Rsanya siapa tidak kenal dengan atlet seni mempertahankan diri Khabib Nurmagomedov sekarang. Selepas tidak lama dahulu dia ‘menyekolahkan’ Conor McGregor dan terlibat dalam kontroversi pergaduhan sejurus pertarungan epik berakhir, namanya kian mekar di bibir peminat. Sokongan yang diterimanya di peringkat global kini cukup luiar biasa.
Jadi tidak hairanlah apabila ada bintang sukan lain yang turut menjadi peminatnya. Cristiano Ronaldo menerusi satu sesi ‘live’ di laman media sosial secara terbuka memberikan sokongannya kepada Khabib Nurmagomedov.
Petarung yang tidak terkelah dari Dagestani ini bakal melakukan comebak dalam pertarungan terbesar tahun ini berdepan Justin Gaethje pada minggu ini.
Ia merupakan pertarungan yang cukup dinantikan oleh peminat Mix Martial Art (MMA) terutamanya bila melibatkan atlet luar biasa seperti Khabib.
Ads
PERSAHABATAN TERJALIN
Cristiano Ronaldo pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali bertemu pertama kali dengan Khabib pada tahun 2018 dengan menyerahkan jersi Real Madrid kepadanya. Bermula dari situ persahabatan antara dua atlet bertaraf bintang ini muncul.
Foto: Khabib Nurmagomedov
Menerusi sesi live tersebut Ronaldo meramalkan Khabib ‘The Eagle’ akan meneruskan rekod tanpa kalahnya dalam MMA dengan menjadi 29 kemenangan tanpa tewas. Sokongan yangh dinyatakannya cukup teruja dan bersungguh-sungguh sekali.
Itulah yang dituturkan oleh Ronaldo sekali gus membuatkan ramai peminat MMA terutamanya Khabib berasa teruja. Kemunculan Khabib cukup dinantikan ramai kerana corak pertarungannya yang agresif dan taktikal submission yang cukup berbisa.
Nantikan perlawanan hebat Khabib vs Gaethje pada 25 Oktober 2020. MASKULIN meramalkan Khabib akan menang dengan cukup bergaya.
Dapatkan barangan sukan seni mempertahankan diri pada harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keberkatan rezeki antara perkara utama yang mesti dan perlu dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun, dalam artikel ini saya merujuk rezeki pada pendapatan yang kita peroleh sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji.
Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibuat belanja untuk beli makanan atau bagi yang sudah berkeluarga dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka tidak sedar wujudnya hubungan langsung antara keberkatan rezeki dan setiap aspek kehidupan kita.
1. Sering bergaduh. Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. Kurang berdoa dan kurangnya bertakwa pada ALLAH. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. insya ALLAH
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama adalah yang kita nampak akan hukumnya dalam Islam iaitu rezeki yang datang daripada sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu dan seumpamanya.
Tidak kurang juga bahayanya adalah apabila kita tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh atau melakukannya dengan tidak sempurna.
Lazimnya ia berlaku di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, menipu majikan, kerja tidak bersungguh-sungguh, melakukan kerja lain dalam waktu bekerja, tidak serius ketika bekerja, dengki, iri hati dan seumpamanya.
Minggu lalu ketika bertemu dengan seorang teman, beliau sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap hasil kerja seorang tukang rumah yang dipanggil untuk membetulkan lampu dan memasang langsir di rumahnya.
“Bila nak caj, laju je letak harga. Bukan main mahal pulak tu, nak kurang sikit pun tak boleh. Tapi kerja buat cincai je. Tak sempat aku nak gantung langsir dah tercabut relnya. Nak panggil datang balik betulkan semula, memang susahlah.”
Ini perkara yang perlu kita muhasabah dalam kehidupan setiap hari. Adakah caj bayaran atau gaji yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan? Adakah hasil kerja yang kita lakukan seperti apa yang orang atau majikan harapkan?
Persoalan lebih utama adalah, adakah berkat hasil wang daripada upah atau gaji yang kita terima? Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
1. Hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa tenang
Tanda yang pertama rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
2. Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat. Tidak lokek untuk berkongsi rezeki sesama manusia bahkan juga sesama haiwan.
3. Jauh daripada bala bencana
Allah menarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini duit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang.
Wang gaji pula tak tahu ke mana perginya. Tak nampak apa yang dibeli, tiba-tiba poket kering sehingga terpaksa meminjam. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang jika ia punca kepada segala masalah berkenaan.
4. Keluarga harmoni dan anak cemerlang
Wang kadangkala tidak menjadi pengukur kebahagiaan sesebuah institusi keluarga. Wang yang banyak belum tentu menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Apa yang penting adalah keberkatan wang yang diperoleh. Rezeki yang berkat walaupun tidak banyak akan membahagiakan keluarga dengan rahmat Allah SWT.
SUMBER : Olahan Dari Rahsia Perkahwinan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perniagaan menggunakan platform e-dagang seperti Lazada kini menjadi lubuk rezeki yang cukup lumayan buat usahawan tempatan.
Baru-baru ini, mereka meraikan pencapaian luar biasa penjual-penjual berprestasi tinggi di platformnya di Lazada Seller Summit 2024. Acara yang julung kali diadakan itu berlangsung di One World Hotel.
Pada acara ini, lebih 40 penjual dan usahawan pelbagai kategori seperti fesyen & kecantikan, rumah & kehidupan, elektronik, dan barangan runcit diiktiraf atas pertumbuhan dan kejayaan mereka.
Majlis cukup meriah ini turut diserikan dengan kehadiran lebih 1,000 penjual dari seluruh Malaysia. Lebih istimewa ia dirasmikan oleh Menteri Digital Malaysia, YB Tuan Gobind Singh Deo.
Selain daripada penyampaian anugerah, penjual-penjual juga terlibat dalam pelbagai program sepanjang hari yang merangkumi pembentangan yang bermaklumat dan perbincangan panel interaktif.
Topik utama seperti strategi pemasaran digital, pengoptimuman logistik, dan taktik penglibatan pelanggan dibincangkan secara mendalam. Secara tidak langsung memberikan peserta strategi berguna, amalan terbaik, dan pengetahuan untuk meningkatkan perniagaan dalam landskap kompetitif.
Para peserta juga berpeluang untuk berhubung dengan pemimpin industri e-dagang, rakan penjual, dan Jurulatih Bertauliah Lazada yang berpengalaman.
“Kami amat teruja menyaksikan kejayaan dan inovasi luar biasa yang ditunjukkan oleh penjual-penjual kami di Lazada Seller Summit 2024.
“Dedikasi dan semangat keusahawanan mereka terus mendorong pertumbuhan e-dagang di seluruh Asia Tenggara. Di Lazada, kami komited untuk memperkasakan penjual dengan alat dan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya di pasaran digital.
Ini bagi memastikan mereka mencapai potensi penuh dan memberikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan kepada pelanggan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin.
Menurut Menteri Digital, YB Gobind Sing Deo, impak positif dan peranan yang dimainkan oleh Lazada cukup penting. Ini kerana ia akan memberi peluang kepada penjual untuk berkembang dan berjaya dalam e-dagang.
“Saya menggesa Lazada untuk terus memainkan peranannya dalam memfasilitasi pertumbuhan e-dagang.
“Platform e-dagang harus terus membantu penjual dengan menyediakan alat yang kukuh dan platform yang tangkas. Kejayaan penjual akan seterusnya menonjolkan keberkesanan platform e-dagang dalam menyokong keusahawanan digital,” kata Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo.
Sepanjang acara di Lazada Seller Summit 2024, jenama antarabangsa seperti Dyson, HP, Huawei, LEGO, Samsonite dan Samsung adalah antara yang diiktiraf atas pencapaian mereka.
Manakala jenama tempatan seperti Montigo dan NEUTROVIS juga menerima anugerah seperti Most Loved Lifestyle Brand Partner dan Most Loved Home-Grown Brand Partner. Senheng diraikan sebagai Most Loved Retailer Brand Partner kerana perkhidmatan yang luar biasa dan kesetiaan pelanggan.
Penjual seperti ALDO, Baseus, Big Pharmacy, Olaplex dan Pop Mart juga membawa pulang anugerah yang sesuai dengan kejayaan mereka di platform tersebut.
Antara penerima yang menonjol adalah Adam Zero dan Bite a Snack, yang cemerlang dengan kualiti produk yang tinggi dan penilaian penjual yang baik, serta pertumbuhan yang konsisten dan stabil di platform Lazada.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lain orang lain caranya, Hitarth Dholakia, berumur 23 merupakan anak kepada Savji Dholakia iaitu seorang jutawan dan ahli perniagaan berlian dari India. Kekayaan keluarganya dianggarkan mencapai AS $ 940 juta atau sekitar RM 3738.66 Trilion. Seperti keluarga kaya yang lain, Hitarth melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di New York, Amerika Syarikat. Pada bulan Jun 2017 beliau menamatkan pengajian dan kembali ke Mumbai, India.
Malahan, beliau juga dilarang membawa telefon bimbit dan tidak boleh mengambil kesempatan daripada kesenangan keluarga. Lebih memilukan lagi, apabila beliau tidak mendapat tempat untuk tinggal. Hal ini kerana Savji sengaja melakukan sedemikian ke atas anaknya. Tujuannya adalah untuk membiarkan anaknya merasakan penderitaan dan kesukaran menjadi orang miskin.
Dengan itu, harapan Savji adalah anaknya akan menghormati manusia daripada wang. Seperti yang dilaporkan oleh India Today, Hitarth harus memulakan hidup dari kosong. Kini, anak jutawan itu sama seperti seorang pengemis di Hyderabad.
“Saya seorang pelajar lepasan dari sebuah universiti di Amerika Syarikat, mempunyai lesen juruterbang, dan pemegang sijil GIA Diamond Grading, namun tidak ada siapa yang mampu membantu sayadi Hyderabad dan di sinilah saya mula mencari pekerjaan kerana tidak mempunyai sebarang duit.” kata Hitarth.
“Perkara pertama yang dilakukan oleh Hitarth adalah untuk mencari tempat untuk tinggal. Beliau berjaya mendapatkan rumah kos rendah yang murah dengan hanya menyewa 100 rupee atau sekitar RM 6.25 Sebulan. Tetapi bilik itu diduduki dengan 17 orang.” kata Hitarth.
Selepas mendapat tempat untuk berlindung, Hitarth telah berusaha keras untuk mendapatkan pekerjaan. Tiga hari kemudian, beliau telah menerima kerja di sebuah syarikat makanan antarabangsa dengan gaji 4000 rupee (sekitar RM 249.92).
Tetapi Hitarth hanya dapat bekerja hanya selama 5 hari dan telah meletakkan jawatan. Beliau bertukar-tukar pekerjaan. Beliau mengaku amat bertuah kerana pernah menjadi pekerja pemasaran yang dibayar 1500 rupee seminggu. Hitarth telah bertukar kerja sebanyak 4 kali dalam masa sebulan dan berjaya mengumpul 5000 rupee atau sekitar RM 312.40.
Walaupun jumlah tersebut agak kecil jika dibandingan dengan jumlah wang yang pernah diterima pertama sekali ketika di bangku sekolah, namun Hitarth berasa sungguh berharga sekali. Hal ini kerana duit tersebut adalah hasil daripada titik peluh beliau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang