Serba tak kena jadinya bila mata kita diserang ketumbit. Bercampur-campur rasanya sekejap gatal sekejap pedih. Sedih pun ada bila orang sekeliling asyik mengusik dan kata yang bukan-bukan.
Tapi sebenarnya, ketumbit adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bukanlah sebab mengintai atau mengendap ya. Menurut sebuah artikel, Dr Muhaya menjelaskan bahawa biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
APAKAH KETUMBIT?
Menurut laman web kesihatan WebMD, terdapat dua jenis ketumbit yang biasa terjadi iaitu:
Stye: Jangkitan kuman yang berpunca pada akar bulu mata (folikel). Ketumbit jenis ini berlaku di pinggir kelopak mata. Jika ia terdapat di dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum dan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelopak mata. Ketumbit jenis ini adalah agak menyakitkan, tetapi ia cepat sembuh dalam masa seminggu.
Chalazion: Timbulnya sejenis benjolan pada kelopak mata. Biasanya ia lebih besar berbanding ‘stye’ tetapi ia tidak menyakitkan. Ia adalah keradangan yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar. Dalam sesetengah kes, ‘stye’ boleh menjadi ‘chalazion’. Ketumbit jenis ini boleh berlanjutan hingga sebulan atau lebih. Apabila seseorang mengalami ketumbit, ia akan turut diiringi dengan gejala lain seperti mata berair, gatal, sensitif, dan bengkak atau kemerahan pada kelopak mata. Namun anda tak perlu risau kerana ia tidak merbahaya dan tidak mudah berjangkit.
Lazimnya, ketumbit boleh pulih dengan sendirinya. Ada beberapa cara menghilangkan ketumbit yang boleh anda lakukan di rumah. jenis ketumbit, punca ketumbit, cara rawat ketumbit, petua hilangkan ketumbit, petua rawat ketumbit, Stye (kiri) dan Chalazion (kanan)
Ads
Berikut adalah cara menghilangkan ketumbit yang boleh dicuba:
1. BERSIHKAN
Langkah pertama yang boleh anda lakukan apabila terkena ketumbit adalah dengan membersihkan bahagian kelopak mata dengan kerap menggunakan air bersih. Untuk penjagaan kebersihan yang lebih rapi, anda boleh menggunakan putik kapas dan ‘mild shampoo’ seperti syampu bayi yang tidak memedihkan untuk membersihkan kelopak mata anda dan bahagian bulu mata sekitarnya.
2. TUAMAN PANAS
Cara paling selamat dan berkesan untuk melegakan ketumbit adalah dengan tuaman air yang sederhana panas. Cara ini juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi. Rendamkan kain dalam air suam dan kompreskan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. Pastikan kain yang anda gunakan bersih ya.
3. SUDU
Selain menggunakan tuaman air panas tadi, anda juga boleh menggunakan sudu untuk dituam pada mata. Caranya, rendamkan sudu tadi dalam air suam dan rasa kepanasannya agar tidak terlalu panas. Agak-agak selesa, bolehlah dituamkan pada bahagian mata yang terkena ketumbit tadi. Tuamkan sekitar 3 minit setiap kali.
4. UNCANG TEH HIJAU
Ads
Selain menuam dengan air panas, anda boleh cuba menuam mata dengan uncang teh hijau. Selain melegakan rasa tidak selesa, teh hijau mengandungi asid tanik yang membantu melindungi daripada jangkitan. Caranya, rendamkan uncang teh hijau ke dalam air panas. Selepas 5 minit, angkat dan keluarkan lebihan air pada uncang teh. Jika ia terlalu panas, tunggu sebentar sebelum meletakkannya pada mata. Bila suhunya sesuai, biarkan pada mata selama 5 minit. Lakukan beberapa kali sehari.
5. DAUN SIRIH
Ambil beberapa helai daun sirih dan bersihkan. Kemudian, panaskan sedikit di atas api atau badan cerek dan tekapkan pada mata ketumbit. Satu lagi cara, rebuskan daun sirih hingga mendidih. Angkat daun sirih tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Guna air perahan ini untuk membersihkan mata yang ketumbit.
6. GARAM
Satu lagi petua yang dikatakan dapat menyurutkan ketumbit dengan cepat adalah dengan menambahkan garam pada tuaman.
Ads
Mudah saja, bubuhkan sedikit garam pada air panas / suam yang akan digunakan untuk tuaman. Selepas ia melarut, celupkan tuala bersih dan perah airnya. Boleh juga gunakan kapas. Tuamkan 2-3 minit pada ketumbit. Lakukan 3 atau 4 kali sehari.
7. CUKA EPAL
Selain garam, anda boleh juga cuba menggunakan cuka epal (apple cider vinegar) dengan cara yang sama. Namun, elak menggunakan cuka kepada kanak-kanak kerana ia agak ‘kuat’. Pastikan cuka epal ini dilarutkan terlebih dahulu supaya asidnya tidak terlalu kuat.
Selain itu, bagi orang dewasa, anda boleh meminum sesudu cuka epal yang dilarutkan dalam air suam untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
8. BAWANG PUTIH
Antara cara menghilangkan ketumbit paling popular di kalangan orang lama adalah menggunakan bawang putih kerana ia dipercayai mengandungi ciri anti radang. Namun, cara ini akan memedihkan sedikit. Maka, tidak sesuai kalau dilakukan pada kanak-kanak.
Caranya, ambil seulas bawang putih dan guris sedikit bahagian hujungnya dengan pisau agar keluar jusnya. Sapukan pada kelopak mata yang berketumbit sebanyak 3 kali sehari. Ia dikatakan berkesan sekiranya bengkak ketumbit baru nak ‘naik’ dan belum membesar. Apa pun, berhati-hatilah dan pastikan kebersihan tetap diutamakan.
DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA IA BERLARUTAN
Jika ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan ubat krim antibiotik di farmasi atau klinik terutamanya jika anak kecil menunjukkan ketidakselesaan. Yang penting, jangan cuba pecahkan ketumbit ini sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak. Sementara itu, elakkan memakai sebarang ‘make-up’ pada bahagian mata atau ‘contact lense’ kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bertambah teruk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Air berkarbonat atau lebih dikenali sebagai air bergas sering menjadi pilihan ramai, terutama ketika cuaca panas atau selepas makan.
Namun, tabiat mengambil minuman ini setiap hari boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan.
Mari kita lihat apa yang berlaku apabila seseorang terlalu kerap menikmati air berkarbonat.
Risiko Kenaikan Berat Badan
Foto : Iluminasi
Kebanyakan air berkarbonat mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.
Setiap tin boleh mengandungi sehingga 7–10 sudu teh gula!
Pengambilan gula berlebihan ini menyebabkan kalori meningkat, seterusnya menyumbang kepada kenaikan berat badan dan obesiti jika diamalkan secara berterusan.
Merosakkan Gigi dan Gusi
Asid fosforik dan gula dalam air berkarbonat boleh merosakkan lapisan enamel gigi.
Ini boleh menyebabkan gigi menjadi sensitif, mudah berlubang dan gusi berdarah.
Ramai yang tidak sedar, kerosakan gigi akibat air bergula boleh berlaku dalam diam tanpa disedari.
Foto : mStar
Gangguan Sistem Pencernaan
Minuman bergas mengandungi karbon dioksida yang boleh menyebabkan perut kembung, sendawa berlebihan, dan rasa tidak selesa.
Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, pengambilan air berkarbonat boleh memburukkan lagi keadaan.
Risiko Diabetes Jenis 2
Gula berlebihan dalam minuman ini turut dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap diabetes jenis 2.
Kajian menunjukkan, individu yang minum minuman bergula setiap hari mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kawalan gula dalam darah.
Minuman berkarbonat sering membuatkan seseorang merasa ‘ketagih’ kerana kandungan kafein (dalam sesetengah jenama) serta kombinasi gula dan gas yang memberi rasa menyegarkan.
Akibatnya, ramai yang sukar untuk berhenti walaupun tahu kesan negatifnya.
Daripada menjadikan air berkarbonat sebagai minuman harian, lebih baik gantikannya dengan air kosong, air kelapa muda, atau jus buah segar tanpa gula tambahan.
Anda juga boleh mencuba air berperisa semulajadi seperti air detoks yang dicampur dengan hirisan lemon, timun, atau daun pudina.
Minum air berkarbonat sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan yang besar, tetapi menjadikannya sebagai amalan harian boleh membawa padah.
Sayangi tubuh anda dengan membuat pilihan yang lebih sihat setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah alasan yang membuatkan seseorang itu tidak membersihkan wajah sebelum tidur? Jawapannya malas, letih. Seharusnya anda perlu tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak.
Alasan wajah perlu dibersihkan
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh. Balik ke rumah, bukan sahaja tidak mandi malah wajah langsung tidak dibersihkan. Jangan amalkan rutin ini, seharusnya anda perlu bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima alasan anda perlu tahu.
1.Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
2. Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat.Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!.
3. Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
4. Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHAdan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal lebih baik daripada langsung tidak melakukannya.
[/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”In Between Link” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]