Sudah menjadi tabiat ramai orang, akan kunyah ais sebaik sahaja selepas minum air. Saja suka-suka kunyah ais sebab rasa sedap bila air sejuk lalu di tekak.
Namun tak kita sangka rupanya tabiat kunyah ais ni sepatutnya kita hentikan. Ini kerana ia boleh memberi kesan pada gigi kita.
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.
Ads
Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “Abfraction”
Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ads
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Dr Muhamad Iqbal
Doktor Gigi
Medical Mythbuster Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita selalu keliru antara sakit pinggang atau slip disc. Bila sakit belakang menyerang ramai yang ambil mudah kerana menyangka yang ia hanyalah sakit biasa.
Namun jangan ambil mudah keranan simptom sakit pinggang itu mungkin slip disc. Tanpa kita sangka, kini ramai anak muda yang diserang slip disc kerana kekerapan memandu dalam tempoh yang lama.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang slip disc, Dr Khairul Faizie berkongsi di laman Facebooknya punca ramai anak muda diserang slip disc dan rawatan untuk mengatasinya.
Moga dengan perkongsian ini akan membuka mata anak-anak muda untuk lebih mementingkan kesihatan sekali gus membendung terjadinya slip disc.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur (sleep) ke doktor?”
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).
Utk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yg di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yg lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yg di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yg dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yg menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yg ada di sekitar itu pun akan ditekan/ dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH/ KEBAS/ HILANG POWER pada kaki.
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak/ koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut. So jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walau bagaimanapun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara puncanya:
1. Trauma/ jatuh/ accident
2. Obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
3. Kerja/ aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat barang/ membongkok
4. Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yg akan support tulang belakang)
5. Selalu memandu terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
Tak semua slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan utk melegakan keradangan (inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu utk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail… Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan utk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yg terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc/ menolak disc yg terkeluar masuk ke tempat asal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hal ini kerana madu mengandungi flavonoid. Kandungan ini yang sangat bermanfaat untuk mengurangi risiko sel kanser bercambah di dalam tubuh serta serangan penyakit jantung.
Madu juga berkhasiat untuk melegakan batuk, anda perlu minum dua sudu teh madu 30 minit sebelum tidur.
Madu juga sangat baik untuk meningkatkan daya ingat Anda.
Sapukan madu yang belum diproses pada luka Anda, dan luka tersebut dapat hilang secara natural
Hal ini kerana madu mengandungi berbagai macam bahan semulajadi yang berkhasiat
Untuk mencegah rendahnya sel darah putih yang ada di dalam tubuh, Anda boleh mengambil dua sudu teh madu setiap hari dengan menggunakan sudu plastik, kerana dipercayai sudu besi boleh menarik zat dalam madu.
Kerana mengandungi berbagai vitamin, dan gizi lainnya hal ini menjadika metabolisme anda lebih kuat .
Cegah Diabetis dengan menggantikan gula dengan madu.
Ini kerana madu mengandungi energy yang dapat meningkatkan stamina tubuh Anda.
Madu juga dikenal sebagai salah satu suplemen penyubur kandungan yang cukup efektif. Bagi Anda yang kesulitan untuk mendapatkan momongan, mungkin mengkonsumsi madu penyubur kandungan bisa menjadi solusi bagi Anda yang sedang menjalani program hamil.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Budaya larian di Malaysia kini bukan lagi sekadar trend hujung minggu atau aktiviti kecergasan semata mata. Ia sudah berkembang menjadi satu gaya hidup yang membentuk komuniti, identiti dan semangat baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyedari perkembangan itu, adidas Malaysia kini melangkah lebih jauh menerusi kerjasama strategik bersama SCORE Marathon 2026 sebagai Official Sportswear Partner untuk salah satu acara larian terbesar negara.
Penganjuran SCORE Marathon 2026 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya dijangka menghimpunkan sehingga 50,000 pelari dalam usaha mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di Malaysia.
Namun di sebalik angka besar itu, apa yang lebih menarik sebenarnya adalah bagaimana kerjasama ini mahu membentuk pengalaman larian yang lebih holistik untuk komuniti running tempatan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, budaya running di Malaysia berkembang dengan sangat pantas. Dari casual runners hinggalah marathon chasers, semakin ramai menjadikan larian sebagai sebahagian daripada rutin hidup.
Dan adidas melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang lebih besar daripada sekadar sukan.
“Di adidas, ‘You Got This’ mencerminkan kepercayaan kami bahawa setiap pelari, tidak kira di mana tahap perjalanan mereka, layak untuk berasa yakin, disokong dan diberi semangat untuk pergi lebih jauh,” kata Preston Page, Pengurus Negara adidas Malaysia.
Menurut beliau lagi, jenama itu mahu terus menjadi sebahagian daripada perjalanan setiap pelari tanpa mengira tahap kemampuan mereka.
“Daripada larian 5KM pertama hinggalah mengejar rekod peribadi baharu, kami komited untuk berada bersama pelari dalam setiap langkah perkembangan mereka dalam sukan ini,” tambahnya.
Pendekatan ini jelas menunjukkan bahawa adidas bukan sekadar mahu hadir sebagai penaja, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada budaya running yang semakin berkembang di Malaysia.
Kerjasama ini juga dilihat sebagai satu langkah besar buat SCORE Marathon yang semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti pelari serantau.
Menurut CEO SCORE Sports Management, Patricia Tan, kolaborasi bersama adidas membawa dimensi baharu kepada keseluruhan pengalaman acara tersebut.
“Kami sangat gembira mengalu alukan adidas Malaysia sebagai Official Sportswear Partner SCORE Marathon 2026. Ketika acara ini terus berkembang, kerjasama ini mencerminkan cita cita bersama kami untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman perlumbaan sambil menginspirasikan komuniti pelari yang lebih luas di seluruh rantau ini,” katanya.
Dengan pengiktirafan daripada World Athletics, SCORE Marathon kini bukan sekadar acara larian biasa, tetapi semakin dilihat sebagai antara platform running terbesar di rantau ini.
Apa yang membezakan kolaborasi ini adalah pengalaman menyeluruh yang mahu dibawa kepada peserta.
Bermula Mei hingga Julai 2026, adidas akan menganjurkan siri running clinics bersama adidas Runners Kuala Lumpur yang disokong oleh jurulatih bertauliah, pacers berpengalaman dan elite runners.
Klinik ini direka untuk membantu pelari daripada kategori 5KM hinggalah full marathon dengan fokus terhadap pacing, endurance, race preparation dan recovery.
Selain sesi fizikal, peserta juga akan menerima sokongan digital seperti training tips dan community runs bagi memastikan mereka benar benar bersedia sebelum race day.
Menjelang Race Entry Pack Collection pula, adidas akan membuka Adizero experiential zone yang memberi peluang kepada pelari merasai sendiri teknologi kasut performance mereka seperti Adizero Evo SL dan Adizero Adios Pro 4.
Ruang ini bukan sahaja menawarkan product try on dan konsultasi bersama adidas crew, malah turut menyediakan customisation booth untuk peserta personalise race essentials mereka sendiri.
Dua koleksi eksklusif adidas x SCORE Marathon juga akan diperkenalkan khas sempena acara ini.
Ketika race weekend berlangsung nanti, adidas turut membawa konsep recovery dan celebration menerusi Adizero experiential zone di Race Village.
Antara aktiviti yang bakal disediakan termasuk post race recovery zone, stretching station, foam rolling serta ruang khas untuk finisher celebration dan social content.
Ia menjadikan pengalaman marathon kali ini bukan sekadar tentang perlumbaan, tetapi juga komuniti dan gaya hidup.
Kerjasama antara adidas Malaysia dan SCORE Marathon 2026 jelas menunjukkan bagaimana budaya larian kini berkembang menjadi satu movement yang lebih besar.
Ia bukan lagi sekadar tentang siapa paling laju.
Tetapi tentang komuniti, pengalaman dan bagaimana sukan mampu menyatukan ribuan individu dengan semangat yang sama.
Dan dengan skala yang semakin besar, SCORE Marathon 2026 mungkin bakal menjadi titik penting dalam evolusi budaya running di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.