Di antara keresahan ramai pengguna Android tidak dapat menggunakan Google Pay kerana kad debit atau kad kredit tidak disokong.

Tak dinafikan dalam dunia serba pantas hari ini, kemudahan adalah kunci, terutamanya apabila ia melibatkan transaksi dalam talian.

Anda mungkin sedang melayari laman web kegemaran, mata sudah tertancap pada item idaman – barangan gaya hidup, gajet terkini atau mungkin sepasang kasut sneaker edisi terhad.

Saat tiba di kaunter pembayaran ‘checkout’ maya, seringkali kita bergantung pada kad debit atau kredit. Namun, bagaimana jika dompet digital adalah pilihan utama anda?

Penggunaannya di Malaysia kini telah diperluakan dengan menyertakan dua dompet digital paling popular di Malaysia iaitu ShopeePay dan TNG eWallet.

Perkembangan ini bukan sahaja signifikan, malah menjadikan pasaran Malaysia yang pertama di Asia Tenggara menikmati ciri integrasi sebegini.

Bagaimana Integrasi eWallet Ini Berfungsi?

Fungsi baru ini, yang tersedia untuk pengguna Android di seluruh negara, membolehkan anda membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui Google Pay menggunakan ShopeePay atau TNG eWallet.

Ads

Google Pay Kini Dintegrasi Di Malaysia Dengan Sokongan ShopeePay & TNG eWallet

Berbanding hanya bergantung pada kad bank semata-mata. Namun, penting untuk diingat bahawa integrasi ini buat masa ini khusus untuk transaksi yang dilakukan melalui laman web mudah alih peniaga terpilih, diakses menggunakan pelayar Google Chrome.

Peniaga-peniaga yang terlibat dalam fasa awal ini kebanyakannya adalah mereka yang menggunakan gerbang pembayaran (payment gateway) popular seperti Fiuu dan iPay88.

Tambah Nilai eWallet 

Menariknya, anda kini juga boleh menambah nilai atau reload dompet digital ShopeePay atau TNG eWallet anda terus melalui antara muka Google Pay, tanpa perlu beralih aplikasi.

Google turut mengumumkan perancangan untuk memaparkan baki eWallet anda dalam aplikasi Google Pay di masa hadapan, serta usaha untuk menyokong lebih banyak platform eWallet lain.

Ads

Google Pay Kini Dintegrasi Di Malaysia Dengan Sokongan ShopeePay & TNG eWallet

Namun, penting untuk jelas di sini bahawa integrasi eWallet ini disokong pada platform Google Pay untuk pembayaran dalam talian, tetapi tidak pada aplikasi Google Wallet yang digunakan untuk fungsi ‘tap and pay’ fizikal di kedai-kedai runcit atau restoran menggunakan telefon atau jam tangan Wear OS anda.

BACA: 10 Minyak Wangi Lelaki Paling Ikonik Sepanjang Zaman

Jadi, untuk pembayaran di kaunter fizikal, kaedah sedia ada masih terpakai.

Ads

Langkah Mudah Bayaran Pertama Dengan eWallet di Google Pay

Proses untuk mula menggunakan ciri ini agak ringkas:

  1. Masukkan kaedah pembayaran ShopeePay dan/atau TNG eWallet ke dalam Google Pay, dan lengkapkan proses pengesahan dalam aplikasi eWallet yang berkaitan.
  2. Apabila berbelah-belah di laman web peniaga yang mengambil bahagian, cari butang Google Pay semasa pembayaran atau pilih ‘eWallet’ jika ada pilihan bayaran terus menggunakan ShopeePay atau TNG eWallet.
  3. Untuk tujuan keselamatan, anda akan diminta untuk melalui proses pengesahan sekali sahaja semasa membuat pembayaran pertama dengan eWallet pilihan anda melalui Google Pay.
  4. Setelah pengesahan pertama selesai, pembayaran seterusnya melalui Google Pay dengan eWallet ini boleh dilakukan dengan hanya satu klik, disusuli pengesahan cap jari atau PIN untuk setiap transaksi demi keselamatan.

Integrasi ini jelas membuka lembaran baru dalam kemudahan pembayaran dalam talian di Malaysia. Ia bukan sahaja memudahkan pengguna eWallet sedia ada, malah menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda bakal menjadi lebih pantas dan lancar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI