Bagi penggemar fesyen gaya hidup kasual jenama UNIQLO pasti tidak asing lagi. Tampil dengan rekaan yang sentiasa relevan dengan pelbagai gaya, ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Apatah lagi dengan tawaran harganya yang berpatutan. Terbaru, UNIQLO memperkenalkan koleksi UT Collection Jason Polan dengan raikan legasi artis Amerika Syarikat tersebut.
Pada Januari tahun lalu, artis berpengaruh dari New York itu meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 37 tahun. Pemergiaannya cukup dirasai terutama di kalangan penggiat dan peminat seni.
Jason Polan
Kerjasasama antara UNIQLO dan Jason Polan juga bukanlah baru. Ia telah terjalin sejak tahun 2016 dengan memperkenalkan koleksi t-shirt UT Collection dengan tiga rekaan berbeza.
Koleksi terbaru ini pula menampilkan hasil seni Jason Polan yang dikatakan mampu menyerlahkan personaliti pemakainya.
Ads
ABADIKAN LEGASI
Pada tahun 2008, Jason mengabasikan larya lukisan jalanannya dengan mengambil cabaran melukis setiap orang yang tampil kepadanya di New York. Sesetengah lukisan itu kemudiannya diabadikan ke dalam koleksi eksklusif UT Collection UNIQLO.
Ads
Selai itu, UNIQLO turut melancarkan kempen ‘The World’s Biggest Drawing Club’ untuk raikan hasil seni Jason bersama-sama koleksi eksklusif terbaru ini. Ia bertujuan untuk mendorong orang ramai mempunyai minat melukis dan melakukan ekspresi diri. Kempen tersebut bakal menyaksikan acara melukis di Instagram rasmi UNNIQLO pada 27 Januari 2021, hari ulang tahun pemerfian Jason Polan.
Tali leher merupakan antara komponen aksesori pakaian yang paling penting buat seorang lelaki. Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada kemeja dan pemakaian kot atau blazer, selain menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi lelaki untuk pelbagai majlis.
Bukan itu sahaja, tali leher juga dianggap sebagai mewakili organisasi atau pertubuhan yang diwakili oleh sesetengah daripada anda.
Jadi bab memilih tali leher yang sesuai memang sangat penting. Itu belum lagi kita berceloteh tentang kepelbagaian teknik dan cara mengikat tali leher.
Sebagai lelaki, anda harus pandai memilih tali leher yang sesuai untuk diri sendiri. Ini tipnya.
Ukuran panjang
Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.
Saiz tali leher
Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.
Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.
Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat. Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.
Jenis ikatan
1. Dimple
Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.
2. Tie bar
Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju. Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan seluar jeans memang tidak boleh dipisahkan. Selain menjadi pakaian mesti ada dalam almari, ia juga tahan lasak, selesa dan sesuai dipadankan dalam apa jua gaya.
Dengan adanya pelbagai jenis potongan seluar jeans, sudah pasti anda rambang mata untuk memilih yang mana satu sesuai dengan bentuk badan.
Jika tersalah memilih potongan, bimbang akan mencacatkan penampilan sekali gus membuatkan gaya anda nampak serba tak kena.
Ini merupakan antara lima jenis potongan jeans yang sesuai untuk penggayaan seorang lelaki.
1. STRAIGHT CUT JEANS
Jenis jeans ini mempunyai potongan yang lurus dari bahagian aras pinggang hingga ke hujung kaki. Potongan ini sangat bersesuaian untuk lelaki yang inginkan gaya ringkas namun masih nampak bergaya. Ia sesuai dipakai oleh hampir semua lelaki tanpa mengira jenis kaki dan saiz tubuh si pemakai, selain memudahkan pergerakan. Jeans dengan potongan straight cut ini sesuai dipadankan denagn baju fit berlengan tiga suku ataupun baju berlengan panjang.
2. SKINNY JEANS
Potongannya agak ketat dari bahagian paha dan lutut hingga sedikit mengecil di bahagian buku lali. Penggayaan seluar jeans dari jenis ini boleh memberikan ilusi kaki yang tirus. Ia sesuai digayakan oleh lelaki yang menginginkan fesyen moden, malah nampak stylish jika dipadukan dengan t-shirt. Ia sesuai digayakan bagi lelaki yang langsing, kurus dan tidak mempunyai kaki yang besar. Bagi anda yang bersaiz besar, jangan sesekali cuba untuk menggayakan jeans jenis ini kerana ia tidak sesuai dengan tubuh anda.
3. SLIM FIT JEANS
Jeans jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki. Potongannya seakan-akan potongan skinny jeans namun tidak menunjukkan bentuk kaki yang terlalu ketat. Potongan jeans jenis slim fit ini sesuai dipadankan dengan kemeja untuk gaya ‘smart’.
4. BOOTCUT JEANS
Ia merupakan potongan seluar yang memiliki potongan yang rata dan sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali. Potongan yang sedikit lebar ini akan menampakkan anda lebih kurus dan tinggi. Ia sesuai digayakan oleh semua bentuk badan. Anda akan nampak lebih segak jika menggayakan potongan jeans ini bersama boots.
5. RELAXED CUT
Potongan jeans ini tidak mencengkam paha dan betis kerana ia longgar dari bahagian pinggang hingga ke bahagian kaki. Potongan jeans ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berbadan gempal kerana potongan jeans ini menyediakan banyak ruang di bahagian paha, kaki dan punggung. Lelaki kurus harus elak menggayakan seluar jeans jenis ini kerana ia akan menampakkan kaki kurus anda kelihatan gemuk.
Selain memilih potongan, anda juga perlu mempertimbangkan dua perkara penting ini ketika ingin membeli jeans. Dua perkara penting itu ialah:
1. Jenis pinggang seluar jeans
Ukuran yang diambil dari kelangkang ke bahagian atas pinggang. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu high rise, medium/mid rise dan low rise
a. High rise – Seluar jenis ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat. b. Medium or mid rise – Seluar jenis ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka memasukkan baju ke dalam seluar. c. Low rise – Seluar jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya ia mempunyai butang di bawah perut.
2. Saiz seluar
Ukuran jeans merujuk kepada dua ukuran. Contoh saiz: 27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki).
Sebut sahaja tentang Levi’s pasti ramai di antara anda sudah terbayang akan legasi pakaian denim yang dibawa oleh jenama ini.
Malah tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa setiap lelaki pasti pernah memiliki sepasang seluar jean Levi’s.
Seiring dengan perkembangan fesyen semasa, Levi’s dilihat telah melakukan pelbagai inovasi dan pembaharuan dalam rekaannya. Tidak hanya bergantung kepada seleksi denim klasiknya, Levi’s sentiasa menampilkan idea-idea baru untuk menarik generasi lebih muda.
Terbaru, Levi’s menerusi Safilo Group Malaysia memperkenalkan siri eyewear yang pertama.
Pelancaran yang berlangsung pusat membeli-belah berprestij, Pavilion KL, koleksi eyewear Levi’s ini merupakan seleksi dari SS2020 Levi’s Eyewear Collection.
Pada majlis pelancaran tersebut Levi’s bersama-sama Safilo Group meraikan kerjasama mereka dengan penghargaan inspirasi dengan menampilkan bersama pertunjukan fesyen.
Terhasil dengan rekaan yang lebih straight forward, koleksi eyewear yang diperkenalkan ini juga menawarkan keselesaan dan fungsi maksima.
Dengan menggunakan warna-warna denim seperti biru, hitam dan kelabu ia memberikan sentuhan yang cukup berbeza buat koleksi eyewear.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.