Kuala Lumpur bakal jadi pusat tumpuan dunia bila Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2025. Tapi dalam masa yang sama, kau kena ready sebab banyak jalan utama & lebuh raya sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.
Ni bukan acara biasa-biasa, bro. Mesyuarat ni himpunkan barisan Menteri Luar Negeri ASEAN, VVIP dan pegawai penting. Demi keselamatan & kelancaran acara, trafik sekitar KL akan dikawal ketat.
Kalau kau jenis yang ulang-alik kerja atau ada plan lepak tengah bandar minggu ni, elok sangat kau take note benda ni.
Timeline Penutupan & Laluan Terlibat
7 Julai (Mulai 7 pagi)
➡️ Lebuh KLIA ➡️ Lebuhraya Elite ➡️ Lebuhraya MEX ➡️ Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban ➡️ Lingkaran Putrajaya ➡️ Jalan Istana ➡️ Jalan Damansara ➡️ Jalan Tun Abdul Razak ➡️ Jalan Ampang ➡️ Jalan Sultan Ismail ➡️ Jalan Bukit Bintang ➡️ Jalan Imbi
Kalau biasa lalu kawasan ni awal pagi, better plan route lain siap-siap.
Ads
8 Julai (Mulai 10 pagi) – Fokus Persimpangan KLCC
➡️ Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
Area KLCC memang sesak waktu biasa pun, minggu ni lagi padat bro. Jangan degil, elak lalu kalau tak ada urusan penting.
9 Julai
➡️ Pukul 7 pagi — Laluan hotel ke KLCC ➡️ Pukul 4 petang — Laluan KLCC ke hotel
Ads
10 Julai
➡️ Pukul 7 pagi — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 5 petang — KLCC ke hotel ➡️ Pukul 7 malam — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 10 malam — KLCC ke hotel
11 Julai (Mulai 7 pagi)
➡️ Laluan hotel ke KLCC
Pesanan ‘Gentle Reminder’ Dari JSPT Bukit Aman
Datuk Seri Yusri Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pesan kat semua:
Ads
✅ Rancang perjalanan lebih awal – Jangan last minit baru nak redah, nanti menyesal ✅ Guna pengangkutan awam – MRT, LRT, Monorel semua berjalan seperti biasa, lebih lancar & jimat stress ✅ Elak pusat bandar waktu puncak – Lagi-lagi untuk kenderaan perdagangan, jangan masuk kawasan sesak kalau tak nak menyumbang pada trafik jem
Lelaki dan jam memang tak dapat dipisahkan. Malah Bagi MASKULIN, tak lengkap untuk seseorang lelaki untuk nampak segak jika tangannya polos tanpa jam tangan.
Dan pada masa kini, jam tangan bukan lagi berfungsi untuk memberitahu waktu sahaja. Ia lebih daripada itu dan mempunyai banyak fungsi-fungsi berbeza. Ada jam untuk majlis eksklusif, jam pintar, jam jogging dan juga jam berbentuk koleksi seperti G-Shock.
Bercakap tentang pemakaian jam pula, ada orang selesa memakai di tangan kiri dan ada juga yang lebih cenderung memakainya di tangan kanan.
Tapi jika ikutkan norma biasa ramai yang memakai jam di tangan kiri. Tapi apakah hukumnya dalam agama Islam kerana apa yang kita tahu tangan kiri lebih sinonim untuk kita gunakan membersihkan sesuatu yang kotor (basuh berak).
Inilah persoalan yang telah diajukan oleh seorang follower kepada Mufti Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Penjelasan ini turut dikongsi oleh beliau di laman sesawang rasminya iaitu www.muftiwp.gov.my.
Nak tahu apa hukum memakai jam di tangan kiri? Ikuti perkongsian Mufti Wilayah di bawah.
Soalan:
Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum seseorang itu memakai jam di tangan kiri ? Adakah ia dianggap menyelisihi sunnah kerana Rasulullah S.A.W suka kepada tayammun (mendahulukan anggota kanan) dalam setiap urusan baginda ?
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.
Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: ‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti (2/236).
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه وإن شاء في خنصر يساره كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل ; لأنه زينة ، واليمين أشرف
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.
Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/333)
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kenapa perut buncit anda semakin hari semakin membuncit? Anda perlu tahu, ia menjadi buncit bukan semata-mata kerana disebabkan anda banyak makan tau…
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan perut anda jadi semakin buncit dan kebanyakan adalah tabiat buruk yang anda lakukan sendiri!
Berikut adalah beberapa kebiasaan atau tabiat buruk yang anda lakukan sendiri sehingga menyebabkan perut anda jadi semakin buncit.
Disebabkan aktiviti yang terlalu padat, anda sering lupa untuk makan. Sedangkan ketika anda terlambat makan, tubuh tidak akan membakar semua kalori yang sudah anda makan.Selain itu, makan sambil berbaring juga akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman. Berhenti menikmati sebarang makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Jika terasa lapar, sebaiknya anda makan sepotong buah untuk mengalas perut.
Kurang tidur boleh meningkatkan hormon stress dan kortisol di dalam tubuh. Meningkatnya kadar kortisol dalam tubuh akan membuat anda semakin memerlukan gula atau makanan manis. Tidur yang mencukupi akan membantu anda mengatur lemak perut dan selera makan. Jadi, cubalah dapatkan tidur yang mencukupi pada setiap malam.
Anda suka minum minuman berkarbonat atau air gas?Tahukan anda pengambilan minuman tersebut hanya akan membuatkan berat badan anda naik berlipat kali ganda berbanding yang tidak meminumnya. Jadi, cubalah untuk menghindarinya.
Tentu ramai di antara anda yang percaya makanan rendah lemak atau low fat, cukup bagus. Padahal makanan rendah lemak biasanya mengandungi lebih banyak gula dan garam untuk menggantikan rasanya. Kurangkan pengambilan makanan rendah kalori, dan gantilah dengan pengambilan avokado dan minyak zaitun. Jalan terbaik, setiapkali membeli makanan, baca terlebih dahulu setiap label makanan dan periksa kandungan lemak yang anda. Hindari makanan olahan rendah lemak.
Makanan yang digoreng atau bergoreng banyak mengandungi banyak lemak trans yang boleh menyumbat arteri dan mengumpul lemak di kawasan perut. Jadi anda makan makanan bergorang pastikan anda makan bersama salad dan air lemon agar seimbang.
Pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengendalikan nafsu makan dan meningkatkan hormon supaya anda tidak makan berlebihan. Protein juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama, dan membuat anda langsing secara semulajadi.
Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang boleh menjawab segala persoalan kenapa perut buncit yang sedang anda hadapi.
Hindari menikmati makanan seperti saat marah, sedih, atau kecewa.Apatah lagi sambil duduk di depan TV,anda pasti tidak akan sedar berapa banyak makanan yang sudah masuk ke dalam perut anda.
Jika tidak mahu perut anda jadi semakih buncit, cuba kurangi kebiasaan anda untuk mengunyah itu ya!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat pengemar nescafe, memang tak sempurna satu hari kalau tak dapat menghirup secawan nescafe ni. Tapi kalau yang tak biasa membuat dan membancuh air ni memang la tak menjadi. Tapi kalau korang nak rasa nescafe ala barista kat cafe-cafe ‘mewah’ tu buat.Sila cuba resepi ini.
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak.
Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja distarbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.
Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya..
Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1
Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis2…yang disalahkan, nasi…kesian nasik
1 sudu nescafe
4-6 sudu kecil susu cair
1 1/2- 2sudu kecil susu pekat manis
Air panas mendidih
1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis. Kacau rata.
2. Warna bila dicampur dan dikacau. Waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahaha.
( Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.)
3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
1. Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.
2. Resipi ini adalah untuk hidangan seorang.
Kredit resipi & gambar: Wan LuQman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.