Ramai yang tak tahu jus timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.
Lebih-lebih lagi jika anda sering menjadikan timun sebagai antara bahan serta rutin pemakanan yan utama di samping menu lain.
Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah :
Ads
1. Bantu cegah kanser
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
Ads
2. Boleh turunkan berat badan
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
Ads
3. Mencegah tekanan darah naik
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
4. Mencegah penuaan dan melawan radikal bebas
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki mana yang tidak mengimpikan badan yang tegap, kurus dan ‘tiada perut’? Pasti semua lelaki ingin memiliki bentuk badan sebegitu. Tetapi, kamu tahu tak jika badan terlalu kurus, kami berisiko diserang penyakit? Jangan ingat lelaki gemuk sahaja magnet penyakit.
Kalau kamu biasa timbang berat badan, kamu akan tahu yang Body Mass Index (BM) yakni kiraan berat badan ideal dengan ketinggian kamu ialah sekitar 20 hingga 25. Lebih daripada 25 anda dianggap obes. Jika kurang daripada 18.5 anda dianggap terlalu kurus. Berikut, adalah beberapa jenis penyakit yang mungkin kamu hidapi jika badan tu ‘kurus keding’
1. Sakit Jantung
Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena penyakit jantung. Orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam. Fakta: Lemak bagi lelaki yang gemuk membonjol terutama pada bahagian perut berbanding lelaki kurus. Tetapi harus kita
ketahui, lemak lelaki yang kurus ‘tertampal’ pada bahagian jantung dan hati!
2.Kerap letih
Majoriti lelaki kurus kerapa merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kurang darah. Selain letih, petanda penyakit
anemia lain adalah selalu sakit kepala dan mudah semput.
3. Kurang subur
Badan kamu yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Berdasarkan kajian, lelaki yang terlalu kurus berisiko sehingga 22 peratus mengalami
masalah berkaitan seksual seperti kegagalan ejakulasi rasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin serta masalah erektil.
4. Tulang rapuh
Majoriti lelaki terlalu risau dengan perkataan ‘lemak.’ Takut sangat badan gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. kebanyakan lelaki kurus tidak sedar
bahawa lelaki kurus biasanya akan mengalami masalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis/tulang rapuh. Ini terjadi kepada badan lelaki yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilkan estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi rapuh.
Maksudnya, selepas ini berpada-padalah mamasang impian nak kurus semata-mata nak bergaya dengan baju atau seluar yang ‘fit’ dengan tubuh kamu. Silap haribulan, penyakit yang datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KEBANYAKAN ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT HIPERTENSI ATAU DARAH TINGGI AKAN MENGEHADKAN ATAU MENGELAKKAN DARIPADA MEMAKAN DAGING KAMBING KERANA IA DIKHUATIRI AKAN MENYEBABKAN TEKANAN DARAH NAIK.
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA
Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.
Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.
Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.
Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.
Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.
Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.
Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.
BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?
Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.
Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING
Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
OLEH : FARAH AZIZ
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang