terlalu eksperimental dengan memakai jean bercetak jenama dengan banyak atau lebih teruk lagi ia dijahit sulam. Ia hanya menjadikan anda seolah terdesak untuk memakai pakaian berjenama.
4) KASUT VELCRO
Ini adalah a very big no! Siapa sahaja yang ingin ambil serius terhadap anda jika memakai kasut velcro seperti yang digunakan pelajar sekolah rendah. Iya, memang ia memudahkan namun jangan kerana velcro anda dipanggil budak sekolah.
5) DEEP V-NECK
T-shirt v-neck cukup sukar untuk digayakan. Apatah lagi jika anda seorang yang agak kurus. Ia hanya menonjolkan anda nampak lagi kurus berbanding diri anda sebenar. Apatah lagi kalau guna depp V-neck yang cutting lehernya lebih ke dalam.
6) TALI PINGGANG STUDDED
Anda sudah berusia 30-an? Jadi sudah tiba masanya anda tinggalkan imej rugged ala punk rock yang anda gemari suatu ketika dahulu. Antara aksesori yang perlu ‘dilepaskan’ adalah tali pinggang penuh dengan studded.
7) SANDAL BERSAMA STOKIN
Kesalahan besar dalam berfesyen yang diamalkan ramai warga yang sudah pencen. Jangan sesekali memakai stoking bersama dengan sandal. Tujuan sandal dicipta ialah untuk mengelakkan kaki berasa panas untuk tidak memakai kasut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.