Pasti berangan nak jadi lelaki perfect bak Fatah Amin,Awal Ashaari, Alif Aziz, Zul Ariffin dan lelaki-lelaki kacak lain umpama hero-hero di televisyen! Bukan apa, kadang-kadang orang lelaki noob sikit bab penjagaan diri. Sebab itulah ada diantara tampil agak selekeh dan berfesyen entah apa-apa.

Anda tidak akan boleh menarik perhatian si dia hanya dengan mengingati untuk memberus gigi. Apa yang benar-benar penting bagi mereka adalah impresi pertama apabila mereka melihat anda. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan.

Di sini ada 6 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.

1. Guna Set Penjagaan Wajah Yang Sesuai Dengan Kulit

Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab.  Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja dengan pasangan.

2. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening

Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.

Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.

IKLAN

3. Fokus pada gigi

Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!

4. Bersenam dan diet

Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan makan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk beriadah atau bersenam. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple, lagi seronok bersenam bersama kesayangan kan.

IKLAN

5. Gaya rambut

Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!

6. Kedutan sekitar mata

Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Isteri terutamanya sila ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.

IKLAN

 7. Kuku jangan lupa

Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.

 

Selamat mencuba.