Foto: Instagram @remyishak

Siapa sangka pada usia 43 tahun, pesona Datuk Remy Ishak sebagai ‘Hero Malaya’ masih utuh di mata peminat.

Gelaran ‘Hero Malaya yang sering dikaitkan dengannya bukan sekadar kerana ketampanan atau aura layar perak, tetapi lahir daripada kematangan jiwa, dedikasi dan konsistensi seni yang jarang goyah.

Melihat seiring usia, langkah seninya juga semakin lebib fokus. Jika suatu ketika dahulu apa sahaja watak diterima tanpa banyak soal, kini pemilihannya lebih teliti, penuh pertimbangan dan sarat makna.

“Saya rasa sekarang inilah waktunya untuk memilih watak yang benar-benar terbaik untuk disampaikan kepada masyarakat. Sama ada pembantu atau utama, setiap karakter itu ada nilai.”

Bagi pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak, lakonan bukan sekadar hiburan kosong. Ia adalah medium pendidikan dan refleksi realiti kehidupan.

Justeru, beliau lebih cenderung memilih karya bersifat universal, realistik, serta meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Tentang Persaingan dan Prinsip Diri

Remy mengakui tidak pernah gentar dengan cabaran industri. Mengimbau pesan senior, Rosyam Nor, bahawa jangka hayat seorang hero tidak panjang, dia melihat hal itu dari sisi berbeza.

Ads

“Bagi saya kalau kita fikir jadi hero cuma untuk lima tahun, kita akan dapat tempoh itu. Kalau kita asyik fikir pasal orang lain, siapa nak fikir untuk diri saya sendiri?

Atas sebab itu saya tolak tepi semua yang tidak perlu. Alhamdulillah saya dikaburkan dengan skrip yang bagus, tanggungjawab sebagai duta.

Remy Ishak, Ingin Kekal Relevan Dengan Berkarya Bukannya Jumlah Followers
Foto : ERA

Kalau kita sibuk dengan kehidupan orang lain, hati jadi tidak ikhlas, rezeki pun susah. Jadi lebih baik fokus dengan diri sendiri, rezeki itu akan datang dengan cara tersendiri.”

Kata-kata itu dizahirkan ketika beliau dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman Alicafe, dalam sebuah majlis di TRX Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menggalas Watak Berat, Menolak Kehidupan Maya

Biarpun semakin matang, cabaran watak berat tidak pernah dipandang ringan. Antagonis misalnya, masih menguji energinya.

Ads

“Ada yang tanya, cukupkah lagi tenaga untuk watak penuh emosi besar ini? Saya jarang marah orang dalam kehidupan sebenar, tapi bila di set, tenaga itu tetap ada. Itu cabaran yang saya suka.”

Dalam masa sama, ketika ramai selebriti berlumba membina pengaruh digital, Remy memilih jalur berbeza.

“Saya tidak mahu memperhambakan diri pada media sosial, bimbang nilai diri jadi rendah. Saya ada projek filem dan drama, itu sudah cukup untuk membuat saya kekal di hati penonton.”

Bagi beliau, relevan bukan sekadar jumlah followers, tetapi pada hasil karya yang berkualiti.

Ads

Cita-cita Sebagai Pengarah

Selain berlakon, minat untuk mengarah turut berputik. Ada kisah ingin dikongsi, ada naskhah sudah dibayangkan. Namun, beliau akur peranan itu menuntut persiapan yang lebih menyeluruh.

BACA: Tip Dapatkan Perfume Tahan Lama & Sesuai, Ini Beberapa Mudah!

“Kerusi pengarah itu mahal. Jalan cerita perlu kuat, tenaga kerja mesti mencukupi. Mungkin suatu hari nanti, apabila ALLAH sudah tentukan waktunya, saya akan benar-benar bersedia.”

Kisah Remy Ishak mencerminkan seorang lelaki yang tahu menyeimbangkan karier, nilai hidup dan prinsip peribadi. Bukan sekadar bintang di layar, beliau adalah cerminan ketekunan, keikhlasan, dan kebijaksanaan memilih arah.

Kredit: Sinar Daily

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads