Kesihatan lelaki bukan hanya tertumpu pada fizikal semata-mata, namun ia turut mempengaruhi nilai kecergasan juga tahap kebolehan seseorang lelaki itu dalam perihal reproduktif. Apabila berbicara mengenai masalah mati pucuk, kemandulan rata-rata lelaki akan berpaling dan menyalahkan kaum wanita, terlalu ego dan malu untuk berjumpa pakar, akhirnya rumah tangga derita menanti retak. Bersama Dr Say Shazril berbicara santai mengenai isu yang punya kaitan rapat dengan gaya hidup sihat lelaki yang sering kali dipandang remeh ini.
Nilai persefahaman dari kedua-dua pihak sama ada isteri atau suami amat diperlukan dalam usaha untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka. Pasangan suami isteri perlu datang bersama-sama untuk menemui doktor walaupun ini mungkin mengancam ego dan menyinggung maruah sama ada kelakian atau kekurangan pada diri sendiri tidak kira suami atau isteri. Masalah kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang telah lama berkahwin atau ada anak.
LELAKI CUKUP EGO BILA BERBICARA MENGENAI ISU KESUBURAN MEREKA, PANDANGAN DR SAY MENGENAI ISU INI?
“Masalah kesuburan boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka “subur” dan berjaya mendapatkan anak. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini. Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala, ada juga lelaki langsung tiada sperma selepas mempunyai 2 atau 3 zuriat.
“Kebanyakan daripada kaum lelaki yang mandul mempunyai sperma yang kelihatan tidak normal atau cacat dan ada pula yang mempunyai sperma yang tidak berfungsi atau beraksi dengan baik. Boleh dikatakan sebanyak 25% daripada kaum lelaki yang mandul mempunyai sperma yang kelihatan normal?
Ads
“Sudah tiba masanya untuk lelaki mengetahui berkenaan seksual mereka. Tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri mampu menjernihkan hubungan dengan pasangan. Kadangkala, kesunyian dalam kehidupan perkahwinan boleh menyebabkan berlakunya kehancuran rumah tangga.”
LEBIH PERCAYA PADA YANG TRADISIONAL
“Lelaki hanya akan berjumpa doktor apabila dia betul-betul sakit atau terpaksa. Tetapi, mereka agak terbuka bagi mendapatkan rawatan secara sendiri ataupun daripada individu yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat di tepi jalan, ataupun mencuba ubat daripada kawan-kawan. Lebih-lebih lagi, apabila mereka fikir masalah mereka itu perkara peribadi dan sukar hendak berbincang dengan orang yang tidak dikenali kecuali kawan rapat.
Ads
“Bukanlah menghalang mereka dari mencuba suatu yang bersifat tradisional, sebaliknya ia hendaklah disusuli suatu yang bersifat ilmiah. Jika cara itu tidak berjaya sekurangnya mereka ada alternatif yang lebih selamat.
“Saya lihat kemudahan bagi pengendalian kesihatan lelaki kini sudah dipertingkatkan. Doktor juga semakin peka dengan psikologi lelaki dan boleh memberi khidmat.”
Ads
LAMBAT KESAN RUPANYA MATI PUCUK?
“Ada lelaki dia hanya akan berdiam diri jika masalah ini hanya datang sesekali sahaja, anggap tiada masalah, tetapi bila dah melibatkan kedua belah pihak baru rasa menyesal. Sebagai contoh bila alami masalah mati pucuk, lelaki akan berasa sangat rendah diri yang akhirnya akan membawa kepada tekanan dan menambah keterukan mati pucuk itu sendiri. Hubungan bersama isteri dan harmoni antara suami isteri juga boleh terjejas.
“Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mati pucuk termasuk penyakit-penyakit kronik. Pencegahan daripada mendapat penyakit-penyakit kronik tersebut melalui amalan hidup yang sihat dan seimbang merupakan antara langkah pencegahan yang bijak dan mampu mengurangkan risiko daripada mengalami mati pucuk pada usia yang muda. Elakkan daripada merokok dan kekalkan berat badan yang ideal.
“Penyakit ini adalah penyakit paling jarang jarang diperkatakan oleh pesakit itu sendiri. Pesakit harus berfikiran terbuka dan datang mendapatkan pandangan dan rawatan yang tepat daripada pihak doktor. Rawatan mati pucuk tidak hanya bergantung pada ubat-ubatan, tetapi bermula pada individu itu sendiri dalam mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengawal penyakit kronik yang telah sedia ada.”
LEBIH LANJUT DAPATKAN MASKULIN EDISI MEI 2018 DI PASARAN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin ramai di ahtara anda memasang azam untuk menurunkan berat badan terutamanya pada tempoh bulan-bulan terawal tahun baru. Siapa tidak mahu mempunyai berat badan yang ideal, bukan?
Namun setiap orang mempunyai kadar penurunan yang berbeza dan ia banyak bergantung kepada kadar metabolisma badan. Jika anda mempunyai metabolisma rendah usaha itu harus dilakukan lebih sedikit.
Tapi bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mempunyai metabolisma tinggi atau rendah? Berikut merupakan beberapa petanda anda mempunyai metabolisma rendah.
1. Berat mudah naik
Oleh kerana proses metabolisme adalah proses badan menukarkan apa yang kita makan dan minum menjadi tenaga, kadar metabolisme yang rendah akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana badan kita melakukan proses penghasilan tenaga tadi secara lebih perlahan. Apabila itu berlaku, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.
2. Mudah penat
Individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah juga mempunyai masalah mudah letih dan penat. Selain itu, simptom tersebut juga mampu menunjukkan berlakunya penurunan sel darah merah kerana kekurangan zat besi dan vitamin, yang akan menyebabkan kelihatan dan kadar metabolisme rendah.
3. Berat susah turun
Walaupun berat badan sangat bergantung kepada jumlah kalori yang diambil, dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil tiba-tiba akan menyebabkan kadar metabolisme badan kita menurun, kerana badan bertindak balas menyimpan kalori sebagai tenaga. Apabila metabolisme rendah, badan kita akan lebih sukar menurukan beratnya.
4. Kulit kering dan merekah
Hormon yang sama membantu kelembapan kulit dan kuku juga sama dengan hormon yang mengawal kadar metabolisme. Ketidakseimbangan dapat dilihat pada kesihatan kulit dan kuku. Kulit yang kering, gatal atau berminyak, serta masalah jerawat menunjukkan kadar metabolisme seseorang bermasalah.
5. Rambut gugur
Rambut memerlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh semula. Jika kadar metabolisme yang rendah memberi kesan pada nutrien rambut, rambut akan mengalami masalah keguguran ataupun menjadi kering dan kusam. Apabila itu berlaku, itu juga adalah tanda kadar metabolisme yang rendah.
6. Mudah berasa sejuk
Ada diantara kita yang badannya mudah berasa sejuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai simptom sedemikian, besar kemungkinan anda mempunyai kadar metabolisme lebih rendah perhatikan simptom-simptom lain dalam senarai ini, bagi menjelaskan lagi situasi anda.
7. Kurang fleksibel
Badan kita mempunyai sistem imunisasi yang sangat bergantung dengan kadar metabolisme kita.. Apabila badan kita menjadi lemah, cecair lebih mudah berkumpula pada bahagian sendiri dan otot, yang akan menyebabkan rasa tegang, lemah atau sakit pada bahagian itu.
8. Sentiasa mahukan gula
Badan kita akan menghantar isyarat pada kita, apabila kandungan gula rendah dalam badan kita. Ini dikawal oleh kelenjar adrenal kita yang mengawasi sistem metabolisme badan kita. Apabila kelenjar adrena badan kita gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kita rasa mahu makanan atau minuman bergula akibat rasa letih, itu petanda sistem metabolisme kita rendahl.
9. Sukar fokus
Kadar metabolisme yang rendah sebenarnya memberikan kesan yang besar pada kadar konsentrasi kita. Bagaimana otak kita berfungsi, daya kita bertindak balas dan membuat keputusan, semuanya bergantung dengan kadar metabolisme kita juga.
10. Mudah sakit kepala
Kerap rasa sakit kepala atau pening merupakan simptom yang mungkin berpunca daripada kelenjar tiroid kita yang kurang aktif akibat rendah kadar metabolisme. Pengeluaran tidak seimbang hormon kortisol yang mengawal kadar stres pada seseorang, disebabkan oleh kadar metabolisme yang tidak sekata juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami masalah migrain. Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah kadar metabolisme rendah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengar cerita Marvel Studio akan lancarkan semula filem ‘Avengers: Endgame’ dengan menambah sedikit babak after kredit yang baru?
Wah, nampaknya team pemasaran Marvel Studio benar-benar ingin menjadikan filem ini seagai yang terlaris dalam sejarah. Dilaporkan juga ia kini sudah tidak jauh berbanding dengan filem terlaris sebelum ini iaitu ‘Avatar’.
Pemergian Tony Stark selaku Iron Man dan Steve Rodgers sebagai Captain America pastinya sangat dirasai. Sebagai sebuah tribute, MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman yang mampu anda buat untuk dapatkan lengan, otot bisep dan trisep seperti Captain America.
Nak tahu bagaimana?
Bertenang, relaks dan tarik nafas serta ikuti step di bawah! Avengers, assemble!
1. Curls
Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan. Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada.
Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.
Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan. Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.
3. Push up
Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.
4. Angkat lengan & kaki arah berlawanan
Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.
5. Triceps down dog
Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat meudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.
Bagaimana, anda rasa boleh cuba senamam di atas? Untuk pengetahuan anda selain dapat melatih kekuatan otot, ia juga berguna dalam untuk menurunkan risiko terjadinya penyakit kronik seperti osteoporosis, arthritis, sakit punggung, dan bahkan depresi. Tapi jangan lupa juga untuk seimbangkan senaman dengan diet yang seimbang dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini saya kongsikan sedikit sebab kenapa lelaki berusia lebih hot, harap pembaca enjoy membaca ?
1. Seorang lelaki yang matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Semenatara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu.
2. Seorang lelaki yang matang akan memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai “life in the moment” dan lebih memikirkan keseronokan sementara.
3. Lelaki yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting.
4. Lelaki yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!
5. Lelaki yang matang tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial.
6. Lelaki matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian.
7. Bagi lelaki matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.