
Berita baik untuk orang ramai yang ingin menunaikan zakat. Sepanjang bulan Disember ini, orang ramai boleh mengambil peluang menunaikan zakat di semua 27 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Waktu operasi juga telah dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 29 hingga 31 Disember.
Pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook LZS ini mengatakan bahawa waktu operasi untuk seluruh cawangan akan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Manakala bagi hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan LZS akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Mudahkan orang ramai
Menurut LZS, inisiatif ini diambil bagi memudahkan orang ramai untuk menunaikan zakat mereka sebelum berakhirnya tahun 2018.
Selain urusan taksiran untuk zakat harta, orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Bukan itu sahaja, cawangan LZS turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Peluang menangi hadiah istimewa
Lebih menarik, pengeluar zakat di semua 27 cawangan sepanjang Disember ini berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati Kad Touch & Go menerusi e-cabutan.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang sendiri ke cawangan LZS, pembayaran zakat boleh dilakukan menerusi online dengan melayari laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/.
Orang ramai digesa untuk sama-sama mengambil peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini bagi melayakkan anda mendapatkan rebat cukai pendapatan.
Tip Mudah Elak Pokai Di Hujung Bulan & Cara Simpan Duit Yang Boleh Korang Buat, Ikut Panduan Ini

Menurut kajian yang di buat baru-baru ini, didapati Rakyat Malaysia tidak memiliki baki wang untuk dibuat simpanan selepas terpaksa membayar pelbagai bil, pinjaman dan cukai.
Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.
Menurut pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan,Dan beliau mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi,
Tip Elak Pokai
1. Kad kredit
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
2. Beli Barang
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.
3. Petrol & Kenderaan
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.
4. Masak Di Rumah
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu
5. Kawal Bajet
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.
6. Mix & Match Baju
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
7. Suppliment & Ubat Kurus Badan
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.
8. Senaman
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.
9. Entertainment
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.
10. Keluar Dating
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.
11. Bercuti
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.
Sumber- Sinar Harian Online
Di Manakah Ego Seorang Lelaki?

Kami senaraikan tanda si egoistik yang mungkin kamu tidak sedar wujud dalam diri
‘Perasan bagus’, itulah yang mampu digelarkan pada si egoistik. Sifat ego tak dapat dilihat di mata kasar, namun kesannya boleh dirasai. Ego juga boleh dikaitkan dengan sombong dan angkuh serta memandang rendah akan orang lain. Adakah kamu seorang yang ego?
Perhatikan tanda-tandanya di bawah.
Keinginan untuk berubah
Kelemahan diri perlu diatasi, namun tidak membataskan kepada identiti diri kamu yang sebenar. Andai kata kamu seorang yang rendah diri, kamu kerap rasa tidak selesa apabila rakan kamu sering dipuji lebih bagus. Situasi ini boleh menyebabkan diri kamu rasa tercabar seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan kamu sehingga boleh lupa diri.
Taksub dengan impian
Kamu seorang yang kerap berfikir malah boleh dikatakan mempunyai impian dan matlamat yang besar pada masa hadapan. Namun, kerana terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, kamu gemar lakukan semua perkara seorang diri kerana tidak mahu dipandang lemah.
Bangga diri
Tanda lain kamu seorang yang ego ialah sikap kamu gemar menceritakan hal tidak benar untuk meyakinkan diri kamu istimewa. Namun, suatu hari nanti kamu akan sedar apa saja jalan hidup yang dipilih, kisahnya tak semestinya ditokok tambah hanya sekadar menunjukkan kamu sebenarnya mampu berjaya.
Dahagakan perhatian
Tak salah ingin melawak atau bergurau senda sekali sekala. Namun, ia akan memperlihatkan diri kamu ego jika dilakukan secara berlebihan. Bagi si ego, apa yang penting hanyalah dirinya yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Ikut kepala sendiri
Berilmu bukan bermakna kamu berhak menentukan setiap tindakan. Tindakan kamu yang inginkan semuanya dilakukan mengikut cara kamu sebenarnya hanya mencerminkan sikap ego. Sebagai contoh, sekiranya ada perbincangan, kamu akan mengaku hanya idea serta cara kamu yang betul dan menidakkan pandangan orang lain.
Perasan bagus
Ketika berbual dengan rakan, kamu sering memuji diri kamu seperti fizikal dan penampilan. Hal ini membuktikan kamu membandingkan diri sendiri dengan orang sekeliling. Disebabkan ego, kamu mungkin dijauhi kenalan baik dan sesiapa saja yang ingin rapat dengan kamu.
Penting diri sendiri
Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi. Bagi kamu, perasaan orang lain tak perlu dijaga dan dibiarkan saja disakiti. Yang penting, kamu seorang saja mampu gembira dan ia datang daripada tindakan rakan. Tapi cuba letakkan diri kamu di tempat dia, mungkin kamu akan merasai kesakitan yang sama.
sumber: lelakisihat.com
Jangan Pandang Ringan, Ini 10 Adab Ketika Mandi Wajib & Mandi Junub Yang Kamu Patut Ketahui

Setiap lelaki atau perempuan perlu tahu adab ketika mandi wajib atau mandi junub dan ia tidak boleh di pandang ringan. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Seseorang itu wajib mandi samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas. Perlu tahu atura mandi wajib dengan betul sebelum melakukan ibadah lain.
Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.
Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji.
Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam
SUMBER: JAKIM VIA ISLAM ITU INDAH