Rokok dan vaping telah lama dikenali sebagai tabiat yang berbahaya kepada kesihatan lelaki. Namun, impak buruk ini tidak terhad kepada penyakit paru-paru atau kanser sahaja.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
Ads
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Ads
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Ads
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Ketibaan bulan November memberikan signifikasi cukup penting terhadap kesedaran kesihatan lelaki. ‘Movember’ merupakan gerakan yang semakin mendapat perhatian global, khususnya dalam kalangan lelaki yang prihatin terhadap kesihatan mereka.
Saban tahun ramai lelaki mengambil inisiatif membiarkan kumis dan jambang mereka tumbuh tanpa dipotong sebagai simbolik tersendiri.
Namun, di sebalik gaya ini, terdapat satu mesej yang lebih besar – kesedaran terhadap kesihatan lelaki, merangkumi kesihatan fizikal dan mental.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan tentang sejarah Movember, kepentingannya, serta apakah kesesuaian kempen ini untuk lelaki khususnya di Malaysia.
Asal-usul Movember bermula pada tahun 2003 apabila dua orang rakan dari Australia, Travis Garone dan Luke Slattery, berbincang mengenai bagaimana kumis sebagai ikon gaya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna.
Mereka mendapati bahawa kumis adalah simbol lelaki klasik yang sedikit “vintage” tetapi unik.
Idea mereka adalah untuk menggalakkan lelaki menumbuhkan kumis sepanjang November sambil menjana kesedaran tentang isu-isu kesihatan lelaki yang sering diabaikan, seperti kanser prostat dan testis.
Nama “Movember” sendiri merupakan gabungan dari kata “Moustache” (kumis) dan “November.” Mereka mulanya melancarkan kempen ini secara kecil-kecilan dengan penglibatan hanya 30 lelaki, yang dikenali sebagai “Mo Bros.”
Namun, dalam masa beberapa tahun, gerakan ini mendapat momentum global. Pada tahun 2004, Movember Foundation ditubuhkan secara rasmi untuk mengumpul dana dan mendidik masyarakat mengenai kesihatan lelaki.
Kini, lebih daripada 20 negara menyertai kempen Movember, dan berjuta-juta dolar berjaya dikumpulkan bagi menyokong kajian serta program kesedaran kesihatan lelaki.
Gerakan ‘Movember’ bertindak lebih daripada sekadar kenyataan fesyen atau trend senata. Ia merupakan platform bagi lelaki untuk mula berbicara mengenai kesihatan mereka.
Kesihatan lelaki sering menjadi subjek yang kurang dibincangkan, dan stigma terhadap lelaki yang menghadapi masalah mental atau kesihatan fizikal yang memerlukan perhatian menyebabkan ramai mengambil ringan akan kesihatan mereka.
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan stigma tersebut dan memupuk budaya di mana lelaki berasa bebas untuk bercakap mengenai kesihatan mereka.
Movember juga berjaya menyatukan pelbagai organisasi untuk membina program kesihatan lelaki yang berfokus pada pencegahan kanser, sokongan untuk masalah kesihatan mental, serta program intervensi bagi lelaki yang memerlukan bantuan.
Salah satu aspek penting yang ingin dicapai oleh Movember adalah menurunkan kadar kematian pramatang dalam kalangan lelaki.
Statistik menunjukkan bahawa lelaki biasanya hidup lebih pendek berbanding wanita disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kecenderungan untuk mengabaikan tanda-tanda awal penyakit.
Di sinilah Movember memainkan peranan penting, iaitu sebagai pembuka mata kepada lelaki untuk lebih peka terhadap kesihatan mereka.
Di negara kita, Malaysia, kesihatan lelaki turut menjadi isu yang mungkin kurang diberi perhatian sepatutnya. Pelbagai masalah kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan masalah mental kurang didiagnosis akibat stigma sosial.
Selain itu, faktor budaya masyarakat Malaysia yang cenderung menganggap isu kesihatan mental sebagai ‘masalah yang tidak perlu dibesar-besarkan’ juga menyumbang kepada rendahnya kesedaran ini dalam kalangan lelaki.
Movember menawarkan ruang bagi lelaki Malaysia untuk turut serta dalam pergerakan global ini, dengan menumbuhkan kumis sebagai simbol sokongan kepada kesihatan lelaki.
Selain itu, lelaki di Malaysia dapat memanfaatkan kempen ini sebagai peluang untuk menambahkan kesedaran diri terhadap kesihatan, tanpa merasa terasing atau dihukum oleh norma budaya.
Malah, dengan kemudahan media sosial, mereka boleh memanfaatkan platform ini untuk berkongsi pengalaman dan menyokong rakan-rakan yang mungkin memerlukan bantuan dari segi kesihatan fizikal atau mental.
Buat anda yang turut serta menyimpan kumis atau jambang sempena ‘Movember’, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan. Sebarkan kesedaran kepentingan kesihatan fizikal dan mental lelaki dengan sebaik mungkin.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan pelakon Thailand yang pernah mendapat gelaran Hundred Million Hero selepas mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem box office Nang Nak dan Bang Rajan.
Terbaru, berita duka diterima apabila Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Tiada apa yang mustahil, seperti penurunan berat badan sebanyak 114kg pempengaruh YouTuber terkenal Nikocado Avocado, atau digelar ‘Raja Mukbang’.
Lelaki ini berjaya menurunkan berat badan daripada 186 kilogram (kg) kepada 71kg.
Nikocado atau Nicholas Perry, 32 tahun, mendedahkan bahawa penurunan berat badan drastiknya itu telah dilakukan secara rahsia sejak dua tahun lalu.
Bagi memastikan ‘rahsia’ tersebut kekal tersembunyi, pempengaruh yang berasal dari Ukraine itu kerap memuat naik video-video lamanya secara konsisten di salurannya sambil memberi tumpuan kepada dietnya.
Dalam video bertajuk ‘Dua Langkah ke Depan’, Perry menceritakan bagaimana dia berdedikasi menurunkan berat badan daripada 186kg kepada berat asalnya ketika mula menceburi dunia YouTube.
Video berdurasi 25 minit itu telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan dalam beberapa hari sejak dilancarkan di saluran YouTube.
“Ini adalah percubaan sosial paling hebat dalam hidup saya. Walaupun terdapat sedikit kebimbangan, ia masih menarik dan seperti mimpi kerana saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114kg,” katanya.
Pendedahan Perry ini kini menjadi tular dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya terkejut dengan perubahan fizikal Perry.
“Perry hanya selangkah lagi untuk menjadi YouTuber kecergasan,” kata seorang netizen.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.