Boleh makan ke Ikan Toman? Itulah reaksi umum masyarakat kita yang banyak menilai sifat luaran semata-mata. Ikan Toman ini terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan orang lelaki.
Hanya disebabkan rupa ikan ini yang agak menakutkan, dan dagingnya yang hambar rasa, kita tidak ingin mengambil tahu gizi dan khasiat ikan tersebut.
Disebabkan itu, MASKULIN cuba kumpulkan sebanyak mungkin rahsia kesihatan yang terkandung disebalik Ikan yang agresif ketika dipancing.
Pembentukan Tulang
Kandungan asid amino esensial yang terdapat pada ikan ini sangat berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada kanak-kanak, membantu penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen dalam tubuh.
Selain itu juga dapat menghasilkan antibodi, hormon, enzim, dan pembentukan kolagen.
Menyihatkan Otak
Otak merupakan pengendali tubuh, apabila seseorang memiliki cerebellum yang sihat, maka ia akan mendorong kesihatan.
Namun sebaliknya, jika otak dalam keadaan yang tidak sihat, maka itu merupakan penyebab dari segala masalah pada tubuh.
Ads
Maka dari itu anda harus mengamalkan memakan ikan ini supaya memiliki otak yang sihat.
Mengawal Tekanan Darah
Apabila seseorang berhadapan dengan hipertensi, pengambilan ikan garang ini secara setiap hari dapat membantu menjaga tahap tekanan darah supaya tetap stabil dan terkawal.
Tingginya kadar kalium yang terkandung pada ikan ini membantu menjaga tekanan darah normal, selain itu juga bisa menurunkan risiko komplikasi kesihatan.
Mencegah Penyakit Jantung
Salah satu cara untuk mencegah risiko penyakit jantung ialah dengan pengambilan makanan yang banyak mengandungi omega 3, contohnya ikan toman.
Ads
Selain itu juga banyak terdapat gizi serta nutrisi di dalamnya.
Sumber Vitamin
Ikan toman merupakan salah satu jenis ikan yang banyak mengandung sumber gizi yang penting bagi tubuh, terutama vitaminnya.
Contohnya ada vitamin B kompleks, A, D, dan E. Ada baiknya bila pengambilan toman ini secara rutin.
Menurunkan Risiko Kencing Manis
Memakan ikan toman secara rutin ternyata berupaya menurunkan risiko kencing manis atau biasa disebut dengan diabetes.
Ads
Ini kerana di dalamnya terdapat kepelbagaian asid lemak yang berperanan dalam pencegahan serta mengawal kadar gula darah.
Menurunkan Berat Badan
Kandungan omega 3 yang terdapat pada ikan toman dikenal dapat membantu menurunkan berat badan. Selain itu juga harus diselaraskan dengan senaman teratur supaya dapat menurunkan lemak dalam perut secara signifikan.
Hal ini juga dapat membantu mengatur metabolisme tubuh. Maknanya, kenalah banyak lakukan trip memburu toman.
Orang yang mengambil asid lemak omega 3 dengan menjadikan ikan toman sebagai lauk pauk dalam menu harian, dapat membantu mengubati dan merubah suasana hati yang terjadi pada pengidap depresi.
Walaupun kumpau memancing toman, dengan pengambilan toman dalam diet, ia akan mengurangkan tahap depresi akibat kumpau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejujurnya apakah yang akan terlintas di minda apabila perkataan ‘Zumba’ singgah di telonga anda?
MASKULIN yakin anda akan terus terbayang sekumpulan wanita pertengahan umur yang sedang asyik menari dalam gaya sekata, bukan?
Tapi tahukah anda sebenarnya zuma bukanlah hanya untuk golongan wanita sahaja. Di luar negara bentuk aktiviti senaman zumba ini dilakukan oleh pelbagai peringkat usia dan tak mengira jantina.
Lelaki pada zaman sekarang perlu lebih berani dan terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan zumba adalah trend yang harus anda cuba kerana ia banyak memberikan manfaat kesihatan kepada anda.
Selain faedah senaman, anda juga boleh bergembira mengikuti alunan lagu rancak! Ikuti 6 kelebihan zumba yang boleh anda dapat bila melakukannya.
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori.
Jika anda terus berzumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Skuad muda bola tampar lelaki negara mengharapkan tuah di laman sendiri untuk menamatkan penantian 16 tahun tanpa pingat di Sukan Sea 29 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Tidak meletakkan sasaran warna pingat anak didik Tay Yue Siong kini dilihat memiliki potensi cerah meraih pingat berdasarkan kualiti dimiliki barisan pemainnya berbanding dua tahun lalu di Singapura.
Sudah pasti tanggungjawab utama skuad Yeu Siong adalah untuk mencipta sejarah baharu di hadapan penyokong sendiri kali ini.
Ujar Yue Siong, barisan kali ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan pasukan kendaliannya dalam Sukan Sea Singapura dua tahun lalu, jadi sasaran mahu memastikan pingat bukan sekadar angan-angan kosong.
“Masih berbaki tempoh dua bulan untuk membuat persiapan sebelum menjelang Sukan Sea, kali ini pasukan kebanyakan dibarisi pemain baharu dan hanya tinggal empat pemain yang beraksi di Singapura dua tahun lalu.
“Dengan barisan pemain muda yang memberikan komitmen sepenuhnya, saya percaya misi meraih pingat tanpa mengira warna mampu dicapai,” katanya dalam sidang media program Kita Juara , baru-baru ini yang turut disertai kapten pasukan Sim Jian Qin dan Khairol Shazrime Shamsaimon.
Jian Qin (kiri) dan Khairol Shazrime tekad membuktikan kemampuan meraih pungutan pingat di laman sendiri pada temasya Sukan Sea 29.
Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat adalah pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur dengan merangkul pingat perak setelah tewas kepada Thailand dalam aksi final.
Skuad negara akan mengharungi Kejohanan Pra Sukan Sea membabitkan sembilan pasukan kelab dan negara Asia Tenggara bermula pada 19 Julai dan mahu menjadikannya sebagai platform untuk menghadapi kejohanan sebenar pada Ogos nanti.
Selepas Kejohanan Pra Sukan SEA, pasukan kebangsaan akan ke Taiwan selama dua minggu sebelum memuktamadkan senarai akhir 12 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran pingat.
Mengulas cabaran yang bakal dihadapi, Yeu Siong menjelaskan pasukan Thailand merupakan pilihan untuk meraih pingat emas selepas muncul juara tiga kali berturut-turut dalam temasya tersebut.
Setakat ini senarai 15 pemain dikemukakan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi hanya 12 akan membawa cabaran. Senarai akhir akan dimaklumkan selepas balik dari Taiwan nanti. Secara keseluruhan saya berpuas hari dengan 15 pemain sedia ada,” ujarnya.
Pada Sukan Sea 2015 di Singapura skuad bola tampar lelaki negara meraih tempat ketujuh daripada lapan negara yang mengambil bahagian.
Selepas disahkan melecur tahap empat akibat disimbah asid, hala tuju kerjaya pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim selepas ini menjadi persoalan para peminat sukan itu, demikian lapor Berita Harian.
Terdapat kemungkinan aksi Faisal Halim atau Mickey tidak sehebat dulu kerana kecederaan tahap empat membabitkan otot, tulang dan saraf mengambil masa yang panjang untuk pulih.
Menurut Dr Noor Ameera Rahmat yang merupakan doktor kulit di Klinik Usraa, Faisal mampu pulih namun masih terlalu awal untuk mengatakan kecederaannya bakal menamatkan kerjayanya.
Tambahnya, kebiasaannya pesakit yang mengalami kecederaan melecur tahap empat juga sukar untuk pulih 100 peratus seperti asal.
Oleh itu, kecederaan Faisal mungkin memberi kesan kepada kerjayanya yang mana boleh menyebabkan dia sukar bermain bola sepak seperti dahulu.
“Ada peluang untuk (Faisal) pulih, cuma untuk pulih 100 peratus sukar, mungkin 30 ke 40 peratus sahaja. Ia akan membabitkan banyak siri pembedahan dan pembedahan itu pun ambil masa yang lama sebab doktor nak tengok perkembangan luka dia.
Jelas Dr Noor Ameera lagi, pemulihan kecederaan melecur tahap empat mengambil masa berbulan, bahkan prosedur pembedahan sahaja memakan 17 ke 21 hari.
Bagaimanapun, proses penyembuhan boleh menjadi lebih singkat bergantung kepada perkembangan luka jika Faisal tiada penyakit lain serta menjaga pemakanannya.
“Untuk pembedahan, doktor akan ambil kulit tempat lain seperti paha bagi menutup tempat kulit yang terbakar dan kalau perasan bila terbakar kulit akan jadi macam tertarik. Ia perlu rawatan sebab bila kulit tertarik ia akan menyebabkan pergerakan terbatas,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pegawai perubatan Klinik Kesihatan Gambang, Kuantan Dr Muhammad Aliff Md Zaki menjelaskan kecederaan yang dialami Faisal turut mempengaruhi keseimbangan badan pemain berusia 26 tahun itu.
Hal ini kerana otot yang rosak atau putus tidak akan sempurna seperti asal apabila dirawat dan disambung semula.
“Mungkin kita tak akan nampak Faisal yang dulu, kecuali kalau pembedahan yang dilakukan dapat merawat sepenuhnya kecederaan dan mungkin dia boleh kembali kepada persembahan asal. Namun, apabila sudah sampai kes macam ini (kecederaan tahap empat), jarang boleh kembali pulih kepada asal.
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.