Hai apa khabar semua? Di tempat kerja lama aku dulu, aku ada seorang kawan yang mengaku dia adalah seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia sound aku cakap “Hey Faizal, real men don’t watch Twilight!”.
Jadi jika aku bukan ‘real men’ ataupun lelaki sejati, kategori lelaki apakah aku ini?
Dia cakap aku ni lelaki metroseksual. Apakah itu lelaki metroseksual?
Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud “seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka”.
Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual.
Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.
Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas:
“Seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka”.
Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri.
Janggut tak shave, rambut tidak disisir rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan.
Ads
Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur.
Minyak rambut malam tadi pun masih intact. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.
Anda ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.
Anda membawa beg tangan lelaki ataupun ‘manbag’ ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli.
Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.
Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita.
Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung Hana Tajima, membuat kek red velvet mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.
Ads
Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men’s Vogue.
Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut Maniam.
Syampu pun pakai Vidal Sassoon. Eh ada lagi ke syampu tu? Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.
7Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri.
In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit.
Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.
Ads
Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air.
Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L’Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.
Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Real Housewives of New Jersey.
Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi “cet cet” di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti “Hai Bang Long, meh la saya belanja air Zappel”.
Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat pandangan berahi daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.
Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual.
Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual.
Well, as long as you don’t gargle some other man’s ball in your mouth, that is.
Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
PUTRAJAYA, 22 Mei — Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata mengikut SOP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.
“Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 (tengah malam) dah jadi 25 haribulan, dan dia nak beraya lagi esok tu, jadi salah dari segi SOP,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.
Bila sebut tentang konsert jelajah, ramai bayangkan pentas megah, sorakan peminat dan dentuman speaker di stadium terbuka. Tapi untuk legenda rock tanah air, Wings, pentas kali ini bakal berada di lokasi yang cukup luar biasa iaitu di penjara!
Ya, anda tidak tersalah dengar. Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan kumpulan ini, vokalis ikonik Datuk Awie mengumumkan perancangan sebuah siri jelajah konsert dalam penjara di seluruh negara. Ia merupakan satu idea yang bukan sahaja di luar kotak, malah penuh nilai kemanusiaan dan keberanian.
“Kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah tapi kali ini bukan di tempat terbuka tetapi di penjara. Perkara ini sudah pun dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sudah pun bersetuju dan suka dengan projek ini dan mahu projek ini direalisasikan. Ini adalah sesuatu yang orang lain tidak fikirkan,” jelas Awie.
Konsert ini bukan sekadar mahu memecah sunyi dinding penjara dengan irama rock. Sebaliknya, ia menjadi satu bentuk terapi jiwa dan motivasi untuk para banduan – ramai antara mereka yang membesar dengan muzik Wings.
“Niat kami hanyalah untuk memberikan keriangan kepada mereka di dalam sana. Mereka hanya duduk di dalam sel dan tidak melihat apa yang berlaku di luar bertahun-tahun.
“Jadi, apalah salahnya kami memberikan sedikit hiburan agar mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman,” kata Awie, penuh ikhlas.
Konsert ini bakal dijalankan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Wings dengan kerjasama Rumah Produksi Merah. Ia tidak melibatkan penjualan tiket dan memerlukan sokongan penaja bagi menjayakannya sepenuhnya.
“Saya harap anda semua dapat uar-uarkan perkara baik ini supaya kita mendapat sokongan daripada pihak penaja. Ini adalah program kebajikan. Sebaik sahaja ada penaja, kita akan teruskan projek ini,” tambahnya.
Sehingga kini, lebih 40 penjara di seluruh Malaysia telah diluluskan sebagai lokasi potensi, namun pemilihan akhir akan bergantung kepada bajet semasa. Jika perlu disaring, satu penjara di setiap negeri akan menjadi destinasi, dengan Penjara Kajang sebagai pembuka tirai.
Buat para lelaki yang membesar dengan era rock 90-an, inisiatif ini bukan sekadar nostalgia — ia adalah bukti bahawa muzik masih menjadi bahasa paling ampuh untuk menyampaikan mesej, menyentuh hati, dan menyatukan jiwa manusia tanpa mengira latar.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.