Hardi Jaafar, nama yang tidak asing dalam arena bola sepak Malaysia, dikenali dengan ketajaman kaki kirinya dan visi permainan yang luar biasa.
Pernah mewakili beberapa pasukan ternama seperti Selangor FA dan Perak FA, serta mencatatkan 29 penampilan bersama skuad kebangsaan, Hardi bukan sahaja dihormati kerana prestasinya di padang, tetapi juga kerana keberaniannya bersuara demi kebaikan sukan ini .
Hardi Jaafar, baru-baru ini telah mencetuskan gelombang perbincangan hangat.
Ungkapan “Selamat Jahanam Liga Malaysia” yang dilontarkannya bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi manifestasi kekecewaan mendalam terhadap keadaan semasa liga tempatan.
Apa yang berlaku?
Sebelum ini Hardi Jaafar mempersoalkan keputusan MFL yang memperkenalkan peraturan 15 pemain import.
Dia menulis di Facebook miliknya dengan berkata: “Saya cakap ni bukan nak populariti atau apa, saya nak kepada pihak yang mengendalikan Liga Malaysia?
“Adakah patut atau tidak setiap pasukan memerlukan khidmat 15 pemain import seramai 15 orang? Kenapa tak letak satu pasukan terus?
Ads
“Dalam bahasa kasar, kepala bana korang. Ini semua akan membuatkan pemain tempatan gali kubur dan tanam sendiri.
Kekecewaan Terhadap Liga Tempatan
“Otak kamu pergi mana. Korang sanggup lihat pasukan Kedah, Perak dan Pahang tarik diri dari liga.
“Padahal pasukan ni adalah yang terbaik dengan rekod mereka. Disebabkan satu dua pasukan bermain di ACL, kamu lupakan pasukan yang naikkan nama Malaysia dulu.
Ads
“Liga Malaysia sekarang dijajah oleh pemain luar. Bagi pasukan yang ada duit bagus.
“Yang tak berada ada duit memang jahanam. Setakat main dengan ramai pemain import, hanya dua pemain tempatan tak payah bangga.
‘Selamat jahanam Liga Malaysia’
“Kamu hanya bangga dengan piala yang rekod dalam Malaysia. Maaf cakap selamat jahanam Liga Malaysia,” tegas Hardi Jaafar.
Hardi Jaafar minta maaf
Tidak lama selepas itu, bekas pemain kebangsaan Malaysia itu meminta maaf di atas kenyataannya yang agak emosi.
Ads
Dia berkata: “Assalamualaikum semua. Saya, Hardi Jaafar, mahu minta maaf di atas luahan perasaan saya selaku bekas pemain kebangsaan Malaysia dan rakyat Malaysia.
“Luahan saya hanyalah kata-kata tulus daripada seseorang yang sangat mencintai Malaysia.
“Sekali lagi, saya memohon maaf dengan sesungguhnya, sekiranya kata-kata saya telah melukakan hati sesiapa, ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu.
“Mungkin kata-kata saya kedengaran kasar, namun itu bukanlah niat sebenar saya dan bukanlah seperti yang mungkin ditafsirkan oleh orang lain.
“Pada hari yang mulia ini, saya dengan ikhlas memohon kemaafan sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Damailah Malaysia. Sayang Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dapatkan six pack tanpa menggunakan alatan gym? Ya, anda mampu melakukan senaman yang berimpak tinggi ini di rumah sekali pun. Tak perlu gunakan sebarang perlatan.
Apa yang anda perlu ialah keinginan, disiplin tinggi serta semangat waja!
Lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuba semak jumlah tekan tubi yang anda mampu buat? Kalau jumlah tekan tubi anda kurang 10 kali, anda perlu berjaga-jaga.
Ini kerana mengikut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, lelaki pertengahan umur yang tidak melepasi jumlah tekan tubi sebanyak 10 kali berisiko untuk diserang sakit jantung.
Jadi jika sebelum ini anda sukar untuk melakukan tekan tubi, jangan berlengah dan mulakan senaman sekarang.
Dengan melakukan senaman tekan tubi secara konsisten, jumlah tekan tubi anda akan bertambah sekali gus mengelakkan anda daripada diserang sakit jantung.
Satu kajian terkini dari pengkaji dari Universiti Harvard mendapati, kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan “push up” atau tekan tubi boleh dijadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.
Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan umur yang TIDAK mampu untuk melakukan “push up” melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.
Selain itu, lelaki yang mampu melakukan “push up” melebihi 40 kali, didapati 96% kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.
Berapa “push up” yang boleh anda lakukan? ???
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tekan tubi merupakan senaman yang dianggap ‘standard’ dan tidak menghairakan. Tapi tahukah adan kalau dilakukan setiap hari ia mampu membina badan yang mantap?
Ramai orang tergendala hasrat mereka ingin mulakan aktviti senaman kerana dua perkara tersebut. Alasan tak sempat dan tak ada masa merupakan yang paling popular sering kita dengar. Tapi senaman tekan tubi adalah biasa saja!
Tapi jika anda tak mulakan sampai bila-bila pun tak akan jadi.
Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman push up. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan buat tekan tubi setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
LEBIH BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
TERAS BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin.
Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Apa tunggu lagi, jom lakukan 10 push up setiap hari! Selepas melakukannya selama sebulan pasti anda akan dapat hasilnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.