Bila bercerita soal maskuliniti, ramai yang masih terperangkap dengan definisi lama wajah tampan, tubuh sasa, atau gaya berpakaian semata-mata.

Seolah-olah menjadi lelaki itu hanya tentang apa yang terpapar di mata kasar.

Namun, bagi Syarul Ezani, maskuliniti sejati terletak jauh lebih dalam pada karisma, prinsip, dan bagaimana seseorang membawa diri dalam hidup.

Bukan Hanya Tentang Rupa, Tapi Cara Kita Bergerak Dalam Dunia

@maskulinmy Bagi Syarul Ezani, David Beckham bukan sekadar ikon gaya — tetapi lambang dedikasi dan kerja keras. Syarul juga kongsi pandangannya tentang erti sebenar maskulin, serta bagaimana lelaki hari ini boleh kekal relevan dengan nilai itu dalam rutin seharian. #Maskulin #MajalahMaskulin #SyarulEzani #DavidBeckham #GayaHidup ♬ original sound – Maskulin

Dalam satu perbualan santai, Syarul menekankan bahawa lelaki moden perlu lebih daripada sekadar mengejar kejayaan dalam kerjaya.

Baginya, kejayaan sebenar adalah bila seseorang mampu menyeimbangkan pencapaian luar dengan kekuatan dalaman dari segi kesihatan, emosi, mentaliti dan juga nilai diri.

“Saya rasa dalam kehidupan seharian, selain daripada kerja, kita juga perlu ada komitmen terhadap kesihatan. Makanan penting, kita kena berlatih, berlatih, 10,000 langkah…” katanya. 

Ads
“Saya Belajar Disiplin Dari Beckham, Tapi Hidup Kena Ada Nilai Sendiri” – Syarul Ezani
Foto : Kosmo

Menurutnya, gaya hidup sihat bukan lagi pilihan, tetapi satu tanggungjawab, terutamanya dalam dunia moden yang penuh tekanan dan kekalutan.

Jaga fizikal bukan untuk nampak ‘fit’ semata, tetapi untuk kekal berfungsi, fokus dan stabil secara menyeluruh.

David Beckham, Lebih Dari Sekadar Gaya

Bila ditanya tentang ikon maskuliniti yang memberi pengaruh besar dalam hidupnya, Syarul tanpa ragu menyebut satu nama David Beckham.

Tapi bukan sebab fesyen atau ketampanannya semata, sebaliknya disiplin dan kerja keras yang luar biasa.

Ads

“Daripada saya membesar sampai sekarang, kalau nak cakap siapa ikon tu… mungkin David Beckham. Bukan hanya sebab dia punya style atau fashion, tapi kerajinan dia tu luar biasa,” katanya.

“Saya Belajar Disiplin Dari Beckham, Tapi Hidup Kena Ada Nilai Sendiri” – Syarul Ezani
Foto : CNBC

BACA LAGI : Art of Speed 2025 Bukti Budaya Kustom Malaysia Semakin ‘Menggila’!

Syarul mengimbas kenangan zaman kecilnya, bagaimana dia terpukau membaca buku tentang legenda bola sepak itu.

Ads

Cerita tentang bagaimana Beckham melatih sepakan sudut berulang kali hingga sempurna menjadi titik tolak kefahaman Syarul tentang makna sebenar usaha konsisten.

“Dalam buku dia dulu, masa kecil saya baca… bagaimana dia berlatih corner kick, buat benda tu berulang kali. Dari situ saya belajar kalau nak berjaya, kena kerja keras,” jelasnya lagi dalam nada bersahaja.

Jika dahulu David Beckham jadi lambang lelaki ideal, kini Syarul Ezani sedang mengukir jalannya sendiri membawa makna baru kepada maskuliniti moden.

Lelaki yang bukan sekadar mahu kelihatan berjaya, tetapi mahu hidup dengan nilai, disiplin dan arah yang jelas.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads