Siapa sangka, hobi mengumpul dan bermain ‘toys’ atau figura aksi bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki dewasa.

Menurut kajian psikologi, aktiviti ini boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental. Ia juga membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.

Hobi Koleksi ‘Toys’, Terapi Untuk Lelaki Lepaskan Tekanan

Mengapa Hobi ‘Toys’ Ini Memberi Manfaat?

Pakar psikologi menjelaskan bahawa apabila seseorang meluangkan masa untuk mengurus dan bermain dengan koleksi ‘toys’, ia dapat memberi kesan menenangkan dan membantu menyalurkan fokus, serupa dengan amalan meditasi atau aktiviti santai lain.

Ads

Mainan seperti kereta kawalan jauh, figura, kapal terbang, motor atau drone adalah antara alat permainan yang diminati sesetengah golongan lelaki dewasa.

Manfaat Hobi Ini untuk Lelaki:

  • Mengurangkan Kebimbangan dan Tekanan: Aktiviti ini membantu otak berehat daripada tekanan harian.

  • Meningkatkan Kreativiti: Lelaki dapat mengembangkan imaginasi dengan mereka bentuk cerita atau susunan unik menggunakan koleksi mereka.

  • Membina Jaringan Sosial: Melalui komuniti peminat ‘toys’, seseorang dapat memperluas jaringan sosial dan berkongsi minat yang sama.

  • Meningkatkan Kemahiran Motor dan Ingatan: Mengendalikan figura ‘toys’ secara terperinci dapat melatih koordinasi dan daya ingatan.

Mungkin ada yang menganggap lelaki dewasa yang meminati benda sebegini dianggap ‘kebudak-budakan’ namun hakikatnya, itu adalah impian mereka yang tak mampu dimiliki suatu ketika dahulu.

Ads

Kajian psikologi menunjukkan hobi sebegitu dapat membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.

Cadangan Memulakan Hobi:

  • Mulakan dengan pelaburan kecil terlebih dahulu.

  • Sertai komuniti dalam talian atau lawati kedai khusus untuk mendapatkan panduan dan sokongan.

  • Jadikan hobi ini sebagai waktu rehat yang konsisten untuk membantu mengurus tekanan.

Jadi, jika anda mengalami tekanan atau keletihan, cuba hobi baru dengan mengumpul dan bermain ‘toys’ yang anda suka masa kecil dahulu.

Ads

BACA LAGI : Bukan ‘Six-pack’, Ini 8 Bahagian Tubuh Lelaki Jadi Tarikan Wanita

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI