Rambut berbau sememangnya satu masalah buat lelaki kurang menjaga kerapian rambut mahupun yang sibuk bekerja. Sebagai lelaki, anda bukan sahaja menjaga rapi kulit wajah bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.

Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau. Ditambah pula dengan sifat malas anda untuk membasuh rambut, membuatkan masalah ini makin rumit, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri.

Kita anda bermasalah dengan rambut berbau, atasinya dengan 8 tip mudah ini.

1. Gunakan tuala yang lembut

Rupa Ada, Tapi Rambut Berbau! Nak Atasinya, Cuba 8 Tip Ini

Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.

Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.

2. Rajin menyikat rambut

Rupa Ada, Tapi Rambut Berbau! Nak Atasinya, Cuba 8 Tip Ini

Bagi yang jarang menyikat rambut selepas ini kena rajin-rajinkan diri anda menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.

3. Basuh rambut dengan air sejuk

Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.

4. Minum banyak air putih

Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.

5. Kurangkan makanan pedas

Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.

6. Cuci rambut setiap hari

Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.

7. Jauhi stres

Rupa Ada, Tapi Rambut Berbau! Nak Atasinya, Cuba 8 Tip Ini

Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.

8. Lakukan banyak aktiviti santai

Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI