Bermula 16 hingga 20 Julai ini, Pavilion Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada pelancaran besar-besaran barisan peranti boleh lipat terbaharu daripada Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7.

Menerusi sebuah roadshow yang penuh imersif, Samsung mengajak orang ramai merasai sendiri kehebatan inovasi yang telah berevolusi sejak pelancaran Galaxy Fold pertama pada tahun 2019.

Jelajah Inovasi Dalam Dimensi Baharu

Pameran bertemakan Flow of Innovation ini membawa pengunjung menyusuri perjalanan teknologi lipat Samsung daripada konsep awal hinggalah kepada True Fold Experience.

Samsung Pertaruh GALAXY Z FOLD7 & Z FLIP7 Dalam Pameran Teknologi Di Pavilion Kuala Lumpur

Ruang pameran direka dengan konsep futuristik yang menggambarkan kelancaran dan fleksibiliti reka bentuk Z Series terkini, dengan pelbagai zon interaktif yang memberi peluang untuk pengunjung mengalami sendiri kuasa Galaxy AI, ciri multitasking pintar, dan integrasi antara peranti yang lancar.

Fokus Gaya Hidup, Produktiviti & Kesihatan

Selain mempersembahkan fungsi kerja dan hiburan, Samsung turut mengetengahkan peranan Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 dalam memperkasakan gaya hidup sihat.

Pengunjung boleh meneroka bagaimana siri Galaxy Watch terbaru termasuk Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch Ultra menyokong kesejahteraan fizikal dan mental melalui ciri penjejakan kesihatan yang dipertingkat, analisis peribadi, dan bimbingan gaya hidup.

Lebih menarik, sistem SmartThings turut dipamerkan, menunjukkan bagaimana telefon pintar, jam pintar, TV dan peranti pintar rumah Samsung berhubung antara satu sama lain untuk mencipta ekosistem yang responsif dan bijak.

Ads

BACA LAGI : Garmin Forerunner 570, 970 dan HRM Baharu, Teknologi Terkini Buat Pelari Aktif Serius Tentang Prestasi

Samsung Pertaruh GALAXY Z FOLD7 & Z FLIP7 Dalam Pameran Teknologi Di Pavilion Kuala Lumpur
Foto : Gizmodo

Pra-Tempahan & Promosi Eksklusif

Orang ramai yang hadir boleh membuat pra-tempahan secara terus di lokasi dan menikmati hadiah serta promosi eksklusif.

Dari 9 hingga 31 Julai 2025, harga bermula serendah RM3,999 untuk Galaxy Z Flip7 FE.

Model Galaxy Z Fold7 pula ditawarkan dalam pelbagai pilihan RAM dan storan, sehingga 16GB+1TB pada harga RM9,899.

Ads

Manakala Galaxy Watch8 Series ditawarkan dengan rebat menarik dan hadiah seperti band tambahan, power adapter dan SmartTag2.

Sama ada anda peminat teknologi, penggaya trend, atau sekadar ingin melihat bagaimana inovasi boleh menyatu dalam kehidupan harian roadshow ini menjanjikan satu pengalaman Galaxy yang luar biasa.

Samsung menawarkan tiga varian utama dalam barisan telefon boleh lipat terbaharu mereka Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7, dan Galaxy Z Flip7 FE, dengan pelbagai kombinasi storan, warna dan promosi menarik.

Untuk Galaxy Z Fold7, harga bermula dari RM7,799 bagi model 12GB RAM + 256GB storan, yang boleh didapati dalam warna Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack, dan Mint (eksklusif atas talian).

Ads

Versi 12GB + 512GB pula dijual pada harga RM8,399, turut tersedia dalam keempat-empat warna tersebut.

Samsung Pertaruh GALAXY Z FOLD7 & Z FLIP7 Dalam Pameran Teknologi Di Pavilion Kuala Lumpur
Foto : HardwareZone

Bagi pengguna yang mahukan kapasiti maksimum, model 16GB RAM + 1TB ditawarkan pada harga RM9,899, dalam pilihan warna Blue Shadow dan Jetblack sahaja.

Manakala untuk Galaxy Z Flip7, harga bermula serendah RM4,999 untuk model 12GB + 256GB, ditawarkan dalam warna Blue Shadow, Coralred, Jetblack, dan Mint (eksklusif atas talian).

Model 12GB + 512GB pula berharga RM5,599 dan hadir dalam pilihan warna yang sama.

Untuk versi lebih mampu milik, Galaxy Z Flip7 FE hadir dalam dua varian iaitu model 8GB RAM + 128GB storan pada harga RM3,999, dan model 8GB + 256GB berharga RM4,299. Kedua-dua model ditawarkan dalam warna Black dan White.

Semua model di atas turut disertakan dengan pelbagai tawaran menarik seperti pembayaran awal pendaftaran RM180, Samsung Reservation+ RM210, naik taraf storan berganda bernilai RM600, serta rebat kad kredit CIMB sehingga RM400 (bergantung kepada model).

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads