
Otot tricep (Lower arms) adalah otot yang terletak di bahagian belakang lengan Manakala bahagian hadapan pula dikenali sebagai otot biceps (Upper Arms).
Kedua-dua otot ini sentiasa menjadi idaman para peminat sukan bina badan serta lelaki kerana ia boleh menaikkan keyakinan seseorang tambah-tambah bila pakai baju tanpa lengan.
Namun untuk memantapkan otot di bahagian ini tidak mudah kerana ia menuntut komitmen senaman yang berterusan serta iltizam yang tinggi.
Coach Idraki Idrus berkongsikan sebuah video di Instagram tentang variasi senaman lain yang sesuai untuk menaikkan otot di bahagian Tricep. Ini kerana kebanyakan orang melakukan senaman yang mana tanpa sedar hanya untuk otot bicep sahaja.
Ikuti tipnya di bawah ini:
Otot TRICEPS terletak di bawah lengan mempunyai 3 bahagian (lateral, medial & long head) Kebiasaannya kita buat cable pushdown sahaja utk train triceps kita, jadi bahagian seperti long head of triceps kurang dapat perhatian berbanding yang dua tu.
So kita kena buat lebih variation supaya ketiga tiga bahagian triceps kita dapat muscle stimulation yang cukup.
BACA: Senaman Mudah Guna Sofa Agar Perut Pejal & Berotot, Hanya 15 Minit Sehari!
Senaman Dumbell Skull Crusher

✅ Pastikan siku lock lebih (“correction”) daripada 90 degree
✅ Gunakan beban yang moderate xterlalu berat
BACA: 4 Teknik Senaman Kaki Yang Mudah Untuk Lelaki Ikut Kalau Nak Dapat Kaki Super Seksi
✅ Turunkan dumbbell sejauh yang boleh untuk dapat stretch yang cukup
✅ Naikkan dumbbell tanpa menghayun lengan ke depan, pastikan siku sentiasa LOCK ?
Buat Dalam lingkungan 4 Set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berlari di Treadmill Tapi Tak Efektif? Ini Kesalahan Yang Perlu Diperbaiki!

Gaya hidup sihat yang moden kini menjadikan gimnasium sebagai pilihan utama bagi ramai individu untuk bersenam dengan lebih selesa. Antara peralatan yang paling popular digunakan adalah mesin treadmill.
Dengan semakin ramai yang mengamalkan aktiviti larian, treadmill menjadi alternatif terbaik, terutama dalam keadaan cuaca di negara kita yang tidak menentu – panas terik di siang hari atau hujan lebat secara tiba-tiba.
Namun, tahukah anda bahawa berlari di atas treadmill memerlukan teknik yang betul? Jika digunakan secara sembarangan, bukan sahaja prestasi larian terjejas, malah risiko kecederaan juga meningkat.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang dilakukan oleh ramai orang ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
1. Memulakan larian dengan kadar kelajuan tinggi
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
2. Tidak panaskan badan sebelum mula

Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warming up dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu.
Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
BACA: Jangan Buat 3 Kesilapan Diet Ini, Kalau Rak Hangan Haraplah Nak Kurus!
3. Rasa tercabar dan bersaing dengan orang sebelah

Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali.
Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan

Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera.
Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill

Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
BACA: Theeban & Syafiq, Dari Bawah Radar Ke Finale MASKULIN Who’s Your Bro!
Teruskan melakukan aktiviti larian tidak kiralah di luar ataupun di treadmill. Sama-sama kita jayakan gaya hidup yang lebih sihat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
10 Cara Pantas Untuk Buang Lemak Di Perut & Jadikan Six-Pack Sepanjang Bulan Jun

Jangan biarkan orang ‘potong’ motivasi kita untuk kurus bermula dengan buang lemak pada bahagian perut secara konsisten.
Ramai yang tersilap cara namun jika anda berpegang pada 10 cara ini, insya’Allah segala apa yang anda impikan boleh jadi kenyataan.
1. Sentiasa membawa air mineral
Untuk kekal bertenaga, ia adalah idea yang baik sekiranya anda sentiasa membawa sebotol air mineral bersama anda tidak kira dimana jua. Anda akan rasa lebih bertenaga dan lama kelamaan anda akan kurangkan minuman soda dan air gula yang berlebihan. Ini adalah salah satu jalan pintas untuk hilangkan lemak di perut, ayuhlah kita cuba dalam masa seminggu dan lihat perubahannya!
2. Tidak mengambil makanan segera (Fast Food)
Makanan segera merupakan penyumbang utama kepada lemak di perut. Ia memang sangat menyelerakan namun makanan segera mengandungi banyak kalori dan lemak yang menyebabkan lemak di perut dan pinggul. Katakan tidak kepada makanan segera atau sekurang-kurangya untuk makanan segera cara yang sihat, contohnya salad tanpa ayam goreng atau kalori yang tidak tinggi. Tetapi sekiranya anda benar benar mahu hilangkan lemak di perut, elakkan pengambilan makanan segera.
3. Tidak mengambil soda
Soda mempunyai kalori yang sangat tinggi berbanding dengan pengambilan pisang yang banyak, yang tidak ada nutrisi. Kebanyak kalori dari soda datagnya dari fruktosa air gula yang sangat tinggi dimana badan kita tidak dapat memproses dan kemudiannya berakhir menjadi lemak perut. Buangkan soda dalam hidup dan selamatkan kalori-kalori dengan perkara yang lebih baik untuk membakar lemak perut.
4. Kurangkan berat badan dengan melakukan senaman
Dalam jumlah yang sederhana, anda perlu melakukan pelbagai jenis senaman contohnya senaman berjalan pantas, joging, berenang dan lain-lain. Ingat, keseluruhan senaman dan nutrisi merupakan kunci untuk hilangkan lemak di perut!
5. Melakukan senaman dengan penuh kenikmatan
Ia adalah sangat penting untuk anda memilih jenis senaman yang anda suka dan jadikan ia sebagai rutin hidup. Sekiranya anda gemar menari, anda boleh mencuba untuk ke kelas Zumba pada hujung minggu termasuk juga dengan senaman aerobik.
6. Jangan sampai kebulurkan diri
Kebulurkan diri tidak akan langsung membantu anda untuk membakar lemak perut. Hilangkan kalori tidak semestinya dengan tidak menyentuh makanan tetapi dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Membiarkan diri anda kebuluran merupakan perkara yang sangat bahaya dan tidak sihat, malah ia alangsung tidak membantu! Ia boleh merosakkan metabolisma lalu membawa kepada banyak masalah kesihatan. Jangan buat kesilapan dengan menganggap tidak makan waktu pagi dan waktu yang lain boleh menyebabkan berat badan turun.
7. Matlamat untuk hilangkan lemak perut dengan cepat
Selepas beberapa minggu anda mendapati berat badan masih lagi tidak turun. Jangan berputus asa! Itu adalah salah satu tanda badan anda sedang berusaha untuk mencapai hasil positif yang selama ini ada usahakan. Teruskan perjuangan anda! Anda hampir mencapai matlamat anda untuk menghilangkan lemak di perut.
8. Minum segelas air putih sebelum makan
Kebiasaanya kalau anda dahaga, anda akan makan. Pelik tapi benar. Oleh itu, sebelum anda makan, anda disyorkan untuk minum segelas air sejuk beberapa minit sebelum menikmati hidangan anda. Anda akan terkejut melihat perubahnnya. Jom cuba!
9. Makan 5 hidangan yang sikit setiap sehari
Lebih baik anda mengambil lima hidangan yang sikit setiap hari daripada mengambil tiga hidangan yang banyak setiap hari. Contohnya, sarapan pagi yang ringan, snek untuk pagi, makanan tengahari yang ringan, snek petang dan makan malam yang seimbang. Untuk peringatan, snek tidak semestinya makanan yang tidak sihat, cari yang berkhasiat! Oleh itu, rancanglah pemakanan anda lima kali sehari dengan bijak dan lama-kelamaan ia akan menjadi rutin hidup yang sihat.
10. Abaikan komersial produk hilangkan lemak perut
Jangan terpedaya dengan komesial produk yang menjanjikan pil diet, alatan senaman dan yang menggunakan selebriti untuk meyakinkan anda. Semua itu adalah tipu daya sahaja. Cara yang paling berkesan hanyalah dengan tukarkan pemakanan yang sihat dan bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Naik Turun Tangga, Senaman Terbaik Buat Warga Tinggal Di Flat & Apartmen

Tidak dinafikan ramai warga bandar khususnya sangat sibuk dengan pelbagai urusan kerja, keluarga dan luaran sehingga tiada masa untuk bersenam. Ini terutamanya bagi yang tinggal di rumah flat atau apartmen, tidak punya ruang untuk bersenam. Tapi sebenarnya jika naik dan turun tangga ia juga boleh dijadikan rutin senaman yang baik.
Mungkin bagi orang yang hidupnya lebih senang dan mampu boleh melakukan senaman di gimnasium dengan menjadi ahli pusat senaman seperti itu. Atau tinggal di kondominium yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Namun bagi yang tinggal di flat dan apartmen, kemudahan seperti itu bukanlah satu perkara yang ada dalam kehidupan seharian.
Usah risau kerana selagi ada kemahuan di situ ada jalan!
MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr. Kamarul Ariffi Nor Sadan, doktor yang cukup berpengaruh di laman media sosial berkongsi tentang kelebihan naik dan turun tangga sebagai senaman.

Jelasnya, memanjat tangga sebenarnya diklasifikasikan sebagai senaman berat. Jika diamalkan boleh membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding melakukan aktiviti larian.
Ia juga merupakan bentuk senaman yang sesuai terutamanya buat warga bandar yang sentiasa kesuntukan masa atau tiada tempat beriadah.
Apatah lagi sekarang di musim pandemik yang boleh mendedahkan risiko kepada penularan.
Berikut merupakan beberapa kelebihan lain melakukan senaman atau memanjat tangga.
KELEBIHANNYA
- tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
- boleh dilakukan di tempat kerja dan tidak kelihatan janggal. Takkanlah pula anda nak buang tabiat dengan sentiasa berlari-lari anak di tempat kerja.
- lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif terutamanya bangunan tempat kerja atau kediaman mempunyai 5 tingkat atau kurang.
- memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar 7 kali lebih kalori daripada guna lif.
BACA: 7 Kesalahan Utama Orang Lakukan Ketika Plank
- Bila memanjat 20 anak tangga, anda membakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
- Semasa menuruni 20 anak tangga pula anda boleh membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
- Walaupun menuruni tangga kurang membakar kalori berbanding memanjat namun ia menguatkan otot kaki dan paha.
- Apabila memanjat tangga anda membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.

- Tapi tahukah anda dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
- Naik tangga dalam tempoh 7 hingga 10 minit sehari mampu merendahkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
- Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
- Aktiviti memanjat dan menuruni anak tangga juga sangat mesra alam dan menjimatkan penggunaan tenaga operasi lif.
Buat anda yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium sekali pun boleh cuba lakukan amalan memanjat tangga. Tiada alasan untuk tidak bersenam!
Subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang






