Limau kasturi adalah sejenis buah yang banyak digunakan oleh masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa enak dan segar.
Bahkan aromanya yang harum dan menenangkan jika dihidu menjadikan limau kasturi antara buah yang digemari untuk kegunaan dalam masakan ataupun minuman.
Ia kaya dengan kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik, bahkan mengandungi sebatian antibakteria yang bagus.
Oleh itu, pastikan anda menyimpan buah limau kasturi ini di rumah, bukan sahaja untuk masakan dan minuman malah boleh digunakan untuk masalah kesihatan dan penampilan diri.
Perah limau nipis dan campurkan bersama teh tanpa gula. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam sebelum minum. Amalkan minum air limau limau ini setiap hari untuk mengatasi masalah perut buncit.
2. Ubat demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis dan rebus dengan 2-4 gelas air. Gunakan air rebusan tadi untuk menuam pesakit yang demam. Caranya rendamkan kain pada air rebusan dan perahkan, lalu diletakkan pada dahi.
Ads
3. Sebagai deodoran semula jadi
Sediakan limau nipis yang telah dicampurkan bersama kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan seketika sebelum membasuhnya dengan air. Lakukan dengan kerap di sebelah pagi dan petang untuk mengelakkan masalah bau badan.
Picit perlahan-lahan buah limau kasturi dan halakan ke arah hidung. Percikan dari kulit buah limau itu boleh mengurangkan rasa pening kepala.
5. Ubat lelah
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Ambil satu sudu madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titis jus limau kasturi. Minum pada bila-bila masa ketika anda mengalami lelah. Cukup mengamalkannya selama seminggu.
6. Atasi masalah batuk
Campurkan jus limau kasturi, sedikit kicap dan secubit garam dalam segelas air. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
Tidak salah untuk mencuba jika limau kasturi ini dapat mengurangkan masalah kesihatan. Namun jika penyakit bertambah melarat, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lambakan pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran membuatkan ramai yang keliru nak guna yang mana satu. Setiap minyak zaitun ada perbezaan jenis dan kegunaannya yang perlu anda tahu.
Sebelum nak menggunakan minyak zaitun, sebaiknya anda kenali dulu perbezaan jenis-dan kegunaannya. Ini akan memudahkan anda untuk mengenal pasti minyak zaitun yang mana sesuai untuk dimakan mentah atau digunakan untuk memasak.
Bagi mengelakkan kekeliruan ini, ikuti perkongsian Salmy Saznira menerusi laman Facebooknya tentang jenis-jenis dan kegunaan minyak zaitun. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
Kakmie, boleh ke masak guna olive oli?
Jawapan kakmie; Ada yang boleh dan ada yang tak digalakkan.
Aiikk… cam mna tu? ?
Ok. Sebenarnya gini. Minyak zaitun (olive oil) ni banyak jenis dan kategorinya. Ada jenis yang boleh kita masak/ menumis/ menggoreng dan ada yang tak digalakkan. *Kakmie fokus jenis ya bukan jenama tau (kalau jenama ada macam-macam di pasaran… huhu)
Mengikut apa yang kakmie tahu info *melalui bacaan dan rujukan google
(1) Extra Virgin Olive Oil
(2) Virgin Olive Oil
(3) Pure Olive Oil
(4) Extra Light/Light Olive Oil
(5) Olive Pomoce Oil
Cuma bagi kita, malah kakmie sendiri.. dua@ tiga jenis saja yang biasa kita tahu dan selalu disebut-sebut. Betul tak? Ok. Mana boleh buat masak, mana tidak digalakkan? Jom kita tengok.
▪️ Biasa sangat kita dengar bila kita nak amalkan diet. Betul tak?
▪️ Ok. kenapa namanya Extra Virgin Olive Oil? Sebab ia dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama. Ia tidak mengalami proses pemanasan dan tidak ada campuran sebarang bahan kimia.
▪️ Kadar asid 0.5%-0.8%.
▪️ Tinggi oksida dan banyak nutrien/ khasiat vitamin dan mineral.
▪️ Warna kehijaun/rasa agak pahit/ bau agak kuat.
❌ TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA TERLALU TINGGI)
▪️ Extra Virgin Olive Oil – ‘smoke point’ ➖ (ada fakta kata 160-200 darjah Celcius).
▪️ Sebab khasiatnya akan terjejas jika ada pemanasan melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan(radikal bebas/ lebihan lemak dalam darah/ kolestrol/ hipertrigliseidemia.
▪️ Sesuai dicampur dalam sos dressing salad/ pasta/ pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya.
▪️ Atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak.
* Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
▪️ Minyak zaitun yang dihasilkan daripada proses perahan kedua.
▪️ Masih asli cuma kadar asid 1% – 4%.
▪️ Warna kuning kehijauan. ❌ TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA TERLALU TINGGI)
▪️ Virgin Olive Oil – ‘smoke point’➖199 darjah Celcius.
▪️ Sebab khasiatnya akan terjejas jika melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan radikal bebas/ lebihan lemak dalam darah/ kolestrol/ hipertrigliseidemia.
▪️ Sesuai dicampur dalam sos dressing salad/ pasta/ pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya.
▪️ Atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak. * Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
▪️ Campuran refined olive oil dan virgin olive oil.
▪️ Terlibat dengan beberapa proses penyulingan/ penapisan.
* Dua jenis olive oil di atas melalui proses yang sama cuma komposisinya campuran je berbeza.
* Refined olive oil adalah minyak zaitun yang sudah diproses dengan menambah bahan kimia untuk menambahbaik kualiti dan nutrien. Bahan kimia akan menutralkan rasanya yang kuat dan menurunkan kadar asid yang tinggi.Kemudian ditambah sedikit virgin olive oil untuk kembalikan rasa olive oil yang hilang akibat penambahan bahan kimia tadi.
▪️ Kadar asid melebihi 4%.
▪️ Warna kekuningan/kuning pucat. ✅ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENUMIS/ MENGGORENG/ MEMANGGANG TAPI SUHU KENA KAWAL.
▪️ Extra/ Light Olive Oil – ‘smoke point’ ➖ 237-242 darjah Celcius.
▪️ Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/ merosakkan kualiti/ nutrien. *Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
▪️ Gred minyak zaitun paling rendah.
▪️ Sisa proses pengekstrakan Pure Olive Oil.
▪️ Telah melalui beberapa proses penapisan.
▪️ Dicampur dengan pelbagai variasi virgin olive oil untuk memberi rasa minyak zaitun. ✅BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK/MENGGORENG/MEMANGGANG TAPI SUHU KENA KAWAL.
▪️ Olive Pomace Oil – ‘smoke point’➖ 238 darjah Celcius.
▪️ Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/ merosakkan kualiti/ vitamin.
• Sama kategori dengan minyak jagung/ canola/ minyak sayuran/ dan seeds oil lain yang diproses. * Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan * Tak digalakkan guna minyak ni sebab terlalu sedikit campuran olive oil
▪️ Sebenarnya,setiap minyak ada suhu tersendiri yang mana kualitinya/ nutrien akan merosot/berubah/hilang apabila dipanaskan dengan suhu yang melebihi tahap/paras ‘smoke point’ (Kakmie fokus untuk olive oil dulu ye)
▪️ Harus diingat jugak, MENGGORENG (deep fry) menggunakan Olive Oil (TIDAK AKAN) membuatkan makanan kita lebih sihat berbanding minyak lain.
▪️ Jika nak menggoreng BOLEH, tapi kena guna SUHU RENDAH/KUANTITI SEDIKIT/ MASA SINGKAT (tak boleh terendam lama) dan tentunya ia tidak garing dan tekstur makanan akan berminyak sedikit.
▪️ Sama jugak untuk yang menggunakan air fryer,boleh guna olive oil tapi jenis seperti yang kakmie nyatakan di atas dan pastikan SUHU SESUAI supaya tidak melebihi ‘smoke point’ jenis minyak tersebut.
▪️ Sebenarnya, kat setiap botol jenis Olive Oil dah ada dinyatakan CARA PENGAMBILAN (masakan) YANG SESUAI. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. (Rujuk gambar kakmie bagi beberapa contoh yang kakmie ambik kat pasaraya tempat kakmie)
Harapan Kakmie semoga info pasal Olive Oil ni bermanfaat untuk kita semua ya.✌??
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kalendar kecergasan tahunan, acara Fun Run 5km muncul seperti cendawan selepas hujan.
Dengan pelbagai tema warna, bubble, atau festival, acara ini sentiasa menarik perhatian warga kota, terutamanya di kalangan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia larian.
Persoalannya, sebagai seorang lelaki yang mengutamakan masa dan pelaburan dalam kecergasan, adakah Fun Run 5km ini benar-benar berbaloi untuk disertai, atau sekadar trend rekreasi yang membuang masa latihan anda?
Jawapan jujur: Ia bergantung sepenuhnya pada matlamat dan tahap latihan anda.
Jika dilihat dari sudut pandang gaya hidup dan kesihatan, Fun Run 5km menawarkan manfaat yang tidak boleh dinafikan:
Bagi mereka yang baru bermula, jarak 5km adalah ideal. Ia boleh dicapai tanpa tekanan, berfungsi sebagai titik mula yang memperkenalkan suasana perlumbaan, dan membina keyakinan untuk menamatkan sesuatu cabaran fizikal.
Acara ini sering diadakan dalam suasana festival, menyediakan peluang terbaik untuk bersosial dan menikmati riadah. Elemen fun membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood. Ia membuktikan bahawa kecergasan boleh menyeronokkan, bukan sekadar serius.
Walaupun ia Fun Run, pelari serius boleh menggunakannya sebagai ujian kelajuan (speed work) dalam suasana perlumbaan. Ini adalah cara terbaik untuk mengukur pace 5km anda dalam suasana kompetitif tanpa tekanan Half Marathon.
Bagi pelari yang sudah berada di tahap yang lebih tinggi dan berorientasikan prestasi, Fun Run 5km mungkin kurang berkesan:
Jika rutin latihan mingguan anda sudah meliputi Long Run 15km, Fun Run 5km tidak memberikan rangsangan fizikal mencukupi untuk memajukan prestasi. Masa dan tenaga mungkin lebih baik dilaburkan dalam sesi tempo run yang lebih terstruktur.
Fun Run sering menarik bilangan peserta yang ramai. Di kilometer awal, laluan mungkin sesak dan memaksa anda memperlahankan pace. Kesesakan ini boleh mengganggu pelari yang ingin mencapai masa peribadi terbaik (Personal Best atau PB).
Ya, ia berbaloi jika matlamat anda adalah untuk memulakan gaya hidup sihat, mencari motivasi sosial, atau menikmati acara riadah bersama rakan. Ia adalah pelaburan untuk mentaliti dan sosialisasi.
Tidak berbaloi jika matlamat utama anda adalah untuk memecahkan rekod peribadi dalam larian jarak jauh, dan anda memerlukan setiap sesi latihan untuk meningkatkan stamina serta endurance.
Pilihan terbaik bagi lelaki yang berorientasi prestasi adalah menyertai Fun Run 5km hanya sebagai hari pemulihan aktif (active recovery) atau sebagai sesi speed work yang intensif. Jika tidak, simpan tenaga anda untuk perlumbaan yang lebih mencabar!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.
Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.
Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.
Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.
Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.
Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.
Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.
Ini adalah punca lain kenapa lelaki mudah botak
TEKANAN
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
CORAK KEBOTAKAN
Corak kebotakan rambut lelaki, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
KURANG VITAMIN
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang