Penggunaan kereta menggunakan eletrik dianggap cukup signifikan dalam penggunaan tenaga bahan api lebih minimal. Melihatkan perkebangan lebih positif, BMW Group Malaysia dengan kerjasama Tian Siang Premium Auto telah mendirikan tiga fasiliti BMW i Charging yang baharu di Pulau Pinang.
Tiga fasiliti tersebut terletak di The Prestige Hotel, George Town dan Light Hotel, Seberang Jaya.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “Kami telah bekerja rapat dengan jaringan wakil pengedar kami serta para pemegang tara yang utama menjelang perungkaian BMW i pada tahun 2015 untuk memastikan infrastruktur pengecasan yang dikehendaki dapat disediakan bagi menggiatkan penerimagunaan mobiliti elektro di dalam negara.
“Kami di BMW juga percaya bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik dan tanggungjawab untuk memacu mobiliti berelektrik ke hadapan di Malaysia adalah tanggungjawab yang harus dipikul bersama, termasuk rakan pengedar kami seperti Tian Siang Premium Auto.”
RANGKAIAN LEBIH MELUAS
Manakala Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto, Tan Ka Kin, pula berkata, “Tiga fasiliti BMW i Charging yang baharu menyusuli sepuluh fasiliti sedia ada yang kami telah perkenalkan sebelum ini di Ipoh dan Pulau Pinang.
“Sementara kami melanjutkan usaha penyebarluasan rangkaian infrastruktur pengecasan di negeri-negeri ini, kami juga berharap agar keyakinan terhadap mobiliti berelektrik akan terus meningkat dalam kalangan orang ramai.”
Pengurus Besar The Light Hotel, Raj Kumar, turut berkongsi sentimen mengenai trend penerimagunaan kenderaan elektrik ini, tambah beliau, “Waktu ini adalah amat sempurna bagi hotel kami untuk memudahkan peralihan gaya hidup generasi masa kini. Dengan membekalkan fasiliti BMW i Charging di sini, kami berharap ia dapat menarik tetamu dan prospek perniagaan yang mementingkan amalan lestari demi kesejahteraan alam sekitar kita.”
KOMITMEN BMW
Melvin Ooi, Pengurus Besar The Prestige Hotel juga berasa teruja dengan kolaborasi yang dijalin ini kerana ia membantu menunaikan permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna terhadap infrastruktur pengecasan.
Tian Siang Premium Auto sebelum ini telah memperkenalkan fasiliti-fasiliti BMW i Charging di Ipoh yang terletak di WEIL Hotel dan Banjaran Hotsprings Retreat, serta Pulau Pinang di Gurney Paragon Mall dan Iconic Hotel.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk menggiatkan penerimagunaan mobiliti elektro di Malaysia yang selari dengan matlamat elektrifikasi negara ini bagi tahun 2022.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI