Tahniah buat Remy Ishak dan Ashraf Muslim kini bergelar Datuk!
Pada sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam ahad lepas, dua bintang besar industri hiburan Malaysia, Remy Ishak dan Ashraf Muslim, telah menerima penghargaan tertinggi atas sumbangan mereka dalam dunia seni.
Acara penuh gemilang ini menyaksikan kedua-dua pelakon tersebut dianugerahkan Darjah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, yang merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan oleh negeri Melaka.
Remy Ishak dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
Remy Ishak, atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Ads
Remy Ishak dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
Penerimaan anugerah ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjaya beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mengejar impian mereka. Ketika ditemui oleh pemberita, Remy menyatakan rasa terharu dan terkejut kerana terpilih untuk menerima anugerah berprestij ini.
Ashraf Muslim dianugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T)
Sementara itu, Ashraf Muslim turut diraikan dengan penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), satu pengiktirafan yang mengiktiraf jasa dan sumbangannya dalam dunia seni.
Ads
Ashraf Muslim dianugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T)
Ashraf, yang telah menceburi industri hiburan selama hampir dua dekad, melihat anugerah ini sebagai satu ganjaran besar atas segala usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
Bila bercakap tentang inudstri autonmotif kebiasaannya kita akan terus terbayangkan teknologi dari negara-negara Eropah, Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan juga China.
Namun berbeza dengan kereta sport terbaru yang cukup tular diperkatakan oleh warga antarabangsa. Quds Rise merupakan kereta sport terkini yang dihasilkan di negara Lubnan. Lebih menarik, syarikat yang membangunkan dan mengeluarkan kereta sport berwarna merah ini merupakan seorang usahawan berketurunan Palestin yang menjadi warganegara Lubnan.
Walaupun Lubnan berdepan krisis ekonomi yang cukup meruncing, ia tidak menghalang ahli perniagaan, Jihad Mohammad yang berusia 50 tahun mengeluarkan kereta sport tersebut menerusi syarikatnya, EV Electra.
Apa yang mengagumkan juga, kereta sport tersebut merupakan kereta elektrik. Quds Rise mula dipertontonkan kepada khalayak umum pada Sabtu lalu di sebuah tempat letak kenderaan bergampiran Selatan Beirut.
Kereta sport ini diberi nama Quds Rise. Ia membawa maksud ‘Quds’ dalam bahasa Arab merujuk kepada Baitulmuqaddis. Secara tidak langsung menjadi simbol kebangkitan Baitulmuqaddis dalam bahasa Melayu dan merupakan satu cetusan idea daripada ahli perniagaan tersebut.
Bahagian hadapan dihiasi dengan logo keemasan bangunan Dome of Rock atau kubah batu atau Qubbat As-Sakhrah dibina pada zaman dinasti Umayyah antara tahun 691 dan 715 yang terletak dalam pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
Dipfahamkan kereta sport ini dijual pada harga AS$30,000 (RM122,925). Antara fakta menariknya ialah ia mampu mencapai kelajuan sehingga 180 kilometer sejam, Sebanyak 10,000 unit bakal dikeluarkan lewat tahun ini. Syarikat EV Electra juga merupakan syarikat pertama dalam Arab yang akan mengeluarkan kereta sport elektrik.
Menurut laporan AFP, Mohammad berkata beliau menubuhkan syarikat EV Electra empat tahun lalu di Lubnan selepas tinggal selama beberapa tahun di luar negara dan menggaji 300 kakitangan termasuk jurutera Palestin dan Lubnan dan proses menghasilkan kenderaan berkenaan.
Beliau yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya itu dilaporkan berkata, harga keretanya itu adalah yang paling murah di dunia dan hanya sejumlah kecil orang sahaja yang mungkin mimpi untuk memandu sebuah kenderaan elektrik pada harga tersebut.
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan syarikat itu di Beirut pula dilaporkan membina enjin dan baterinya. Dia juga menyasarkan kereta ini dapat memasuki pasaran Eropah pada lewat tahun ini.
Sumber & Foto: AFP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sabah hari ini diselubungi kedukaan dengan pemergian salah seorang pemimpin yang paling lantang dan berani memperjuangkan hak serta kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Pemergian Allahyarham yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, meninggalkan ruang besar dalam landskap politik negeri itu. Nama Bung Moktar Radin sinonim dengan perjuangan rakyat Sabah dan keberanian beliau menegakkan keadilan tanpa gentar.
Allahyarham Bung Moktar Radin, yang sinonim dengan laungan keramat “Radu Tatap Radu” atau “Lawan Tetap Lawan”, dikenali sebagai figura politik yang tidak pernah gentar menyuarakan isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah.
Kelantangan beliau merentasi isu asas kehidupan rakyat, daripada masalah infrastruktur, bekalan air bersih, jalan raya, sehinggalah kepada peluang ekonomi di luar bandar.
Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pendidikan, memiliki Ijazah Sarjana Falsafah (Analisis Polisi dan Keselamatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjalanan kerjaya dan pentadbiran Bung Moktar Radin adalah luas dan strategik. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam (Jabatan Hal Ehwal Khas Sandakan, MARA Sandakan) sebelum beralih ke arena politik.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal berturut-turut, bermula pada PRU-10, November 1999. Sepanjang khidmatnya, Bung Moktar Radin terkenal sebagai wakil rakyat yang tegas dan vokal membangkitkan isu-isu Sabah di Parlimen.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 (2020), beliau memenangi kerusi DUN Lamag dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi DUN Lamag dalam PRN Sabah Ke-17 baru-baru ini, membuktikan kepercayaan rakyat terhadap Bung Moktar Radin tidak pernah luntur.
Selain mengetuai UMNO dan BN Sabah, beliau turut pernah memegang jawatan penting seperti Pengerusi FELCRA dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA). Dalam setiap peranan, Bung Moktar Radin menekankan tanggungjawab terhadap pembangunan rakyat dan negeri Sabah.
Pemergian beliau telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, terutamanya buat rakan seperjuangannya di gelanggang politik. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Allahyarham sebagai pahlawan politik sebenar. Dalam catatan media sosialnya, beliau menulis:
“Tiada apa yang mampu diluahkan. Dalam hati kami, kamu masih hero kami… Alfatihah kepada seorang pejuang.” (In our hearts, you are still a hero to us… Alfatihah to a fighter).
Barisan kepimpinan negara turut merakamkan ucapan takziah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Datuk Seri Mohamad Sabu pula menghargai khidmat bakti Allahyarham selama puluhan tahun, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan berharap roh beliau ditempatkan bersama para siddiqin.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.
Pemergian Bung Moktar Radin adalah kehilangan yang amat besar buat rakyat Sabah dan dunia politik Malaysia. Namun, legasi keberanian, kelantangan, dan komitmen beliau terhadap rakyat Sabah akan terus kekal sebagai inspirasi buat generasi baharu.
“Radu Tatap Radu” bukan sekadar slogan, ia adalah semangat perjuangan yang akan terus hidup dalam hati rakyat yang pernah merasai jasa dan suara lantang Bung Moktar Radin.
Al-Fatihah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.